Wednesday, February 28, 2018

RCC Stevia Pemanis Gula Semulajadi No 1 Di Malaysia

February 28, 2018 0 Comments
Menginginkan kehidupan yang sihat sentiasa bermula dari rumah kita sendiri. Amalan pemakanan dan minuman ialah faktor utama dalam penjagaan kesihatan kita. Rakyat Malaysia sendiri semakin sedar akan kepentingan penjagaan pemakanan sihat ini termasuklah hakikat bahawa gula pasir merupakan racun tersembunyi dalam hidup kita.



Lalu jika kita sudah terbiasa dengan manisan, air manis, gula dalam masakan apakah pengganti bagi gula pasir?

Jawapannya : Pemanis semulajadi Stevia!


Kebaikan Stevia Pemanis Gula Semulajadi


Kebaikan dan kelebihan Stevia telah terbukti secara Kajian Saintifik. Antara khasiat Stevia adalah:


01 - Membantu mengimbangi kandungan paras gula dalam darah.

02 - Membantu menurunkan kadar gula dalam darah,sesuai untuk pesakit diabetes dan hypoglycemia.

03 - Membantu melawaskan pembuangan air kencing.

04 - Membantu meningkatkan tenaga dalam badan.

05 - Membantu sistem penghadaman makanan.

06 - Membantu mereka yang mengalami masalah insomnia.

07 - Membantu mengawal berat badan (obesiti).

08 - Membantu mengurangkan masalah keradangan.


Keunikan Stevia Keluaran RCC Global Sdn Bhd


Perbezaan dan keunikan Stevia keluaran RCC Global dengan produk keluaran lain adalah:


01- Stevia dalam bentuk cecair dan mudah disukat.

02 - Boleh digunakan dalam minuman dan masakan.

03 - 1 titis bersamaan 3 sudu teh gula pasir.

04 - 1 titis boleh memaniskan 200 ml air.

05 - 1 botol boleh menghasilkan +- 200 titis.

Cara Guna RCC Stevia

Berikut merupakan cadangan penggunaan RCC Stevia:


01 - 1 titis bersamaan 3 sudu teh gula pasir dan anda boleh menggunakannya di dalam minuman dan juga masakan.

02 - RCC Stevia juga boleh digunakan untuk membuat sapuan pada anggota luar badan seperti gatal-gatal kulit, melecur dan juga luka.

03 - Bagi anda yang mengalami masalah kesihatan kami mengesyorkan kepada anda dengan mengamalkan titisan RCC Stevia ke dalam air mineral 500ml sebanyak 5 titis dan cuba amalkan dalam 1 hari sebanyak 3 botol air mineral 500ml selama tempoh 3 bulan dan lebih.

Lab Test RCC Stevia membuktikan produk ini bukan diperbuat daripada gula tiruan atau mengandungi bahan kimia yang merbahaya:








Harga RCC Stevia:

Terdapat beberapa harga dan pakej bagi pengguna RCC Stevia:

Bukan Ahli : RM 50 sebotol

Ahli : RM 60/ 2 botol

Pakej keahlian : RM 140 sekotak / 3 botol 

Pakej keahlian + Bisnes : 

Pakej 1 : RM 420 / 7 botol
Pakej 2 : RM 980 / 21 botol


Untuk tempahan dan pertanyaan, boleh terus hubungi saya di talian/ whatsapp 018-9100 852.


Testimoni RCC Stevia










Sunday, February 25, 2018

Salam Perkenalan Dari Penulis Emmemarina.com

February 25, 2018 0 Comments
Teks: Emme Marina Mohamad


Assalamualaikum w.b.t,


Bismillahirrahmanirrahim,


Apa khabar pengunjung semua? Semoga sihat hendaknya bersama keluarga dan rakan tersayang. Alhamdulillah bertemu kita di entri ini untuk lebih saling mengenali. Nama panggilan saya, Emme. Dikenali oleh ramai rakan sebagai Emme Marina. Namun nama sebenarnya bukanlah sekadar Emme Marina semata-mata. Cewah. Macam lain sangat la kan?


Pengenalan Diri

Nama sebenar, Puteri Emme Marina binti Mohamad, dilahirkan di Hospital Alor Setar, Kedah pada tanggal 13 September 1985. Usia saya kini insha Allah 33 tahun. Hidup sebagai anak askar sudah tentu tiada tempat tinggal tetap untuk membesar dan mempunyai rakan karib, selepas dilahirkan dan dibesarkan selama setahun di negeri Kedah, kami merantau ke negeri-negeri jiran antaranya Negeri Sembilan, Sarawak, Johor dan Kuala Lumpur. Alhamdulillah, setiap negeri ni ada kelahiran lain iaitu adik-beradik comel saya yang sememangnya semakin comel pada ketika ini juga (Ooopss). Setelah menjelajah akhirnya kami menetap di Negeri Sembilan, negeri kelahiran abah. Katanya, mahu berbakti pada Tok Wan yang ketika itu merupakan satu-satunya nenek saya yang masih hidup. Hanya setahun sahaja saya menetap di N.9 dan kemudian melanjutkan pelajaran tinggi di peringkat Matrikulasi di negeri Pahang pula. Agaknya sudah suratan takdir menempatkan saya di sini, sudahnya 2003, 2004 melanjutkan Ijazah Sarjana Muda di Universiti Malaysia Pahang (UMP) dalan bidang Kejuruteraan Kimia dan kembali semula pada tahun 2012 menyambung peringkat Sarjana di Universiti Malaysia Pahang di Fakulti Sains dan Teknologi, dan kali ini bersama keluarga sendiri pula. Ya, saya sudah berkeluarga dan memiliki 4 cahaya mata dan kesemuanya perempuan :) Malah 3 daripada anak perempuan saya dilahirkan di HTAA, Kuantan, Pahang.


