Memaparkan catatan dengan label Tips Mula Berniaga Online. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips Mula Berniaga Online. Papar semua catatan

Skim Simpanan Persaraan 1 Malaysia. Berita Baik buat Semua Peniaga dan yang Bekerja Sendiri.


Bismillah


Saya mendapat kabar mengenai Skim Simpanan Persaraan I Malaysia daripada rakan. KWSP untuk mereka yang berniaga sendiri atau bekerja sendiri, ianya menarik perhatian saya. Sekarang saya tidak bekerja, berusaha setiap hari berniaga secara online bagi membantu suami menampung keperluan kami serta menyelesaikan hutang yang masih berbaki. Alhamdulillah, kini surirumah yang berniaga sendiri walaupun kecil-kecilan boleh menabung untuk persaraaan masa hadapan. Lebih baik kita mula menabung persaraan kita daripada tiada langsung. Lagi pun, menabung di KWSP adalah pelaburan terbaik kerana kita tidak mudah nak keluarkan duit di KWSP kan? Hehe. 

Mudah sahaja rupanya apply SSP1M ni. Anda terus ke KWSP berdekatan anda, mohon borang Skim Simpanan Persaraan 1 Malaysia, isikan dan siap! Apa yang diperlukan hanyalah salinan kad pengenalan anda sahaja. 

Okay, saya ingin ceritakan kelebihan menyimpan atau mencarum di SSP1M ini bagi kita semua tidak kiralah kecil atau besar atau berapa banyak pendapatan anda. Jika anda masih tiada pelaburan untuk diri anda atau keluarga anda, mulakanlah di sini. 

Anda boleh menyimpan serendah RM50 di simpanan SSP1M anda, tidak memerlukan komitmen wajib mencarum setiap bulan pun. Anda simpanlah bila-bila masa anda perlu. Tiada masalah. 

Apa kelebihan mencarum di Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia?


1. Mendapat dividen 15% sebagai ahli KWSP
2. Layak mendapat RM250 (maksima) daripada kerajaan apabila anda mencapai jumlah simpanan tahunan iaitu sebanyak RM 1670 (minimum) bermula tahun ini 2018 sehingga 2022. (nilai RM 1670 ni nilai yang dimaklumkan oleh pegawai KWSP, tiada pula maklumat ini bila saya baca di website dan RM250 diberikan bermula tahun 2018, sebelum ini RM120 sahaja)


Haaa, siapa nak bagi betul? Apa salahnya kita menabung.

Contoh:

Tahun 2018 (12 bulan) anda berjaya mencarum sebanyak RM 2000. Anda bakal mendapat 15% dan RM250 ya.

Jadi, RM 2000 x 15% = RM 300
Berjaya capai kriteria minimum simpanan caruman setahun di SSP1M = RM 250

untuk tahun 2018, jumlah simpanan anda termasuk bonus dan dividen = RM 2550!!

Bagaimana? Teruja?

Jom kita mencarum di SSP1M. Saya sudah. Anda bila lagi :)

Okay, anda mungkin tertanya bagaimana kelak jika anda bekerja. Jika esok lusa anda bekerja setelah beberapa tahun menyimpan di SSP1M, secara automatik caruman anda di sini akan terhenti. Ini juga dimaklumkan oleh pegawai KWSP hari tu. Kita tidak perlu maklumkan KWSP yang kita dah bekerja, mereka akan dapat notis sebabnya bila kita kerja dengan majikan kita akan punya caruman bekerja dengan majikan pula. Jadi dari situ, pihak KWSP akan tahu lah :) gitu. huhu. Jadi takde lah impian jika anda sekarang sedang bekerja dan nak apply skim ni. Tak eh, Skim ni hanya untuk mereka yang memang tiada majikan iaitu bekerja sendiri :)

Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia oleh KWSP


A. TUJUAN
Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia adalah inisiatif Kerajaan untuk memastikan golongan orang yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap mempunyai simpanan apabila mencapai umur persaraan.
 
B. KONSEP DAN RASIONAL
Konsep atau kemudahan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia adalah bertujuan menggalakkan golongan yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk mencarum secara sukarela mengikut kemampuan. 
 
