Kaya Dalam Sekelip Mata Nak Ke?

Siapa tidak mahu kaya dalam sekelip mata? Saya pun nak


ADA?


Jika kita cukup bertuah, dan memang hebat dengan ilmu marketing siap ayat leleh menggiurkan pembaca yang membacanya! Pergh, memanglah kencang sale.


Tetapi itulah, tidak semua kita ni rajin nak belajar cara nak menulis ayat iklan terus membidik pada sasaran. Yang kita tahu, jual produk! Jual brand!


Ada beratus seller jual produk dan brand yang sama. Dah tu kenapa customer perlu beli dengan anda?


Kenapa?


Itu ajelah saya nak share pepagi ni.


Semuanya berkaitan dengan kita, rajin ke tidak nak topup ilmu bisnes. Ilmu bisnes ni apa?



Kenal sasaran pelanggan kita

Kenal pasti USP produk kita

Mungkin juga, teknik selepas itu, bagaimana nak menjual,

Kemana nak dijual?



Itu sahajalah kot. Kalau kata malu nak menjual. Usah berniaga. Paling tidak, jika anda tahu anda pemalu, mungkin ada boleh gunakan medium seperti instagram, ecommerce, atau blog.


Kebiasaannya terlalu malu ini mungkin kerana anda tidak biasa bersosial di media sosial seperti Facebook. Ha, kena berniaga kat facebook  personal kan.. Segan


Tidak mengapa. Ada sentiasa cara lain untuk berniaga.


Yang penting, anda dapatkan ilmu dari mentor, kenal pasti selok belok perniagaan (sangat bagus untuk anda belajar jika anda nak stay lama dalam bisnes dan berkembang maju!).


Awal-awal dapat RM 1,000 alhamdulillah!


Kemudian, belajar lagi ilmu bisnes dan marketing. Naik pula ke RM 3,000! Seronok!



Nak lebih lagi.. Jadi setiap kali kita nak pergi lebih jauh, income lebih banyak, begitu juga pengorbanan dan kerajinan kita terhadap usaha ke arah income yang kita nak.


Tepuk dada tanya selera.


Income orang RM 1 juta agak-agak sama ke macam kita nak, duduk goyang kaki, tak perlu semak akaun syarikat, tak perlu buat planning, statistic semua?



Takde!


Agak-agak sekarang diaorang masih tak tido buat planning revenue sepanjang tahun 2019 atau dah jauh ke 2020!


Saje je nak membakar pagi-pagi ni. Tetibe ramai pelanggan nak semua benda mudah tapi buat tidak.


Jika kamu nak berjaya, nak income RM 100 ribu sebulan, fikirkanlah apa pengorbanan, usaha dan disiplin mereka sehingga dapat achieve kejayaan tersebut. kalau anda mampu, insha Allah, Allah beri punya.



Catat Ulasan

0 Ulasan