Pengalaman Bekerja


Sebelum menamatkan pengajian di UMP lagi, saya dilamar oleh syarikat gergasi NEC Semiconductor Sdn. Bhd. sebagai salah seorang jurutera mereka. Walaupun saya tidak bekerja dalam industri Oil & Gas seperti rakan-rakan lain tetapi peluang pekerjaan ini tidak lari jauh dari pengkhususan kerana Kejuruteraan Kimia itu agak luas dan masih di dalam bidang yang serasi. Alhamdulillah, bekerja di NEC menemukan saya ramai rakan sekerja yang sangat positif dan suasana kerjanya sangat kondusif dan menyenangkan walaupun saya seorang sahaja jurutera Melayu di seksyen saya namun rakan sekerja dan manager memahami tuntutan kita sebagai seorang Muslim dan mereka sangat menghormati agama yang lain. Di NEC, saya bertugas sebagai Jurutera Plating dan Material. Tidak lama kemudian genap setahun di NEC, saya dilamar oleh cinta hati pula. Asyik dilamun cinta agaknya saya membuat keputusan mengikut cinta hati ke Kuching, Sarawak setelah beliau terpaksa posting ke Kuching demi kerjaya baru beliau di agensi MARA.

Berhenti kerja sememangnya tidak mudah kerana saya sudah mempunyai tanggungjawab sendiri iaitu hutang pelajaran, kereta termasuklah kad kredit, namun syukur suami masih mampu untuk menyara kehidupan kami ketika itu. Berdua di bumi Kuching kami sering rindu untuk pulang ke kampung halaman, saya ketika itu sedang mengandung anak yang pertama. Akhirnya kami membuat keputusan untuk tinggal berasingan dan saya berkerja di semenanjung Malaysia. Rezeki dari Allah, saya mendapat kerja sebagai jurutera di Kilang Plastik, Nilai, Negeri Sembilan sejurus saya tamat berpantang. Tinggal di Nilai lebih baik dan dekat dengan "airport" memudahkan saya menjemput suami dan menghantarnya. Suami saya akan pulang sebulan sekali pada waktu itu, adakalanya 2 kali sebulan. Wang gaji kami akhirnya banyak dihabiskan bagi belanja tiket penerbangan suami. Ketika ini, saya mula berfikir-fikir tentang mencari pendapatan sampingan. Saya mula menjadi dropship barangan baju muslimah.


Bermulanya Episod Berniaga sebagai Side Income


Tinggal berasingan dari suami dan jauh dari keluarga, membesarkan anak seorang diri agak mencabar dan lebih sukar apabila di tempat kerja bos-bos saya masih bujang. Jadi mereka tidak memahami kehidupan saya membesarkan anak, harus cuti separuh hari setiap bulan demi temujanji anak, datang lewat atau tidak hadir kerana anak sakit. Ini baru anak pertama, memang agak mengeluh juga saya dibuatnya dek perlian dari orang-orang atasan yang tidak memahami. Sewaktu ini, saya sudah jemu dan putus asa untuk bekerja, saya sudah berura-ura ingin berhenti kerja dan melakukan perkara lain. Pada suatu hari, saya mendapat panggilan dari seorang pensyarah dari Universiti Malaysia Pahang, saya sebenarnya pernah menghantar resume untuk menyambung semula pelajaran di  UMP, dan Alhamdulillah, Allah perkenankan doa saya. Setelah berbincang dengan suami akhirnya saya membuat keputusan untuk berhenti kerja dan menyambung pengajian di peringkat sarjana dalam jurusan sains kimia. Dan lebih menggembirakan lagi, rupanya Allah telah merancang yang lebih baik buat kami sekeluarga, suami saya juga dapat bertukar kerja ke semenanjung Malaysia iaitu di Pekan, Pahang! Masya Allah, saya di Gambang dan suami di Pekan. Begitu indahnya susunan Allah buat kami. Dan di sinilah kehidupan saya sebagai SAHM ataupun "stay at home mom" bermula. 

Menjadi pelajar serta ibu tidak mudah, menguruskan kelas, pelajaran di rumah, ketika ini saya sedang mengandung anak kedua =) Dan di waktu inilah saya mula serius untuk berniaga secara online walaupun tidak mempunyai ilmu yang banyak tentang perniagaan online. Syukur juga saya dapat biasiswa daripada UMP, jadi saya masih mempunyai pendapatan bagi menyara kehidupan saya ketika itu. Buat perniagaan online tanpa ilmu adakalanya ada rezeki, tetapi kebanyakkan masa tiada untung. Walaupun pelbagai pengalaman pahit dan susah payah dalam perniagaan online, ia tidak membuatkan saya putus asa, tetapi minat untuk berniaga dan lebih mendalami ilmu itu semakin menebal. Sejak tahun 2011 saya mulakan penglibatan dalam perniagaan secara online, saya memilih untuk menjadi dropshipper kerana kelebihan tanpa modal, tidak perlu menyimpan stok apatah lagi mengepos barang. Tugasan ini agak berat bagi saya, ialah mana nak belajar lagi, urusan keluarga, belajar marketing jadi agak tunggang langgang bukan? Saya bersyukur walaupun hanya dropship dapat membantu kami sekeluarga. Ianya salah satu medium yang turut saya rekomen kepada mereka yang ingin berniaga tetapi tiada modal awal atau besar. Mulakan dengan dropship tidak bermakna anda tidak akan berjaya. Niat yang baik, pasti Allah bantu. Alhamdulillah, kini saya masih kekalkan cara yang sama cuma lebih advanced, pengalaman ditimba, malah untuk ke depan kita harus berani mengorak langkah. Sudah mula gear rendah, sudah tiba masuk gear tertinggi. Namun setiap pengalaman yang ditimba tidak harus kita lupakan. Ianya menjadi asas perniagaan kita, jati diri kita.