Rasional Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia:
a) Menyediakan saluran untuk golongan yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap menabung bagi tujuan persaraan.
b) Meningkatkan jumlah orang yang bekerja sendiri menabung dengan KWSP
c) Menzahirkan keprihatinan Kerajaan kepada orang yang bekerja sendiri melalui pemberian insentif untuk menabung bagi persaraan mereka.
d) Mengurangkan jumlah warga tua yang bergantung kepada peruntukan program Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
     
C. GOLONGAN YANG BEKERJA SENDIRI DAN TIADA PENDAPATAN TETAP
Antara pihak yang tergolong dalam golongan bekerja sendiri dan tiada pendapatan   tetap adalah:    
Petani/ nelayan/ pemandu teksi
Peniaga kecil/ penjaja/ peniaga pasar malam/ peniaga uptown
Baby-sitter
Ejen menerima komisyen (cth: ejen insurans, ejen hartanah)
Freelancer (cth: menerima bayaran selepas memberi perkhidmatan sebagai deejay, penyanyi, pelakon, fitness instructor, perunding)
Pemilik perniagaan (pemilik tunggal/rakan kongsi) yang membeli dan menjual barangan/perkhidmatan
Pemilik perniagaan dalam talian (online business)
Pemilik praktis sendiri (cth: akauntan, doktor, peguam)
Surirumah
Pekerja Berpencen
 
D. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN 
a) Warganegara Malaysia
b) ‘'Orang Yang Bekerja Sendiri" ertinya mana-mana orang yang melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan hasil dan bukannya seorang pekerja.
c) Merupakan ahli KWSP; DAN
d) Telah membuat pilihan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia menggunakan Borang KWSP 16G(1M).
 
E. AHLI YANG MENCARUM DI BAWAH ‘'CARUMAN BEKERJA SENDIRI''
Ahli perlu membuat permohonan pilihan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia menggunakan Borang KWSP 16G(1M) terlebih dahulu dan tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan.
 
F. PEKERJA BERGAJI TETAP
Seorang pekerja bergaji tetap tidak boleh menyertai Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia dan tidak layak untuk menerima sumbangan Kerajaan.
 
G. CARA PERMOHONAN 
Ahli perlu mendaftar sebagai pencarum SP1M dengan cara berikut:
a) Menggunakan Borang Permohonan Pilihan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia [KWSP 16G (1M)] yang boleh diperolehi di Kaunter KWSP atau Laman Web KWSP (www.kwsp.gov.my)
b) Serahan permohonan di Kaunter KWSP atau melalui mel.
 
H. CARA BAYARAN
Cara membuat bayaran caruman Simpanan Persaraan 1Malaysia:
a) Menggunakan Borang Bayaran Simpanan 1Malaysia [KWSP 6A(2)] yang boleh diperolehi di mana-mana Kaunter KWSP atau Laman Web KWSP (www.kwsp.gov.my)
b) Borang KWSP 6A(2) hendaklah diserahkan bersama tunai/cek di kaunter KWSP/mel atau di kaunter ejen bank yang dilantik iaitu RHB, MBB PBB dan BSN.
c) Perbankan Internet: MBB dan PBB. 
 
I. AMAUN BAYARAN CARUMAN 
Amaun bayaran caruman Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia boleh berubah-ubah tertakluk kepada amaun minimum RM50.
 
J. BAYARAN CARUMAN 
Bayaran caruman Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia boleh dibuat pada bila-bila masa mengikut kemampuan.
 
K. DIVIDEN 
Simpanan di bawah Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia akan menerima dividen tahunan sehingga ahli berumur 100 tahun.
 
L. SUMBANGAN KERAJAAN
Simpanan ini akan menerima sumbangan Kerajaan sebanyak 15% dari amaun caruman tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak RM250 setahun (Kadar baru berkuatkuasa 1 Januari 2018). Sumbangan Kerajaan ini telah dilanjutkan sehingga 2022. 
 
Walaubagaimanapun sumbangan ini tidak layak bagi ahli yang mempunyai caruman majikan secara tetap (bekerja dan mempunyai pendapatan tetap). Sumbangan Kerajaan juga adalah terhad kepada ahli SP1M yang berumur kurang daripada 55 tahun sahaja. 
 
M. PENGKREDITAN SUMBANGAN KERAJAAN KE AKAUN AHLI
KWSP akan membuat tuntutan sumbangan Kerajaan secara berkala berdasarkan caruman bagi separuh tahun tempoh pertama (Januari hingga Jun) dan separuh tahun tempoh kedua (Julai hingga Disember) setiap tahun. Wang sumbangan akan dikreditkan ke akaun ahli selepas KWSP menerimanya daripada Kerajaan. Sumbangan ini akan dikreditkan ke dalam Akaun 1 ahli (Akaun Persaraan). 
 
