Friday, May 29, 2020

Kemaskini Facebook Page Punyalah Banyak Page!

May 29, 2020 0 Comments
Sepertimana blog jualan saya ada banyak (lebih 5 ke 10 blog entah), begitu jugalah facebook page bisnes saya. Setiap niche atau brand atau syarikat akan ada 1 facebook page dan blog jualan tersendiri. Setiap satu tidak boleh digabungkan kerana ia memerlukan fokus niche tersendiri. 


Hari ini saya nak buanglah mana-mana yang sudah tidak aktif. Facebook page client pun nak removekan diri sudah. Mereka sudah pandai menguruskan Fb page masing-masing. Tugas saya sudah selesai.


Jika saya tak remove diri saya sebagai admin FB page client, nanti semua notis akan saya terima. Pening juga kepala kita kan?


Fb page sendiri juga ada banyak, sudah tiba masa untuk kemaskini dan fokus pada yang aktif sahaja. 


Anda bagaimana?


Sudah ada FB page sendiri?


Mari saya kongsikan kenapa anda perlu buat FB page anda jika anda nak berjaya dalam bisnes online. Boleh baca perkongsian saya di sini 






facebook page untuk bisnes online

Thursday, May 28, 2020

7 Bulan Pregnen

May 28, 2020 0 Comments
Bismillah


Sedar tak sedar sudah 7 bulan saya mengandung. Lajunya masa berlalu dan Ya Allah, saya takut. Perasaan takut nak bersalin ni sentiasa ada walaupun sudah anak ke lima. Apa tidaknya pengalaman bercampur-campur dari anak pertama ke anak ke empat. Semuanya lain. Sakitnya berbeza-beza.


Ada yang mudah, ada yang sukar. Ada yang trauma. 


Tetapi itulah kita sebagai ibu. Dan bila Allah sampaikan waktu bersalin kita, sakit bagaimanapun Allah tetap bantu kita lalui saat-saat kelahiran anak tercinta. Dan walau apa jua kesakitan kita hadapi, bila lihat sahaja wajah anak kita tu. Masya Allah, hilang sakit. Hilang resah. Hanya senyuman dan tangisan kegembiraan.


Ramai kata due to covid ni, suami tak dapat lagi teman di bilik bersalin. Sungguh, jika suami tak dapat teman. Inilah kali pertama saya akan bersalin tanpa suami di sisi. Saya doa agar diberikan kekuatan dan kemudahan untuk bersalin tanpa suami di sisi. Mudahkanlah Ya Allah


Hasbunallah Wa Nikmal Wakil




Saturday, May 16, 2020

Tutup Kedai di Shopee

May 16, 2020 0 Comments

Lagi beberapa hari kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Oleh sebab itu saya tutup dahulu pengambilan order dan pengeposan di Shopee. Jika tahun-tahun sebelum ni, jarang saya tutup kedai awal, tetapi kali ni lain macam auranya. 


PKP season + Raya, lambakan parcel yang delay shipping menyebabkan saya terpaksa tutup kedai awal. Hakikatnya saya hanya tutup kedai di Lazada dan Shopee sahaja. Untuk sebarang tempahan, jika nak saya poskan masih boleh diterima cuma bukanlah di Shopee. 


Masih ada banyak order yang customer belum terima lagi. Ada yang dah diposkan dan belum discan pun ada. Haru tahu. Haru kerana modal semuanya sudah dilepaskan dan belum dapat rolling modal sepenuhnya lagi. Pending. Sangkut modal. 


Berniaga mengikut kemampuan diri. Modal sudah hampir tipis nak teruskan ambil order di Shopee dan Lazada buat masa ni.


bisnes shopee
Masih ada banyak pending order dan shipping disebabkan kelewatan di pihak kurier. Oleh sebab itu saya buat keputusan untuk tutup kedai awal raya ni



Saya mulanya nak set Vacation Mode, tetapi kekurangan terbesar vacation mode ni takde siapa boleh order di kedai anda. Jadi pilihan kedua ialah setkan kedai kepada PRE ORDER MODE. Kemudian, anda setting Auto Chat anda kepada skrip "percutian" , maklumkan kepada pelanggan mengenai percutian anda dan bila anda mula bekerja dan bila order mereka mula diposkan.


Cara ini merupakan cara terbaik jika kedai anda bukan berstatus PREFERRED SELLER. Kenapa? Jika kedai anda preferred seller anda tak boleh setkan kedai kepada 100% pre order mode. Kaedah ini akan membuatkan anda terus hilang title preferred seller nanti. Haa, menangis tak berlagu!


Jadi kita anda seorang PS di Shopee, perlu waktu time off dari menerima order dan perlukan rehat. Sila setkan kedai anda kepada vacation mode kay!


Setting ni tak semua orang boleh ikut, kang tak pasal anda salahkan saya sebab saya suggest pre order mode huhu.