Berniagalah kerana 9/10 rezeki itu datang dari perniagaan. Dan setiap rezeki keberkatan datang dari niat yang betul. Semoga Allah merahmati setiap perjuangan kita menjemput rezeki di dunia ini. Aamin


Akademi Bekerja di Rumah dan Blog Marketing


ABDR adalah platform belajar blog dengan lebih mendalam. Anda tidak membuat blog sahaja-sahaja untuk menceritakan kisah kehidupan anda. Di ABDR setiap penulisan adalah penulisan yang bermakna, tidak kiralah sama ada ianya berbentuk ilmiah atau motivasi. Pastinya ia memberi suatu nilai kepada masyarakat bukan sekadar mencoret sebuah kisah tentang diari kehidupan semata-mata.

Jika kalian ingin jadikan blog sebagai pendapatan kalian, maka di sinilah tempatnya.

Sudah masuk 3 tahun rupanya saya menjadi pelajar ABDR, alumni la ni. Alhamdulillah, ini bukan kisah dongeng kerana sejak mengikuti kelas blog di ABDR 100% perniagaan saya di atas talian datangnya dari blog. Saya sudah tidak berniaga secara aktif di medium facebook, malah akaun baru facebook dibuat tahun 2017 begitu juga instagram. Saya bersyukur bertemu dengan Akademi Bekerja di Rumah, ia memberikan saya banyak peluang untuk membina diri sebagai surirumah dan peniaga pada masa yang sama. Malah yang terbaik dari ABDR, anda bukan sahaja belajar kelas blog semata-mata banyak ebook yang diberikan secara percuma itu sangat bermakna. Rugi anda tidak gunakan dan manfaat setiap tips yang diberikan. Malahan, pada tahun 2018 saya sudah mula memulakan perniagaan sendiri iaitu mengambil servis Upah Buat Kedai Blog dan SEO dengan kadar yang sangat berpatutan. Namun nasihat saya, jika kalian mampu dan mahu maju di dunia perniagaan online mengambil kelas Blog Bisnes adalah yang terbaik.


Kenapa saya kata begitu?


Kerana sejak belajar ilmu blog di ABDR, saya telah mempunyai 3 laman blog utama bagi perniagaan saya iaitu www.dms360original.com, www.emmemarina.com dan www.jamtangansolat.blogspot.com. Bukan itu sahaja, setiap stokis dms juga saya siapkan blog khas untuk mereka gunakan bagi memaksimakan pendaptan melalui blog. Juga dengan ilmu yang kita ada, kita dapat membuat amal dengan berkongsi kelebihan mempunyai blog atau website ini. Alhamdulillah, website NGO Amal Till Jannah juga diuruskan oleh saya sendiri dengan bantuan rakan-rakan jemaah ATJ :) Boleh layari www.amaltilljannah.com untuk lihat hasil kerja team kami di sini. Tidak lupa, boleh layari www.elishomestaybatukikir.blogspot.com iaitu blog kedai pertama saya bagi Januari 2018. Selain upah kedai blog, saya juga sediakan copy writing dan free domain forwarding serta SSL certificate. Insha Allah sangat berpatutan bagi mereka yang inginkan sebuah blog kedai untuk carian google. Nak tahu lebih lanjut mengenai servis Upah Kedai Blog boleh layari entri di >> SINI <<.





Sekian, coretan ringkas mengenai diri saya serta matlamat saya di dalam kelas ABDR. Jika ada sebarang pertanyaan apa sahaja tentang berniaga, atau apa yang anda nak tahu dari informasi blog saya ini, boleh hubungi saya di 018-9100 852 (Emme).

Thursday, February 15, 2018

Servis Upah Buat Facebook Page dengan Harga Mampu Milik.

February 15, 2018 1 Comments
Bismillah. Alhamdulillah dibuka servis buat Facebook Page buat peniaga yang baru nak bermula berniaga secara online. Tahukah anda? Ada banyak kelebihan berniaga menggunakan facebook page berbanding facebook personal? Bukanlah bermaksud facebook personal tidak boleh digunakan, BOLEH! Gunakan sebagai branding, buat kawan, tetapi tidak semua orang selesa berniaga sepenuhnya di facebook personal. Setuju? Saya sendiri menjual pelbagai produk dan berlainan kategori merasakan bahawa sesak dan kurang selesanya jika terlalu banyak produk yang hendak diketengahkan. Risau pula jika lama kelamaan sahabat facebook makin menjauh dan unfriend pula facebook personal kita. 



Saya belajar dalam subjek Online Positioning menyatakan

" in today's World, if they can't find your website, your company doesn't exist " - Bill Gates

644 Million Active Website in The internet - Netcraft's March 2012

7 Billion Worwide Internet User

28 Million Malaysian

17 Million Internet Users in Malaysia ( 60% )

SO IF kita baru bermula nak berniaga secara online, jangan takut.
Ada ramai pengguna Malaysia ni dan semakin bertambah dari masa ke semasa


Bayangkan


kalau kita amik sorang MYR1 . . dah jadi jutawan dah . . 



. .. tp ramai masih tak nampak lagi . . sibuk nak ber #FB . . dan acah-acah femes semata-mata ..


LUPA NAK CREATE FACEBOOK PAGE BISNES MASING-MASING



Lihatlah betapa powernya seo facebook page. 



Over time, the SEO you used to attract visitors to your site can help you continue to attract followers and shares on Facebook as users find your page through your site. This can help you continue to build a following by fostering relationships with people in your industry, as well as prospects and customers.



Take into account that Facebook makes the content on Facebook Fan Pages indexable by search engines. (maksudnya apa? setiap post anda di facebook page, gambar, video boleh dicari di google search)





ALHAMDULILLAH

SERVIS BUAT FACEBOOK FAN PAGE DENGAN HARGA TERBAIK KINI DIBUKA



Kenapa perlu buat Facebook Fanpage?


1. Ianya keperluan untuk peniaga facebook
2. Ia menunjukkan komitmen anda sebagai peniaga
3. Mendapat carian di google enjin, customer cari anda. Best bukan?




SATU SOALAN!


"kalau nak cari apa-apa, anda google atau facebook?"