N. PENGELUARAN 
Simpanan Persaraan 1Malaysia merupakan sebahagian daripada simpanan KWSP ahli. Oleh itu, ahli boleh menggunakan/ mengeluarkan simpanan ini tertakluk kepada syarat & prosedur semasa pengeluaran KWSP.



Semoga membantu! Mohon share kan kepada rakan-rakan seperjuangan, surirumah tentang kewujudan SKIM SIMPANAN PERSARAAN 1MALAYSIA ni kay :)

Apa itu Dropship?

APA ITU DROPSHIP???

❎ Tak perlu pergi pos barang.
❎ Tak perlu simpan stok kat rumah.
❎ Tak perlu fikir nak 'restock' barang.
❎ Tak perlu buat 'stock listing'.
❎ Tak perlu photoshoot produk.
❎Tak perlu susah-susah nak fikir ayat iklan sebab Iklan Dah Autopost di fb.Semua leader yang buatkan.
.
.
.
Dah semua tak perlu, habis apa yang dropship dapat?? 

✔ Komisen 
✔ Group santai untuk timba ilmu.
✔ Gambar dan butiran produk secara percuma
✔ Peluang memulakan perniagaan dari rumah sambil jaga anak-anak.
✔ Selok belok dunia perniagaan.

P/s:Siapkan akaun untuk online banking bagi memudahkan untuk cek transaksi bank dan pemindahan baki.

Keutamaan diberikan pada yang benar-benar nak meniaga ,jana income ,rajin beriklan dan rajin online ya.

Mahu berniaga produk DMS360? 

Pendaftaran dibuka.

Syarat ketat kami, jujur, amanah dan jaga hubungan dengan Pencipta. 

Hubungi saya 
Stokis Leader DMS360 DMSONE

Hanya yang original sahaja

0189100852


Ilmu Blog buat Duit Tiada Percuma. Ini Buktinya

Dalam kami mempromosikan kelas online belajar blog sebagai sumber pendapatan, dengan bayaran yuran kelas yang amat berpatutan masih ramai yang komplen dan merasa susah untuk membayarnya. Mungkin kerana kelas online belajar blog ini tidak popular dan tidak dihadiri oleh artis.

Tetapi tahukah kalian dikalangan kami terdapat ramai para ilmuwan dan pelbagai jenis bidang pekerjaan yang sama-sama belajar di dalam kelas asas blog ini. Baik editor, penulis buku, jurutera dan ramai lagi.

Kelas online asas blog kami mengajar dan membimbing dari asas anda menyiapkan blog, iaitu dari penjenamaan, pembinaan blog profesional, penulisan malah bagaimana mencipta ruang fokus bagi blog anda. Ini baru asas. Selain itu, matlamat utama kami ialah menjadikan blog sebagai sumber pendapatan aktif mahupun pasif.

Paling penting anda!

Kejayaan tidak bermula dalam sekelip mata. Ianya dibina. Apabila kejayaan dibina dengan usaha kita sendiri, maka kita akan lebih menghargai.

Bina kedai online bersama kami. Mahirkan diri dan kemudian anda bila-bila masa boleh bina empayar lain tanpa perlu mengupah orang lain.


Di sini kelas dijalankan secara online sahaja. Tidak perlu berkejar ke sana ke mari. Tidak perlu luangkan masa khusus untuk ke bengkel dan tinggalkan anak di rumah pengasuh. Semuanya dibimbing secara kumpulan dan persendirian di whatsapp dan facebook.

Saya kongsikan asas bina kedai online yang bakal anda pelajari di dalam kelas kami:

1. Email
2. Google + akaun
3. Blogspot
4. Masukkan label
5. Masukkan "gadget-gadget" penting di blog bisnes.
6. Page
7. Borang tempahan
8. Link kan FB ke blog
9. Link kan Fanpages ke blog
10. Cara masuk gambar

Pendaftaran dibuka untuk Kelas Bulan April (10-30 April). Kelas secara online di Whatspp group. Saya hanya perlukan 10 pendaftaran sahaja. Siapa cepat dia ada dapat belajar dulu.

Setiap bulan kuota kami dibuka seramai 10 orang pelajar sahaja.

#janapendapatanmelaluiblog

Buat duit dari blog. Sama ada aktif atau pasif.


