Skim Simpanan Persaraan 1 Malaysia. Berita Baik buat Semua Peniaga dan yang Bekerja Sendiri.


Bismillah


Saya mendapat kabar mengenai Skim Simpanan Persaraan I Malaysia daripada rakan. KWSP untuk mereka yang berniaga sendiri atau bekerja sendiri, ianya menarik perhatian saya. Sekarang saya tidak bekerja, berusaha setiap hari berniaga secara online bagi membantu suami menampung keperluan kami serta menyelesaikan hutang yang masih berbaki. Alhamdulillah, kini surirumah yang berniaga sendiri walaupun kecil-kecilan boleh menabung untuk persaraaan masa hadapan. Lebih baik kita mula menabung persaraan kita daripada tiada langsung. Lagi pun, menabung di KWSP adalah pelaburan terbaik kerana kita tidak mudah nak keluarkan duit di KWSP kan? Hehe. 

Mudah sahaja rupanya apply SSP1M ni. Anda terus ke KWSP berdekatan anda, mohon borang Skim Simpanan Persaraan 1 Malaysia, isikan dan siap! Apa yang diperlukan hanyalah salinan kad pengenalan anda sahaja. 

Okay, saya ingin ceritakan kelebihan menyimpan atau mencarum di SSP1M ini bagi kita semua tidak kiralah kecil atau besar atau berapa banyak pendapatan anda. Jika anda masih tiada pelaburan untuk diri anda atau keluarga anda, mulakanlah di sini. 

Anda boleh menyimpan serendah RM50 di simpanan SSP1M anda, tidak memerlukan komitmen wajib mencarum setiap bulan pun. Anda simpanlah bila-bila masa anda perlu. Tiada masalah. 

Apa kelebihan mencarum di Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia?


1. Mendapat dividen 15% sebagai ahli KWSP
2. Layak mendapat RM250 (maksima) daripada kerajaan apabila anda mencapai jumlah simpanan tahunan iaitu sebanyak RM 1670 (minimum) bermula tahun ini 2018 sehingga 2022. (nilai RM 1670 ni nilai yang dimaklumkan oleh pegawai KWSP, tiada pula maklumat ini bila saya baca di website dan RM250 diberikan bermula tahun 2018, sebelum ini RM120 sahaja)


Haaa, siapa nak bagi betul? Apa salahnya kita menabung.

Contoh:

Tahun 2018 (12 bulan) anda berjaya mencarum sebanyak RM 2000. Anda bakal mendapat 15% dan RM250 ya.

Jadi, RM 2000 x 15% = RM 300
Berjaya capai kriteria minimum simpanan caruman setahun di SSP1M = RM 250

untuk tahun 2018, jumlah simpanan anda termasuk bonus dan dividen = RM 2550!!

Bagaimana? Teruja?

Jom kita mencarum di SSP1M. Saya sudah. Anda bila lagi :)

Okay, anda mungkin tertanya bagaimana kelak jika anda bekerja. Jika esok lusa anda bekerja setelah beberapa tahun menyimpan di SSP1M, secara automatik caruman anda di sini akan terhenti. Ini juga dimaklumkan oleh pegawai KWSP hari tu. Kita tidak perlu maklumkan KWSP yang kita dah bekerja, mereka akan dapat notis sebabnya bila kita kerja dengan majikan kita akan punya caruman bekerja dengan majikan pula. Jadi dari situ, pihak KWSP akan tahu lah :) gitu. huhu. Jadi takde lah impian jika anda sekarang sedang bekerja dan nak apply skim ni. Tak eh, Skim ni hanya untuk mereka yang memang tiada majikan iaitu bekerja sendiri :)

Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia oleh KWSP


A. TUJUAN
Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia adalah inisiatif Kerajaan untuk memastikan golongan orang yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap mempunyai simpanan apabila mencapai umur persaraan.
 
B. KONSEP DAN RASIONAL
Konsep atau kemudahan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia adalah bertujuan menggalakkan golongan yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk mencarum secara sukarela mengikut kemampuan. 
 