Ini bukti kenapa anda perlukan Facebook Page




BLOG DAN FACEBOOK PAGE





SERVIS  BUAT FACEBOOK PAGE




FACEBOOK FANPAGE : RM50
BASIC SAHAJA + SEO


Percuma design cover facebook page & profile page



Tempahan Servis FB Page 


1. Add frens di Facebook, sila nyatakan nama FB anda supaya saya dapat approve.

2. Boleh bayar full atau deposit. Selepas siap terus bank in deposit yaπŸ‘πŸ»


3. Info yang diperlukan adalah seperti berikut:


Nama Anda :
Nama Kedai/Page :
No Whatsapp :
No tel :
Alamat (diperlukan untuk buat fb page) :
Email (jika ada) :
Website (jika ada) :

Keterangan produk/kedai/bisnes/servis anda (berikan ayat ringkasan mengenai produk atau bisnes anda dalam 200 patah perkataan) :

Berikan gambar berkaitan produk/bisnes anda :





FB page akan disiapkan dalam masa 24-48 jam, harap bersabar kerana saya merupakan online seller plus surirumah multitasker. Oleh itu, pelbagai pihak harus disantuni. Insha Allah semua task client kita siapkan sebaiknya🌹


 

Saya ada sediakan beberapa tutorial dan informasi berkenaan servis facebook page, insha Allah anda boleh terus follow blog emmemarina.com dan youtube kami di https://www.youtube.com/emmemarinamhd



Saya kongsikan antara client saya yang telah saya manage








Yang paling penting ialah bagaimana anda menempatkan bisnes anda di media online yang sebetulnya dan menggunakan setiap tools yang disediakan secara maksima


Saya percaya semua orang yang nak berniaga 
Mahukan keputusan yang cemerlang dari hasil kedai mereka


Create facebook bisnes anda ialah usaha
Menguruskannya juga ialah usaha


Insha Allah


Macam saya kata, paling penting bila guna facebook page sebagai medium kedai online anda, 
anda bukan sahaja menunjukkan komitmen anda sebagai owner bisnes tetapi menyenaraikan kedai anda di carian google.





Serius nak mulakan bisnes anda di medium online?


Terus whatsapp saya di nombor berikut


018-9100 852
018-9100 852
018-9100 852




Saturday, February 10, 2018

Program Infak Pembinaan Jalan Raya dan Kolam Wuduk dk Kemboja

February 10, 2018 0 Comments

💓 *makluman pada yang berhajat utk infaq*

🚦 *1. INFAQ JALAN RAYA UNTUK SEKOLAH MARKAZ AL BASSAM, di KAMPUNG BENTEAY PREY, KEMBOJA*
➡Keperluan RM1200 sahaja lagi.

🎀 *2. KOLAM WUDHU' DI MASJID KG BENTEAY PREY,SIHANOUK VILLE,CAMBODIA*
➡keperluan RM2100

--------------------------------------
Transaksi *infaq kemboja*

Penyertaan  serendah *rm10* untuk kedua2 infaq

Tempoh infaq: *sehingga dimaklumkan*
----------------------------------------

*MAYBANK AMAL TILL JANNAH*
🏧 *5621 8831 9223*

📱 jangan lupa update pada admin Puan Fatin

0127865923/infaqkemboja

💓💓💓


Friday, February 09, 2018

Baru! Buruj Quran Jam Alarm Pertama dengan Aplikasi Waktu Azan Dan Arah Kiblat

February 09, 2018 0 Comments

#BARU! NOW RELEASE BURUJ QURAN 2018! .
.
.
Buat pertama kali dalam Malaysia, Buruj Watches melancarkan Produk Terbaru : Buruj Quran.

Buruj Quran adalah Jam Meja atau Jam Dinding ada Suara Azan 8 Negara, Waktu Solat 2000 negara dan juga Audio Al Quran 30 Juzuk.

Ini Fungsi Utama Buruj Quran : 👇
✅ Audio Al Quran 30 Juzuk.
✅ Waktu solat di 2000 bandar seluruh dunia.
✅ Ada 8 jenis Azan dan Doa antaranya Makkah, Madinah, Masjidil Aqsa, Turkish, Indonesia, Morocco dan Malaysia.
✅ Paparan 5 waktu solat di skrin utama dengan azan secara automatik.
✅ Fungsi arah kiblat dan jarak.
✅ Paparan kalendar hijri atau masihi pada masa yang sama.
✅ Paparan Suhu Bilik.
✅ Alarm harian.
✅ Alarm automatik.
✅ DST (Untuk negara 4 musim).
✅ Snooze Pengera Waktu.
✅ Kawalan Volume.

==============================
Harga berapa ni ?? Tak sabar nak letak di ruang tamu rumah saya!
==============================

Harga Asal : RM489
Harga Promosi : RM298
Harga Pengenalan : RM279 + FREE POSTAGE (sehingga 12 Febuari 2018)
.
.
Dan untuk 50 orang, kami bagi FREE GIFT SEJADAH TRAVEL + FREE GIFT KALENDAR BURUJ 2018!
Terhad 50 orang je tau. Orang ke 51, dah tak valid! 😝

==============================
Wow! Macam mana nak order ni Kak?
Nak sangat rumah ada azan macam kat Mekah tu!
==============================

Mudah je :
Whatsapp 018-9100 852
Whatsapp 018-9100 852
Whatsapp 018-9100 852
.
P/s : Nak feeling2 rumah macam kat Mekah, elok sangat tuuu ada Jam Buruj Quran 😊 tak percaya? Amek 1! 😍
.
#quran #radioquran #radioalquran #jam #koleksijam #jamunik #jamquran #jamrare #sayajualjam #alquran #burujmalaysia #buruj #jamburuj #jamazan #jamdinding #bazarpaknil #bazaaronline #trustedseller #malaysiaigshop #santaibmf #kedai1malaysia #muslimwear #islam #islamfashion



Thursday, February 08, 2018

Channel Telegram Bagi NgO Amal Till Jannah. Sebuah Institusi Medium Sedekah Anda

February 08, 2018 0 Comments

Amal Till Jannah (ATJ) Channel rasmi NGO Amal till Jannah. Ikuti dan sertai program2 infak dan wakaf ATJ. Bersama-sama kita ubah diri menjadi insan yang cintakan sedekah💞 https://t.me/amaltilljannah

Kongsikan bersama entri ini ya.