Kunci Bisnes ialah Kepantasan dan Cipta Peluang

1. Pengenalan MAGNET

Sikap yang boleh menjadi halangan mempelajari magnet.

 

Enak. Mentor bercerita tentang experiment katak. Katak yang selesa dengan sejuk, rasa cukup dengan apa ada seperti Astro, aircon dan sebagainya. Orang dah rasa selesa walaupun dia sebenarnya ada masalah. Ia umpama orang yang tidak mahu mengembangkan potensi diri. Dia enak stay pada tempat sama yang akhirnya mati kerana tidak sangka dalam kesenangan tiba-tiba datang kesusahan tanpa dijangka.

Masa sekarang ekonomi ada masalah tak? Ni lah saat paling banyak peluang. This is the time. Boleh beli saham. Kalau ada knowledge tak perlu merunggut tentang ekonomi. Tiada masalah bagi mentor, jika tiada masalah untuk mencari peluang.

Buang Ego. ‘Alah sy dah tau dah’. Buang ego buat duit. ‘Produk saya paling bagus kalau tak nak beli sudah nama kau joyah’. Namun, ego pun perlu juga, sebab kita nak buktikan kita worth it. Sy nak kaya sebab nak menyumbang kepada orang lain. Buka tangan dan terima ilmu baru.

Enteng. Perasaan ambil mudah. Ingat, semua benda adalah penting.

Emosi. Dalam kepala anda kena fokus. Asas kenapa orang buat duit banyak atau sikit adalah kerana emosi dan level of mind.

 

 

Jika Nak Menguasai MAGNET:

 

Ekspresi. Terus memberi respon/expression yang terbaik kepada sesuatu peluang. Peluang ni kadang-kadang berlaku, tapi kita tak betul-betul ekspresikan. Jika boleh react dengan baik

Experience. Cuba perkara-perkara yang baru. Kenapa orang matang jadi matang sebab dia pernah dibakar. Dia lalu banyak masalah. Jadikan semua kegagalan menjadi torchlight/hikmah.

Express method. Lebih pantas. Improve sikit demi sedikit. Fast action, fast result.

Enjoy. Belajar dengan fun. Enjoy dengan memperbaiki diri. Cerita tentang Cik Mazlina, lecturer yang cantik menyebabkan kehadiran kuliah yang baik. Lecture pun pandai ambil hati. Fun environment. Belajar dalam keadaan gembira ilmu datang dgn cepat.

 

Jika nak buat tindakan sesuatu bila nak buat? Sekarang!!

 

Kenapa bisnes berjaya itu berjaya. Kunci nya adalah kepantasan. Orang nak lebih laju. Orang bayar untuk kelajuan. Kunci bisnes yang bagus adalah cepat. Memberikan lebih dari apa yang anda mampu. Memberi yang terbaik.


Dari sumber: Nota Magnet


Kenapa Blog Penting bagi Peniaga?



Walau kencang macam mana pun kita sebagai usahawan berbisnes dengan menggunakan FACEBOOK, kita mesti juga belajar menggunakan blog sebagai medium pemasaran.

Kenapa penting blog? Kerana FACEBOOK ini sebenarnya macam RUMAH SEWA, bila-bila masa Tuan Rumah boleh ambil semula. Jadi untuk memastikan semua perkongsian tentang bisnes, serta promosi kita selamat, ada baiknya kita pindah masuk ke BLOG, yang kita panggil sebagai rumah kita sendiri.

Free pun free, hanya perlu belajar nak gunakan blog supaya lebih mudah bakal pelanggan jejak kita di carian.


Faham ke, tak faham tak pe. Yang dah memiliki blog sahaja akan tau kelebihan.

Jadi yang belum tu, cepat-cepatlah BELI RUMAH SENDIRI.

OPS nak bagitau, kami sedang buka pendaftaran kelas ONLINE blog. 

Masih ada kekosongan lagi.

Hubungi saya untuk menyertai kelas asas blog bulan April 2017 ini ya

Mendaftar Lesen Perniagaan Online (SSM)

Resit buat lesen perniagaan. Guna nama sendiri jer

Alhamdulillah. Semalam hubby ajak ke kuantan menemani beliau bermain bola sepak. Tidak tahu pula padang bola tu di sebelah UTC sahaja.

Apalagi, bila tengok sahaja bangunan UTC terus teringat yang saya sudah lama nak daftar baru perniagaan untuk lesen SSM ni. Kan pelbagai ura tentang wajibnya peniaga-peniaga online perlu ada lesen perniagaan. Jadi kenalah ada satu.

