Failed Bab Tukar Hosting Domain Blogspot ke Domain Sendiri

Saya harus akui dari awal saya mula berblog, kelemahan utama saya ialah berkenaan domain dan hosting. Walaupun hanya bertukar dari blogspot ke dot com. Tukar server je pun tetapi entah kenapa tidak masuk dek otak ni.


Agaknya minda ni memilih untuk tidak faham atau hakikatnya saya sendiri pening nak setting. Mungkinlah kan. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Dah elok-elok emmemarina.com di sini saya sibuk tukar ke wordpress. Yang peliknya tahu pula saya install dan setup wordpress tu sampai habis. Tapi boleh pula gagal nak memahami setting pertukaran mudah blogspot ke third party domain!


Frust juga.


Tak mengapalah, saya juga sebenarnya tiada masa untuk meneliti. Jadi akhirnya solusi saya, saya order sahaja servis dari hosting domain tersebut. Bagi domain emmemarina.com saya beli dari NETKL.com, mereka ni saya memang suka berurusan dan sejak tu saya sudah ada 4 domain yang saya beli dari mereka.

beli domain murah netkl


tukar blogspot ke domain sendiri


Yang membuatkan saya suka dengan NETKL.com ialah servis mereka sangat bagus. Memang saya selalu open ticket untuk pelbagai soalan! Dan semua soalan dijawab dengan baik dan mudah untuk saya fahami atau ikuti (jika berkaitan teknikal) dan biasanya saya akan setup sendiri, cuma kali ini saya rasa saya beli sahaja servis untuk tukar domain.


Servis tukar domain dari blogspot.com ke emmemarina.com hanya RM10 sahaja. Okaylah daripada kena cas mahal dari orang expert. Saya rasa saya boleh buat sendiri bila technical support Netkl ada tunjukkan tutorial bertulis melalui open ticket tu, cuma saya sudah sarat otak ni. Jadi saya order sahajalah, tak mahu peningkan kepala.



Kalau korang nak ada domain sendiri, saya cadangkan bolehlah membeli di NETKL.com. Pembayaran senang, dan hosting Malaysia kan. Macam Godaddy pun selalu offer domain murah-murah tetapi Godaddy ni dari oversea. Bagi saya agak kurang friendly interface mereka. Tetapi, terpulang pada kalian :)



Okaylah, jom tukar domain blog!

Catat Ulasan

0 Ulasan