Bismillahirrahmanirrahim, berkat Rahmat dan Kasih Sayang Allah, Amal Till Jannah memasuki tahun ke 4 dalam melaksanakan program2 infaq istiqomah mingguan,bulanan dan tahunan. Syukur segala perancangan telah dipermudahkan Allah selama ini.

Berikut ialah antara *PROGRAM ATJ* sepanjang tahun 2018 bersama team Amal Till Jannah☺

🔳 *PROGRAM MINGGUAN*

1. *SEDEKAH JUMAAT*-RM20 setiap penyertaan
-sedekah tahlil arwah di tahfiz terpilih.
-sedekah makanan ke rumah kebajikan anak yatim & asnaf terpilih.
-sedekah makanan di hentian petronas terpilih.
-sedekah makanan di masjid terpilih.

🔳 *PROGRAM BULANAN*sentiasa dibuka untuk ruang infaq bagi;

1.Asnaf Zakat Beras -RM15 setiap penyertaan
2.Anak Yatim Tahfiz-RM10 setiap penyertaan
3.Wakaf Kit Jenazah- RM10 setiap penyertaan
4.Tajaan Umrah-RM30 setiap penyertaan

5. *PII BULANAN* RM20 setiap penyertaan
khas Jemaah yg telah berdaftar sbg *Ahli ATJ*
melibatkan agihan infaq program seperti di bawah;

✅1)Wakaf Buku Ilmiah RM200
✅2)Infaq utk bayaran bil air/bil api
-Tahfiz@madrasah RM500
-Masjid@Surau RM500
-Rumah Anak Yatim RM500
✅3.Tabung Kebajikan Pengurusan ATJ-RM300

*semua budget tertakluk kpd penyertaan jemaah☺

🔳 *LAIN-LAIN INFAQ* (TERBUKA SEPANJANG MASA)

6. Tabung PENDIDIKAN KAFA SHORHU JANNAH-seikhlas

7. Tabung Zakat-ikut haul dan nisab

🔳 *SEMPENA RAMADAN*

8. Program Infaq/wakaf Mekah & Madinah- mulai *MAC 2018*

9. KIT RAMADAN ASNAF & ANAK YATIM-RM50 setiap penyertaan

10.AGIHAN BERAS FIDYAH- ikut perkiraan fidyah masing2 & ZAKAT FITRAH

11. TAJAAN IFTAR 30 HARI RAMADAN
-agihan bubur lambuk/juadah berbuka-peringkat cadangan☺
-program kasih gelandangan Ramadan☺
*program SJ akan berlansung sebagai tajaan iftar mingguan*

9. WAKAF MASJID BALIK BATU- *Infaq terus ke akaun khas BANK ISLAM ATJ*

10. INFAQ KHAS misi kemanusian dan lain2 keperluan semasa-
- Tabung Wakaf Telekung solat (RM45 setiap penyertaan)
-Tabung Wakaf Van ATJ(RM10 setiap penyertaan)

11. Tabung KORBAN & AQIQAH *sempena Raya Haji*

12. Tajaan Kit Sekolah Anak Yatim & Asnaf *dibuka 2 bulan sebelum cuti persekolahan hujung tahun*

@Lain2 program insyaAllah Admin akan update dari masa ke masa. *sebarang perubahan program yg berkaitan akan admin maklumkan*☺

Setiap infaq/wakaf atau sedekah..mohon jasa baik jemaah semua menggunakan akaun Rasmi ATJ.

💳 *Maybank Amal Till Jannah*
*5121 8334 0641*

*"Perumpamaan orang yg berSEDEKAH hartanya pada jalan Allah (akan TUMBUH HARTA itu) seperti satu biji benih, daripada SEBIJI benih itu Allah akan TUMBUHKAN TUJUH TANGKAI, pada setiap TANGKAI yg tumbuh itu Allah akan TUMBUHKAN SERATUS BIJI yg lain..."* (surah Al-Baqarah, ayat 261)

---------------------------------
-update 4 FEB 2018-
ADMIN PENYELARAS
PN ROHSAMILA YUNUS ATJ 001

disahkan oleh;
PN PUTERI EMME MARINA MOHAMAD ATJ069
S/U I

PN SITI NOORZARINA MUSA ATJ010
S/U II

PN NOOR FATIN HAMAMAH MISKIRAN ATJ006
BENDAHARI

CIK RAFIDAH YUNUS ATJ044
AJK MEDIA

Soalan Lazim Jam Tangan Azan Solat dan Kompas Arah Kiblat

February 08, 2018 0 Comments


Top soalan lazim yang selalu ditanya oleh pelanggan jam tangan azan solat dan auto kiblat :)

Insha Allah jika ada soalan lain daripada anda, boleh terus hubungi saya ya di 018-9100 852.


Q: Jam Tangan Azan boleh set nama kepada berapa huruf?
A: Untuk Buruj Exclusive dan Ramadhan boleh set maksima 7 nama, manakala Al-Harameen 6505 dan 6506 boleh set nama kepada 6 huruj sahaja.

Q: Jam ni boleh tulis nama dengan huruf jawi ke?
A: Tiada lagi buat masa ini. Hanya huruf rumi sahaja ya.


Q: Jam Tangan Azan Solat dan Kompas Kiblat ada waranti tak? 
A: Ada. Malah kami akan berikan anda kad sebagai bukti waranti bagi jam tangan anda. Waranti ini bermula dari hari kami poskan jam kepada anda. 