Saya hanya menggunakan pemilikan nama sendiri sahaja bagi lesen perniagaan ini. Murah. Hanya RM 40.60. Yup, RM 0.60 ialah cas GST. Tetapi katanya bila nak renew lesen nanti tiada GST, hanya RM 40.00.

Renew lesen perniagaan tidak perlu ke kaunter, anda boleh terus renew online melalui emel.

Tahukah anda bahawa pendaftaran perniagaan kini sudah tiada online? Anda wajib ke kaunter SSM untuk membuat lesen perniagaan yang baru. Menurut pihak SSM, ini kerana ramai pula "hantu" yang membuat lesen perniagaan apabila lesen ini boleh dibuat secara online.

Betul jugak kan?

Kita juga yang jadi mangsa penipuan ni nanti. Biarlah kita bersusah payah sedikit untuk mendaftarkan lesen perniagaan SSM ni. Lagipun UTC dibuka sehingga jam 10 malam. Maka, anda ada pilihan waktu lebih lama jika siang tidak sempat menguruskan pendaftaran lesen perniagaan SSM.

Adakah anda sudah mendaftar perniagaan anda? Tidak kiralah status bagaimana. Online ke offline ke. Walaupun dropship anda patut ada satu lesen perniagaan. Dengan lesen ini juga, pelanggan akan lebih yakin membeli dengan anda.


Jangan Malu Berniaga Online!

Kwn2 yg meniaga online mst baca nie.
Persepsi orang dulu dan sekarang dah berbeza.
100% setuju.

Dulu..
Munah : Anak kau keje apa Jah?
Jah : Niaga barang online je (nak jawab pon malu)
Munah: hmmm anak aku si Hisham tu keje opis kat KL, gaji RM2,500 setiap hari ada orang buatkan air untuk dia.. bla bla bla bla bla sampai ke senja (muka bangga)
Leha : Anak aku si Nora keje kastam. kerajaan tu! gaji 2,000 tak lama lagi naik pangkat. bla bla bla bla
.............. bila balek rumah si Jah berborak dengan anak-anak .
Si Jah cakap , "Mak malu! Bila dengar anak-anak orang semua berjaya gaji beso-beso , setiap hari ada orang orang buat air.. Anak-anak mak semua tak jadi apa" (Muka sedih & frust)

Si anak hanya mampu tenangkan ibunya "Maaak...... Biarlah mak, orang nak bercerita pasal anak dia itu ini , mak tak payah cerita pon hal anak mak, biar orang menilai je satu hari nanti.. Mak sabar, mak tengok je."

Hari ni...
Munah: Anak kau keje apa skang Jah? Kete beso-beso semua sekarang?
Jah: Niaga barang online je aku tengok main bungkus-bungkus barang je .. (muka bangga)
Munah: Alhamdulillah berjaya anak kau Jah. Nanti aku nak soh anak aku belajar la ngan anak kau, berniaga online.
Leha: Aah la anak aku si Nora da benti keje lepas kawin, duduk rumah je. Nanti nak soh lah belajar dengan anak kau Jah.

Moralnya: Jangan pandang rendah pada peniaga online yg jd agen / reseller / dropship. Mungkin bekerja tak pakai baju segak , tak pakai kasut kilat, tapiiiii...
kcing! kcing! bunyiknye 💰💰💰
Sambil duk umah goyang kaki, sambil lyn anak2, sambil layan movie, 4 angka sbln dalam tangan. Yang penting apa?? USAHA

P/s: Yang berniaga online kalau nak kcing-kcing.
jangan malas, jangan putus asa, Jangan menuding orang kalau kite gagal. Tanya jauh mana usaha kite. Kalau rajin, maka "rajinlah" hasilnye. 💪💪..buang perasaan malu tu kt tepi.. insyaallah kita sama2 bole berjaya!


Tutorial Langkah Demi Langkah Bina Facebook Fanpage

Bismillah..

Atas permintaan rakan niaga rcc stevia, inshaa Allah saya cuba sehabis baik menerangkan bagaimana kalian boleh buat sendiri facebook fanpage kalian ya.


Okay, sebelum kita bermula. Mungkin ada beberapa persoalan mengenai facebook fanpage dan apakah kepentingan facebook fanpage ini kepada peniaga khususnya.


Apa itu facebook fanpage?


