Selamat Datang Rakan Protege Baru ABDR Noor Hidayah Zainal Abidin

Siapa saya....

Teks: Hidayah Zainal Abidin

Bismillah......... 

Alhamdulillah.....Hari ini bermulanya catatan harian saya sebagai seorang blogger, akhirnya digerakkan juga hati ini utk menyelesaikan kerja yg bertangguh ...

Untuk beberapa minggu atau sebenarnya dua bulan yang lepas saya sgt sibuk dgn pelbagai misi mendalami ilmu online markerting. Ianya bukan sesuatu yg mudah utk dilakukan, beralih bidang secara tiba-tiba. Juga desakan di dalam diri utk keluar dari 'boundaries' biasa dan melakukan perkara yang bukan kebiasaan.

Saya seorang ibu kepada 5 cahayamata dan telah bekerja dari tahun 2002 (belum sempat hari graduasi dah bekerja :)). Julai yg lepas menandakan berakhirnya karier makan gaji saya dan sekarang saya menumpukan sepenuh masa berada di rumah. Masih lagi dalam proses menyesuaikan diri dan mmmm susah utk dikatakan saya seorang yg pandai menguruskan masa....Kenapa begitu ya? Sedangkan dulu sewaktu bekerja saya agak cekap menguruskan masa antara anak-anak dgn waktu kerja. Ini lebih kepada saya ingin 'fill in the gap' sewaktu saya sibuk dulu dgn masa yg ada sekarang. Sudahnya saya byk habiskan masa dgn anak2 (ya sangat banyak), 'retail theraphy' di samping menguruskan order pelanggan-pelanggan untuk perfume secara santai.

Mari kenali beliau dengan lebih lanjut di blog beliau, klik link untuk baca entri beliau secara penuh http://hidayahzainalabidin.blogspot.my/2015/09/siapa-saya.html

Catat Ulasan

2 Ulasan