Tips Ibu Bekerja dari Rumah Elak Tekanan Perasaan dan Tidak Sabar dalam Berniaga Sendiri

Bismillah

Salam sayang semua... Apa khabar?

Sejak Qhaira semakin besar, kini sudah berusia 1 tahun 7 bulan, tingkah lakunya dan perhatian sangatlah menyesakkan. Berbeza ketika mengandung, dan membesarkan anak kecil ini tidak sama. Apabila anak-anak semakin besar pada usia 1 tahun - 3 tahun, karenah mereka pastinya memeningkan kepala anda. Bertambah sukar apabila anda merupakan surirumah yang seratus peratus menyusukan anak secara direct feeding.

Disebabkan kalutnya seharian di rumah sambil menjaga 2 orang anak, 1 tahun dan 4 tahun. Boleh tahan juga cabaran nak membuat kerja-kerja beriklan. Khususnya jika kalian mahu lakukan kajian/study di rumah secara tenang. Istilah tenang itu hampir pupus selagi mana anak-anak ini belum membesar ke peringkat stabil menguruskan diri sendiri dan tidak bergantung kepada perhatian anda. 

Bagi anak saya yang berumur 4 tahun, Qaireen boleh bermain sendiri, menguruskan diri sendiri dan tidak terlalu mengganggu urusan saya seharian. Cuma paling saya tidak gemar apabila dia mula merengek dan demand nak tengok youtube di handphone saya. Ini adalah salah satu perkara yang saya paling tidak gemari. TV sudah dibuka, mainan mereka sudah ada tersedia, alatan menulis dan melukis juga ada tetapi masih sibuk mahu bermain dan melihat youtube. Menangis sampai tak kesudah. Nak tak nak saya berikan dengan tempoh tertentu dan pantau apa yang dia lihat di youtube. 

Manakala anak saya Qhaira tidak henti-henti bergayut dan duduk di sisi saya dan menjadikan saya sukar untuk menulis atau menaip. Puaslah dihalau bermain bersama kakak juga tidak mahu. Ini satu lagi situasi, diletakkan di bawah atau selain dari sisi saya atau di atas riba teruslah menangis terisak-isak macam telah dibuang jauh ke dalam semak lagaknya. Sesungguhnya saya sebagai ibu dan bekerja sendiri pada masa sama, bagi saya ianya sangatlah mencabar. Bila datang idea, bila datang banyak kerja ketika itulah peak kedua-dua anak ini pula mempunyai demand yang tinggi. Sampai ada masanya, saya give up untuk melakukan kerja bisnes dan melayan mereka berdua.

Namun, anak-anak bukanlah alasan anda tidak boleh berjaya. Mana yang anda tidak boleh lakukan di waktu bersama mereka pada waktu tertentu. Anda fokuslah lakukan kerja yang anda boleh lakukan. Sebagai contoh, pagi merupakan waktu Qhaira perlukan saya di sisi oleh itu, melakukan kerja-kerja di laptop adalah perkara yang boleh menyebabkan saya naik angin juga tahu. Anda boleh siapkan kerja-kerja rumah sambil melayan anak kecil dan tidurkan mereka dahulu barulah anda mula membuat kerja-kerja iklan/bisnes anda.

Mari saya kongsikan sedikit TIPS untuk kalian Ibu-Ibu Yang Baru Mula Berniaga dari Rumah


Saya harus akui saya juga pernah alami break down sewaktu mula-mula menguruskan rumah, anak dan berniaga pada masa yang sama. 

Ikuti Tips Urus Anak dan Masa Anda Berniaga di Rumah sambil Elakkan Tekanan Perasaan. Insha Allah


1. Bangun seawal 5 pagi dan mula merancang aktiviti perniagaan anda. 

2. Sediakan sarapan segera buat anak-anak kecil dan jika boleh makanan tengah hari.

3. Jika anda berniaga di Facebook atau Instagram, gunakan tools supaya anda boleh gunakan supaya perjalanan post anda berjalan lancar. Yang penting, anda setkan iklan anda setiap hari sama ada awal pagi atau sebelum tidur. Anda tidak akan sempat nak update 10 post setiap hari dengan kekecohan harian oleh itu anda perlukan tools untuk membantu aktiviti beriklan anda setiap hari.

4. Bagi anak-anak kecil, walaupun mereka sudah bangun awal pagi, mereka memerlukan tidur yang lebih setiap hari. Oleh itu, setelah siap bersarapan dan mandi, anda tidurkan mereka semula dan barulah anda memulakan aktiviti bisnes anda. 

5. Bagi anak yang berusia 3 tahun ke atas, mereka sudah pandai menguruskan diri oleh itu anda sediakan alatan permainan atau gajet pembelajaran supaya mereka leka dan anda juga dapat menguruskan kerja anda dengan baik. 

Pengalaman saya sendiri, walaupun kita sudah merancang kesemuanya dengan baik. Ada masanya apa yang kita rancang itu tidak berjalan dengan lancar. Namun yang penting, anda harus disiplin dan konsisten lakukan pengiklanan anda supaya kedai anda hidup setiap hari. Tanpa iklan yang konsisten, mana mungkin datangnya pelanggan anda bukan?

Selain beriklan, jangan lupa adakan ruang masa untuk berinteraksi bersama pelanggan, rakan sosial dan tambah ilmu dari masa ke semasa. Tanpa ilmu, kita mungkin ditokok lama dan tidak maju kehadapan. Biarlah kita berniaga bukan sekadar mencukupkan rezeki tetapi tahukah anda? Dalam mencari rezeki ini, paling baik, paling indah kita semakin dekat bersama Pencipta dan Pemberi Rezeki. Ya, Allah SWT. Semakin tinggi ilmu dan maju perniagaan kita, semakin dekat dan kenal kita kepada Pencipta.

Amanah
Keberkatan
Sabar dalam Mencari Rezeki

Ini semua adalah dalam ilmu Allah yang terkandung dalam Al Quran. 

Riba
Tidak Sabar
Menipu
Tidak Menjaga Aurat
Tidak Amanah
Tiada Keberkatan

Ini termaktub dalam perkara yang tidak patut kita lakukan sebagai seorang peniaga Islam. 

Allah telah menurunkan Al Quran bukan sekadar kita baca dan hafal tetapi untuk kita ikuti dan gunakan bagi urusan kita di dunia. Insha Allah, ada rezeki lebih dari berniaga, kita gunakan untuk membantu yang memerlukan, bersedekah, berzakat selain membantu suami dan keluarga dengan income yang kita dapat.



Catat Ulasan

0 Ulasan