Fanpage ialah salah satu applikasi facebook yang diciptakan khas untuk perniagaan, branding diri, kemasyarakatan atau apa sahaja yang membolehkan orang lain mempunyai akses untuk mendapatkan info bagi sesuatu produk atau perkara atau mengikuti sebarang aktiviti syarikat, idol dan termasuklah diri anda.

Ya, anda boleh bina satu facebook fanpage tentang diri anda selain memiliki akaun peribadi atas nama anda. Maka lebih ramai dapat lihat perkembangan aktiviti anda dan mengikutinya.

Manakala, bagi peniaga pula ianya merupakan satu medium kedai facebook yang wajib anda miliki sekiranya anda ingin memaksimakan peluang perniagaan anda di facebook. Di sini anda boleh membuat iklan berbayar, serta shopping cart di mana pelanggan boleh terus membeli produk anda di akaun facebook fanpage.

Mudah bukan?


Apa yang diperlukan untuk membuat facebook fanpage?

Jadi, kalian sudah memiliki akaun facebook? Jika sudah, maka kalian sudah tidak perlu untuk mendaftar akaun baru untuk memiliki akaun facebook fanpage, namun jika belum maka anda perlu mendaftarkan diri ya.


Jelas?

Saya mulakan sesi tutorial membuat akaun fanpage khas buat kalian semua, semoga entri ini dapat membantu kalian ya. Inshaa Allah. Tidak faham boleh komen.. :)


Anda boleh cipta fanpage ini melalui desktop dan handphone tetapi untuk lebih fungsi saya cadangkan penggunaan melalui desktop iaitu komputer/ laptop. Kenapa? Lihat gambar ya. Jom.


Tutorial Langkah demi Langkah Bina Facebook Fanpage

Melalui desktop


Buka ke akaun facebook peribadi anda

Klik pada "Create page"

Pilih "Local business", pilihan ini terpulang pada kalian untuk tujuan apa ya. Untuk peniaga, anda pilih "Local business"


Isikan maklumat seperti di atas 

Info di atas kalian boleh isikan semasa proses pembinaan fanpage atau kemudian tetapi saya cadangkan terus isikan mengikut kriteria bisnes jualan kalian

Contoh maklumat yang saya buatkan

Letakkan gambar produk jualan

Contoh

Maksud laman ini ialah pilihan untuk anda letakkan fanpage anda di tepi facebook profile jadi anda boleh terus akses fanpage tersebut dengan mudah. Klik sahaja ya.



Okay. Ini adalah antara sebabnya mengapa untuk bina fanpage saya lebih gemar gunakan medium dekstop. Anda diberikan lebih pilihan untuk menyiapkan fanpage anda dengan lebih spesifik. 


Di laman ini anda boleh spesifikkan siapa pelanggan anda setelah anda mengenal pasti potensi pelanggan anda.


Jika anda melakukan servis cash on delivery (COD) maka anda boleh memilih potensi pelanggan di dalam daerah atau kawasan berhampiran.


Pilihan umur pula patut dikecilkan lagi, sebagai contoh mudah jika anda menjual produk barangan bayi maka pilihan 18 tahun adalah kurang sesuai. Hanya mereka yang sudah berkahwin sahaja yang lebih cenderung menjadi pelanggan kalian. Setuju?  

 Siap!

Melalui handphone/ applikasi facebook apps (android)


Pergi kepada ruang profile facebook anda. Cari "Create Page"


Langkah ini sama seperti langkah di atas. Anda isikan sahaja maklumat yang diperlukan bagi kedai jualan anda




Siap!

Hehe. Pembinaan facebook fanpage menggunakan facebook apps adalah lebih ringkas namun anda kehilangan beberapa isi penting yang anda boleh pilih contohnya pemilihan audiense atau potensi pelanggan kalian. Walapun sebenarnya apabila anda buka fanpage anda di dekstop anda boleh juga isikan kemudian, tetapi persoalannya bagaimana jika anda sendiri kurang tahu tentang kewujudan perkara tersebut?

jadinya sampai bila-bila pon mungkin tak terisikan?

Alhamdulillah.. selesai satu bab dalam chapter "Tips Mula Berniaga Online"
.

in shaa Allah akan menyusul lagi selepas ini lebih banyak tutorial yang menarik dan applikasi bisnes yang boleh anda miliki. 

Teruskan bersama saya ya.


Semoga tutorial ini dapat membantu kalian semua.

Sampai ketemu lagi.







Admin
Emme Marina
0189100852