Anda dah dapatkan Ebook Percuma Belajar Bisnes di Shopee? Saya dah pun siapkan version 4. Boleh dapatkan di sini






Sunday, May 10, 2020

Pajak Gadai Emas Dalam Islam

May 10, 2020 0 Comments
Pajak Gadai Emas Dalam Islam


Bagi yang ada emas tak kisah la gelang, rantai, cincin, goldbar ke, asalkan emas tulen, boleh gadai.


Inilah kelebihan yang ada emas. Nilainya tak beku. Emas kita wujud dan kita kontrol 100%. Kalau simpan duit untuk investment lain, kita serahkan sejumlah duit dan kita terima dividen bulanan/tahunan, kalau keluar awal duit tersebut kita mungkin rugi atau kena kompaun (Janji kita faham apa disertai ok je).


Cuma berbeza dengan emas ni, kalau nak pakai duit sekejap, emas boleh dipajak dengan KADAR SEGERA. Bila dah selesai urusan, kita boleh tebus emas tersebut bila-bila masa dan emas tu jadi hak milik kita semula.


Tapi bagi orang islam tolong alert untuk pilih pajak gadai ar-rahnu yang patuh syariah sebabnya kiraannya jelas dan tiada unsur riba.


Dibawah ni saya share contoh perbezaan bank rakyat ar-rahnu dan kedai emas convensional. Jumlah pinjaman sama tapi jumlah bayaran balik berbeza.


Mungkin ada yang kata kalau pajak di kedai biasa senang, terus dapat cash. Kalau di ar-rahnu banyak term tak tahu. Jadi saya share di sini supaya kita sama2 ada ilmu hal pajak patuh syariah ni. 


4 term sahaja kena faham.


1)Marhun - Nilai emas semasa.


Kalau orang bank bagitau, jumlah pinjaman adalah 65% dari nilai marhun. Jangan panik. Maksudnya marhun ni harga emas pada masa tersebut.


Contoh harga sgram ialah rm240. Dan kita nak pajak 10gram. Jadi nilai marhun ialah rm2,400. Senang kan.


2)Caj simpanan/upah simpan.


Kadar upah berbeza bagi setiap ar-rahnu. Di bank rakyat hari ni rm0.65 bagi setiap nilai marhun/rm100.


Jadi, formulanya: 
(Marhun/100) x rm0.65
(Rm2,400/100) x rm0.65
=rm15.60 kos upah sebulan.


3)Jumlah pinjaman.
Bank akan beri pinjam dalam 65-75% dari jumlah marhun. Bergantung pada offer bank.


Jika offer pinjaman ialah 65%,
Rm2,400 x 65% = rm1,560 jumlah maksima kita layak untuk pinjam.
(Nak pinjam bawah dari jumlah tu pun ok, ikut pada keperluan contohnya rm1,000 je pinjam).


4)Tempoh pinjaman.
Kebanyakan ar-rahnu beri tempoh 6 bulan. Pemajak boleh tebus bila-bila masa hanya bayar jumlah pinjaman dan jumlah kos upah simpan ikut berapa bulan dah pajak.


Jika cukup tempoh 6 bulan, pemajak perlu tebus sepenuhnya jumlah yang dipinjam dan kos upah, atau boleh renew surat pajak tersebut.


Cara renew pula, harga emas tersebut akan dinilai semula dan samada perlu tambah duit pinjaman atau dapat lebihan duit pinjaman. Ini kena menuntut ilmu dengan betul, takut terjerat.


Nasihat saya, simpan la emas walaupun sbulan sgram, jika konsisten setahun dah ada 12g. Emas ini lah akan membantu kita bila memerlukan. Contohnya boleh dipajak ikut harga semasa atau jual terus pun untung. Di Malaysia dah sediakan platform khusus untuk emas sebab nilainya sentiasa berharga dan diiktiraf.


Jika tidak mampu tebus atau renew, cari kami dealer emas yang boleh beli surat pajak tersebut daripada burn macam tu aje. Sebabnya baki 35% dari nilai emas tersebut masih hak anda dan boleh dapat cash lagi. 



Boleh share jika bermanfaat. Ilmu emas ni banyak. Kita perlu tahu untuk fungsikan dengan cara betul.


EMME MARINA 
Dealer Emas Orodesign.
0189100852 

#pajakgadai #emasfizikal #ilmuemas #dealerwanted

Wednesday, May 06, 2020

Apa Beza Goldbar Dan Dinar?

May 06, 2020 0 Comments
Soalan paling kerap di tanya :

# Apa beza goldbar dan dinar
# Yang mana satu lebih bagus

Jawapan : Dua dua bagus. Dan bezanya adalah dinar berbentuk bulat manakala goldbar berbentuk petak

Kelebihan sama.  Keduanya ketulenan 999. Dan keduanya emas. Sebab ada juga yang tanya apa beza emas dengan dinar. 