Q: Berapa lama waranti jam azan ni?
A: Waranti diberikan selama 1 tahun (12 bulan)


Q: Adakah jam ini akan set secara automatik waktu solat dan arah kiblat bila kita travel?
A: Tidak. Ini kerana jam ini tidak mempunyai internet, ianya menggunakan software yang telah direka mengikut tempat/ lokasi. Jika anda travel, sila setkan lokasi anda dan cari semula arah kiblat. Mudah sahaja kerana semua lokasi seluruh dunia ada di dalam jam tangan arah kiblat anda! Bagi arah kiblat pula carian hanya 1 klik dan anda akan dapat tentukan arah kiblat dengan sangat pantas dan mudah. 


Q: Jam tangan azan ni bila masuk waktu solat ada bunyi suara azan ke?
A: Tidaklah begitu :) Jam ini apabila masuknya waktu solat kan berbunyi BEEP tahu. Anda boleh setkan berapa kali nak beep ni berbunyi. Bunyinya sama sahaja macam bunyi alarm di mana-mana jam. Bolehlah set nak 10x beep ke, malah anda boleh pilih nak volume kuat ke slow. ada pilihan volume 1 atau 2 (kuat).


Q: Macam mana sistem takweem pada jam di update?
A: Setiap jam telah disetkan dengan databased sehinggalah ke tahun 2099. Oleh itu selagi mana belum sampai ke tarikh tersebut, databased waktu solat, takweem bahkan kiblat juga adalah tepat insha Allah.



Q: Waktu solat lari dari setting. bagaimana ya?
A: Okay, ini sebenarnya normal. Disebabkan data kita berdasarkan sistem software oleh itu ada beberapa tempat akan ada sedikit lari dari yang asal. biasanya 1-3 minit sahaja. Anda boleh pergi ke menu "azan safety" dan betulkan di situ. Anda boleh tolak atau tambah masa pada waktu solat yang lari waktunya :)


Q: Arah kiblat macam tak tepat. bagaimana nak buat?
A: Okay, anda hanya perlu calibrate sahaja. Selepas calibrate, insha Allah arah kiblat akan kembali tepat semula. Untuk malaysia, arah kompas kiblat 292-293 degree.


Q: Apa maksud DST? 
A: DST bermaksud Daylight Saving Time (DST) iaitu waktu musim panas atau masa ni waktu 4 musim. Kita sedia maklum di sana perubahan masa adalah tidak sama seperti mana di Malaysia. Oleh itu, jika kalian travel, tidak perlu risau perubahan masa lagi. anda setkan sahaja DST ya setiap kali travel ke negara 4 musim :)

Alhamdullillah, semoga panduan soalan-soalan lazim mengenai jam tangan azan dari Buruj Watches ini membantu kalian semua. 



Sale CNY Jam Tangan Azan dan Arah Kiblat masih berlangsung

Dapatkan jam buruj sementara stok masih ada


Buruj Exclusive

Buruj Ramadhan

Al harameen 6505



NOTIS SALES AWAL TAHUN

25 Jan - 15 Feb 2018

Buruj Exclusive : RM 289 —> RM235 ✅

Buruj Ramadhan: RM249 —> RM175 ✅

Harameen 6505 : RM293 —> RM187 ✅

500 yang pertama, akan dapat 

✅ Kalendar Buruj 2018 πŸ†“
✅ Sejadah Travel Buruj πŸ†“

✅(harga promosi awal tahun)

POSTAGE FREE



Untuk tempahan segera

Whatsapp 018-9100 852

Wednesday, February 07, 2018

Feedback dan Testimoni Pengguna Jam Tangan Azan Solat Al Harameen Malaysia

February 07, 2018 1 Comments

Ini adalah Fungsi Utama Harameen

✅ 🆕 Boleh tulis nama! 😍 (max 6 huruf)
✅ 🆕Arah kiblat seluruh dunia sepantas 3 saat! 😊
✅ ⏲ waktu solat seluruh dunia.
✅ 🕋 azan reminder
✅ 🇲🇾 zon taqwem Malaysia seperti e solat jakim!
✅ 📖 penanda al quran
✅ 🗓kalendar hijri atau masihi
✅ ⏱stopwatch
✅ ⏰ 1 alarm
✅ ☔ water resistant(30m)

Alhamdulillah. Ramai pengguna berpuas hati. Jam ini bukan sekadar cantik dan bergaya. Ianya jam mengingati waktu solat, mendisiplinkan diri kita sebagai seorang muslim sejati.

Bila kita jaga solat kita, Allah jaga kehidupan kita. Insha Allah.

Harameen tengah sale sehingga 15 Februari 2018. Harga asal RM 299. Promosi hanya RM187 sahaja!

Percuma postage.

Untuk tempahan, whatsapp saya terus di 018-9100 852.

Skim Simpanan Persaraan 1 Malaysia. Berita Baik buat Semua Peniaga dan yang Bekerja Sendiri.

February 07, 2018 0 Comments

Bismillah


Saya mendapat kabar mengenai Skim Simpanan Persaraan I Malaysia daripada rakan. KWSP untuk mereka yang berniaga sendiri atau bekerja sendiri, ianya menarik perhatian saya. Sekarang saya tidak bekerja, berusaha setiap hari berniaga secara online bagi membantu suami menampung keperluan kami serta menyelesaikan hutang yang masih berbaki. Alhamdulillah, kini surirumah yang berniaga sendiri walaupun kecil-kecilan boleh menabung untuk persaraaan masa hadapan. Lebih baik kita mula menabung persaraan kita daripada tiada langsung. Lagi pun, menabung di KWSP adalah pelaburan terbaik kerana kita tidak mudah nak keluarkan duit di KWSP kan? Hehe. 

Mudah sahaja rupanya apply SSP1M ni. Anda terus ke KWSP berdekatan anda, mohon borang Skim Simpanan Persaraan 1 Malaysia, isikan dan siap! Apa yang diperlukan hanyalah salinan kad pengenalan anda sahaja. 