Rasional Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia:
a) Menyediakan saluran untuk golongan yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap menabung bagi tujuan persaraan.
b) Meningkatkan jumlah orang yang bekerja sendiri menabung dengan KWSP
c) Menzahirkan keprihatinan Kerajaan kepada orang yang bekerja sendiri melalui pemberian insentif untuk menabung bagi persaraan mereka.
d) Mengurangkan jumlah warga tua yang bergantung kepada peruntukan program Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
     
C. GOLONGAN YANG BEKERJA SENDIRI DAN TIADA PENDAPATAN TETAP
Antara pihak yang tergolong dalam golongan bekerja sendiri dan tiada pendapatan   tetap adalah:    
Petani/ nelayan/ pemandu teksi
Peniaga kecil/ penjaja/ peniaga pasar malam/ peniaga uptown
Baby-sitter
Ejen menerima komisyen (cth: ejen insurans, ejen hartanah)
Freelancer (cth: menerima bayaran selepas memberi perkhidmatan sebagai deejay, penyanyi, pelakon, fitness instructor, perunding)
Pemilik perniagaan (pemilik tunggal/rakan kongsi) yang membeli dan menjual barangan/perkhidmatan
Pemilik perniagaan dalam talian (online business)
Pemilik praktis sendiri (cth: akauntan, doktor, peguam)
Surirumah
Pekerja Berpencen
 
D. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN 
a) Warganegara Malaysia
b) ‘'Orang Yang Bekerja Sendiri" ertinya mana-mana orang yang melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan hasil dan bukannya seorang pekerja.
c) Merupakan ahli KWSP; DAN
d) Telah membuat pilihan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia menggunakan Borang KWSP 16G(1M).
 
E. AHLI YANG MENCARUM DI BAWAH ‘'CARUMAN BEKERJA SENDIRI''
Ahli perlu membuat permohonan pilihan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia menggunakan Borang KWSP 16G(1M) terlebih dahulu dan tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan.
 
F. PEKERJA BERGAJI TETAP
Seorang pekerja bergaji tetap tidak boleh menyertai Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia dan tidak layak untuk menerima sumbangan Kerajaan.
 
G. CARA PERMOHONAN 
Ahli perlu mendaftar sebagai pencarum SP1M dengan cara berikut:
a) Menggunakan Borang Permohonan Pilihan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia [KWSP 16G (1M)] yang boleh diperolehi di Kaunter KWSP atau Laman Web KWSP (www.kwsp.gov.my)
b) Serahan permohonan di Kaunter KWSP atau melalui mel.
 
H. CARA BAYARAN
Cara membuat bayaran caruman Simpanan Persaraan 1Malaysia:
a) Menggunakan Borang Bayaran Simpanan 1Malaysia [KWSP 6A(2)] yang boleh diperolehi di mana-mana Kaunter KWSP atau Laman Web KWSP (www.kwsp.gov.my)
b) Borang KWSP 6A(2) hendaklah diserahkan bersama tunai/cek di kaunter KWSP/mel atau di kaunter ejen bank yang dilantik iaitu RHB, MBB PBB dan BSN.
c) Perbankan Internet: MBB dan PBB. 
 
I. AMAUN BAYARAN CARUMAN 
Amaun bayaran caruman Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia boleh berubah-ubah tertakluk kepada amaun minimum RM50.
 
J. BAYARAN CARUMAN 
Bayaran caruman Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia boleh dibuat pada bila-bila masa mengikut kemampuan.
 
K. DIVIDEN 
Simpanan di bawah Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia akan menerima dividen tahunan sehingga ahli berumur 100 tahun.
 
L. SUMBANGAN KERAJAAN
Simpanan ini akan menerima sumbangan Kerajaan sebanyak 15% dari amaun caruman tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak RM250 setahun (Kadar baru berkuatkuasa 1 Januari 2018). Sumbangan Kerajaan ini telah dilanjutkan sehingga 2022. 
 
Walaubagaimanapun sumbangan ini tidak layak bagi ahli yang mempunyai caruman majikan secara tetap (bekerja dan mempunyai pendapatan tetap). Sumbangan Kerajaan juga adalah terhad kepada ahli SP1M yang berumur kurang daripada 55 tahun sahaja. 
 
M. PENGKREDITAN SUMBANGAN KERAJAAN KE AKAUN AHLI
KWSP akan membuat tuntutan sumbangan Kerajaan secara berkala berdasarkan caruman bagi separuh tahun tempoh pertama (Januari hingga Jun) dan separuh tahun tempoh kedua (Julai hingga Disember) setiap tahun. Wang sumbangan akan dikreditkan ke akaun ahli selepas KWSP menerimanya daripada Kerajaan. Sumbangan ini akan dikreditkan ke dalam Akaun 1 ahli (Akaun Persaraan). 
 
N. PENGELUARAN 
Simpanan Persaraan 1Malaysia merupakan sebahagian daripada simpanan KWSP ahli. Oleh itu, ahli boleh menggunakan/ mengeluarkan simpanan ini tertakluk kepada syarat & prosedur semasa pengeluaran KWSP.



Semoga membantu! Mohon share kan kepada rakan-rakan seperjuangan, surirumah tentang kewujudan SKIM SIMPANAN PERSARAAN 1MALAYSIA ni kay :)

Catat Ulasan

0 Ulasan