Emas is emas.  Dinar pun emas.  Lebih tepat jongkong dan syiling emas. 

Cuma istimewanya dinar, ia melambangkan islamic coin.  Sesuai untuk buat mas kawen atau hantaran kawen. 

Untuk ditukarkan di Mekah pun menarik sebab pak arab di sana sangat sukakan rekabentuk dinar . Nak buat bayar zakat pun molek. Cubalah. 

Terdapat 3 jenis dinar amethyst orodesign iaitu ¼ dinar, 1 dinar dan 2 dinar. Berbanding goldbar, kita boleh keluarkan dari sekecil 0.25g 1 gram sehingga 100g. Lagi berat lagi nipis spread.

Kalau tanya saya, simpanlah keduanya. Baik goldbar mahupun dinar.


Jomlah saya bagi cuci mata kalian dengan koleksi goldbar dari kami. 



Produk terbaru Orodesign, gold bar 1 gram 916. 


Jom menabung emas setiap bulan😍
Sikit-sikit lama-lama jadi harta berbukit👍


Ni antara koleksi dealer-dealer Orodesign kami. Mentang-mentang harga murah dari kilang, sakan menabung😉



Tuesday, May 05, 2020

Jom Fahami Konsep Dealer Emas Orodesign by Kilang Amethyst

May 05, 2020 0 Comments
Ada yang masih keliru dengan konsep yang diketengahkan oleh Amethyst melalui Platform Orodesign.


Sebenarnya Orodesign sama seperti kedai emas biasa yang menjual barang kemas, bar emas dan dinar emas. Cuma di ONLINE kan. Harga kami terus dari kilang.



Ada KILANG & HQ tetapi tiada premis atau kedai untuk jualan kepada umum. Bergerak secara online di antara dealer2 berdaftar. 


Penghantaran sememangnya melalui courier & bergerak secara offline apabila dealer membeli barang direct melalui web dan menyimpan stok di tangan ketika itu.


Bukan skim pelaburan yang menawarkan dividen tertentu setiap bulan. Tetapi beli emas dapat bawa balik emas dan simpan sendiri.


Untuk dealer2 yang berdaftar, dibekalkan Web promosi dan Web akaun peribadi ( www.orodesign.biz ) untuk menerima info terkini harga emas semasa, marketing tool, bonus & sebagainya.


Bukan skim 4D ( Duduk Diam Dapat Duit ), tetapi perlu ada usaha sendiri, baru ada hasil.


HASIL BISNES EMAS ORODESIGN DATANG DARI MANA?


1-SAVING ( Menyimpan & Mengumpul emas )
Buat simpanan untuk jangka masa panjang (terus dapat harga kilang) di mana ketika harga belian balik emas sudah naik melebihi harga belian asal. 



2-TRADING ( Menjual )
Dapat untung runcit setiap gram yang terjual.  Tak perlu susah² ambil gambar produk. Copy paste link katalog http://view.orodesign.biz dan share di fb, insta dll.



3-BELIAN EMAS LAMA/SURAT PAJAK
Harga belian balik kilang sangat tinggi. Jadi boleh beli emas lama pada pelanggan pada harga murah dan jual pada kilang dengan harga tinggi. Kelas bimbingan sentiasa diberikan di seminar/bengkel Orodesign.



4-DEALER GET DEALER ( Memperkenalkan )
Bukanlah sesuatu yang wajib dilakukan, namun memperkenalkan simpanan emas kepada umum agar lebih ramai masyarakat celik emas adalah fokus utama syarikat.



Ini juga salah satu sumber rezeki yang berterusan untuk ahli & hasil pendapatan lebih lumayan berbanding menjual sahaja.

Orodesign bukan platform untuk dapat GANJARAN dengan bergoyang kaki.

Anda usaha anda dapat! Biar rezeki lebih berkat.


bisnes emas orodesign






Shopback Dah Tak Support Shopee!

May 05, 2020 0 Comments
Sudah menjadi kelaziman setiap kali saya nak order di Shopee, saya akan buka dulu SHOPBACK apps. Walaupun tak tinggi persen cashback Shopee hanya 0.5% namun berbaloi untuk kita claim jika kita seorang yang tegar shopping online.


Alkisah saya baru sahaja pakai SHOPBACK 2 ke 3 hari lepas. Nak guna semalam tiba-tiba keluar notis offline!



Saya ingat mungkin apps bermasalah seketika rupanya tidak. Ramai rakan yang mula bertanya. Konfirm sejak semalam tiada lagi Shopee Apps dan Lazada Apps dalam list SHOPBACK. 


Oleh itu, shopping lah tanpa cashback😂




Sementara sahaja. Haraplah on balik Shopee di SHOPBACK ya tak? 

Home Ads