Okay, saya ingin ceritakan kelebihan menyimpan atau mencarum di SSP1M ini bagi kita semua tidak kiralah kecil atau besar atau berapa banyak pendapatan anda. Jika anda masih tiada pelaburan untuk diri anda atau keluarga anda, mulakanlah di sini. 

Anda boleh menyimpan serendah RM50 di simpanan SSP1M anda, tidak memerlukan komitmen wajib mencarum setiap bulan pun. Anda simpanlah bila-bila masa anda perlu. Tiada masalah. 

Apa kelebihan mencarum di Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia?


1. Mendapat dividen 15% sebagai ahli KWSP
2. Layak mendapat RM250 (maksima) daripada kerajaan apabila anda mencapai jumlah simpanan tahunan iaitu sebanyak RM 1670 (minimum) bermula tahun ini 2018 sehingga 2022. (nilai RM 1670 ni nilai yang dimaklumkan oleh pegawai KWSP, tiada pula maklumat ini bila saya baca di website dan RM250 diberikan bermula tahun 2018, sebelum ini RM120 sahaja)


Haaa, siapa nak bagi betul? Apa salahnya kita menabung.

Contoh:

Tahun 2018 (12 bulan) anda berjaya mencarum sebanyak RM 2000. Anda bakal mendapat 15% dan RM250 ya.

Jadi, RM 2000 x 15% = RM 300
Berjaya capai kriteria minimum simpanan caruman setahun di SSP1M = RM 250

untuk tahun 2018, jumlah simpanan anda termasuk bonus dan dividen = RM 2550!!

Bagaimana? Teruja?

Jom kita mencarum di SSP1M. Saya sudah. Anda bila lagi :)

Okay, anda mungkin tertanya bagaimana kelak jika anda bekerja. Jika esok lusa anda bekerja setelah beberapa tahun menyimpan di SSP1M, secara automatik caruman anda di sini akan terhenti. Ini juga dimaklumkan oleh pegawai KWSP hari tu. Kita tidak perlu maklumkan KWSP yang kita dah bekerja, mereka akan dapat notis sebabnya bila kita kerja dengan majikan kita akan punya caruman bekerja dengan majikan pula. Jadi dari situ, pihak KWSP akan tahu lah :) gitu. huhu. Jadi takde lah impian jika anda sekarang sedang bekerja dan nak apply skim ni. Tak eh, Skim ni hanya untuk mereka yang memang tiada majikan iaitu bekerja sendiri :)

Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia oleh KWSP


A. TUJUAN
Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia adalah inisiatif Kerajaan untuk memastikan golongan orang yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap mempunyai simpanan apabila mencapai umur persaraan.
 
B. KONSEP DAN RASIONAL
Konsep atau kemudahan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia adalah bertujuan menggalakkan golongan yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk mencarum secara sukarela mengikut kemampuan. 
 
Rasional Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia:
a) Menyediakan saluran untuk golongan yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap menabung bagi tujuan persaraan.
b) Meningkatkan jumlah orang yang bekerja sendiri menabung dengan KWSP
c) Menzahirkan keprihatinan Kerajaan kepada orang yang bekerja sendiri melalui pemberian insentif untuk menabung bagi persaraan mereka.
d) Mengurangkan jumlah warga tua yang bergantung kepada peruntukan program Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
     
C. GOLONGAN YANG BEKERJA SENDIRI DAN TIADA PENDAPATAN TETAP
Antara pihak yang tergolong dalam golongan bekerja sendiri dan tiada pendapatan   tetap adalah:    
Petani/ nelayan/ pemandu teksi
Peniaga kecil/ penjaja/ peniaga pasar malam/ peniaga uptown
Baby-sitter
Ejen menerima komisyen (cth: ejen insurans, ejen hartanah)
Freelancer (cth: menerima bayaran selepas memberi perkhidmatan sebagai deejay, penyanyi, pelakon, fitness instructor, perunding)
Pemilik perniagaan (pemilik tunggal/rakan kongsi) yang membeli dan menjual barangan/perkhidmatan
Pemilik perniagaan dalam talian (online business)
Pemilik praktis sendiri (cth: akauntan, doktor, peguam)
Surirumah
Pekerja Berpencen
 
D. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN 
a) Warganegara Malaysia
b) ‘'Orang Yang Bekerja Sendiri" ertinya mana-mana orang yang melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan hasil dan bukannya seorang pekerja.
c) Merupakan ahli KWSP; DAN
d) Telah membuat pilihan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia menggunakan Borang KWSP 16G(1M).
 
E. AHLI YANG MENCARUM DI BAWAH ‘'CARUMAN BEKERJA SENDIRI''
Ahli perlu membuat permohonan pilihan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia menggunakan Borang KWSP 16G(1M) terlebih dahulu dan tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan.
 
F. PEKERJA BERGAJI TETAP
Seorang pekerja bergaji tetap tidak boleh menyertai Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia dan tidak layak untuk menerima sumbangan Kerajaan.
 
G. CARA PERMOHONAN 
Ahli perlu mendaftar sebagai pencarum SP1M dengan cara berikut:
a) Menggunakan Borang Permohonan Pilihan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia [KWSP 16G (1M)] yang boleh diperolehi di Kaunter KWSP atau Laman Web KWSP (www.kwsp.gov.my)
b) Serahan permohonan di Kaunter KWSP atau melalui mel.
 
H. CARA BAYARAN
Cara membuat bayaran caruman Simpanan Persaraan 1Malaysia:
a) Menggunakan Borang Bayaran Simpanan 1Malaysia [KWSP 6A(2)] yang boleh diperolehi di mana-mana Kaunter KWSP atau Laman Web KWSP (www.kwsp.gov.my)
b) Borang KWSP 6A(2) hendaklah diserahkan bersama tunai/cek di kaunter KWSP/mel atau di kaunter ejen bank yang dilantik iaitu RHB, MBB PBB dan BSN.
c) Perbankan Internet: MBB dan PBB. 
 
I. AMAUN BAYARAN CARUMAN 
Amaun bayaran caruman Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia boleh berubah-ubah tertakluk kepada amaun minimum RM50.
 
J. BAYARAN CARUMAN 
Bayaran caruman Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia boleh dibuat pada bila-bila masa mengikut kemampuan.
 
K. DIVIDEN 
Simpanan di bawah Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia akan menerima dividen tahunan sehingga ahli berumur 100 tahun.
 
L. SUMBANGAN KERAJAAN
Simpanan ini akan menerima sumbangan Kerajaan sebanyak 15% dari amaun caruman tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak RM250 setahun (Kadar baru berkuatkuasa 1 Januari 2018). Sumbangan Kerajaan ini telah dilanjutkan sehingga 2022. 
 
Walaubagaimanapun sumbangan ini tidak layak bagi ahli yang mempunyai caruman majikan secara tetap (bekerja dan mempunyai pendapatan tetap). Sumbangan Kerajaan juga adalah terhad kepada ahli SP1M yang berumur kurang daripada 55 tahun sahaja. 
 
M. PENGKREDITAN SUMBANGAN KERAJAAN KE AKAUN AHLI
KWSP akan membuat tuntutan sumbangan Kerajaan secara berkala berdasarkan caruman bagi separuh tahun tempoh pertama (Januari hingga Jun) dan separuh tahun tempoh kedua (Julai hingga Disember) setiap tahun. Wang sumbangan akan dikreditkan ke akaun ahli selepas KWSP menerimanya daripada Kerajaan. Sumbangan ini akan dikreditkan ke dalam Akaun 1 ahli (Akaun Persaraan). 
 
N. PENGELUARAN 
Simpanan Persaraan 1Malaysia merupakan sebahagian daripada simpanan KWSP ahli. Oleh itu, ahli boleh menggunakan/ mengeluarkan simpanan ini tertakluk kepada syarat & prosedur semasa pengeluaran KWSP.



Semoga membantu! Mohon share kan kepada rakan-rakan seperjuangan, surirumah tentang kewujudan SKIM SIMPANAN PERSARAAN 1MALAYSIA ni kay :)

Friday, February 02, 2018

Mari Kita Lihat Beezmall.com. Anda Sudah Bersedia Untuk Terbang Tinggi Dalam Marketing Online Anda?

February 02, 2018 1 Comments
Bismillah

Beezmall sudah mula menghubungi peniaga-peniaga online untuk mula berniaga di tapak website mereka. Bermula dengan Lazada, Shopee kini Beezmall pula. Bagi saya sendiri, ecommerce adalah sama di mana sahaja, setiap ecommerce sudah tentunya memiliki keunikan tersendiri. Paling penting bagi kita sebagai seorang pembeli, kita mahukan setiap tempahan yang dibuat melalui jaringan internet adalah selamat seratus peratus.

Membeli-belah di talian online terutamanya di ecommerce tanpa perlu menghubungi pembekal secara terus adakalanya menakutkan bagi sesetengah orang. Risau ditipu kan? Dah tempah, kemudian barang tidak sampai atau barang tidak seperti yang diiklankan. Itu juga salah satu bentuk penipuan. Anda mahu baju kaler biru, dapat kaler merah sudahnya berlainan corak pula. Tak ke hangin dibuatnya! Elok lagilah dapat dari terus kene tipu duit dilarikan!

Jadi, kita mahukan ecommerce yang :

✓ Boleh dipercayai.
✓ Mudah berurusan.
✓ Mudah pembeliannya.
✓ Mudah urusan melihat pergerakan perjalanan tempahan kita.

Jadi, setelah berjaya didaftarkan minggu lepas oleh staff Beezmall, saya pun melewati laman website tersebut.

Dari segi kesimpulan awalnya, kerana saya juga sebenarnya pembeli online tegar. Sejak dari dulu lagi, saya membeli pelbagai jenis barangan melalui Lelong, Lazada dan Shopee. Ini tiga ecommerce pilihan saya yang amat saya gemari. Taip sahaja keyword, anda akan bertemu dengan barangan pilihan anda dengan harga yang anda inginkan juga keperluan anda.

Beezmall.com tidak mempunyai applikasi android buat masa ini, oleh itu anda harus akses melalui browser anda sama ada di desktop atau handphone. Cara pembeliannya mudah sahaja insha Allah, anda pilih produk yang anda inginkan, check out dan buat pembayaran kepada Beezmall. Ya, Beezmall sebagai medium transaksi pembelian anda. Secure payment, oleh itu anda akan mendapat produk anda dahulu dengan selamat kemudian barulah pembekal dibayar (method ini sama seperti lelong, lazada mahupun shopee). Namun, sedikit kelemahan iaitu anda tidak dapat terus berhubung secara live dengan pembekal anda buat masa ini. Jika anda ada soalan, anda perlu ke kedai pembekal dan hubungi mereka secara manual (menelefon atau email atau whatsapp). Dari segi faktor, user friendly antara pembeli dan penjual agak kurang ini sama seperti Lazada sebelum ini. Sekarang pembeli sudah boleh chat atau bertanya terus kepada pembekal di Lazada kay :)

Serba sedikit ringkasan view saya sebagai pembeli. Meh saya tunjukkan beberapa gambar kay.


Halaman website Beezmall.com

Cara bayaran secara automatik

Cara bayaran secara manual

Anda boleh hubungi kedai-kedai di Beezmall melalui "Contact Us" yang diberikan


Jika kalian ada soalan untuk bertanya, boleh terus hubungi kedai online tersebut. 


Selesai part 1, nanti saya tunjukkan interface as seller ye. Insha Allah kalian boleh cuba berniaga di sini. Tidak salah membanyakkan pilihan dan tawakal supaya setiap usaha kita dalam mencari rezeki ini mempunyai hasil.

Home Ads