Shopee Free Shipping Kini Diutamakan Pada Shopeepay Payment Sahaja?


Shopeepay Payment method kini merupakan cara pembayaran utama di Shopee sekiranya anda ingin menikmati percuma postage di Shopee. Malah, jika anda gambar di atas free shipping juga lebih memilih seller yang join RM15 pakej shipping di Shopee.


(Mengeluh) 


Ada sebab saya mengeluh sebenarnya. Sebagai buyer dan seller di Shopee of course ada rasa tidak puas hati. Namun apakan daya, kita menumpang di rumah orang. Ikut sahajalah peraturan Shopee ni kan? 


Pandangan sebagai buyer Shopee


Sejujurnya saya kurang minat menyimpan duit di Shopeepay. Saya lebih prefer menggunakan method pembayaran di Shopee menggunakan debit, credit card ataupun online banking. Pakai Shopeepay ni, nak kene topup. Berbaki-baki pula kat situ kan. Nampak pula kedekut kita😂😂 haha. But kita faham, itu cara Shopee tuk kita terus bershopping di sana. Buat masa ni ikut kitalah, nak free ship pakailah Shopeepay. Dan nak kena cari pula seller yang ada RM15 atau Rm19 (berubah mengikut kempen).


Saya? Jika saya rajin, saya follow tapi nampaknya jika semua kene ikut. Adakalanya saya tak follow pun. Jika harga berpatutan, jimat atau seller tu ada review yang bagus. Saya tidak kisah untuk buat bayaran postage. Lagipun, postage tetap murah berbanding kita order biasa di luar kan? Dan method pembayaran lebih banyak daripada manual transfer. Terpulang kepada kita. Takde salah apapun anda nak order dengan siapa huhu. 


Pandangan as Seller Shopee


Tahukah anda? 


Setiap order yang kami terima. Kami dicas sebanyak 2.2% daripada total jualan kami. 2.2% ni anda rasa banyak atau sedikit? Adakah kami ni seller kaya giler? Jujur kata bukan semua orang mampu nak tanggung cas yang tinggi. Tetapi nak give up tak mahulah. Just bagi kami seller, kami akan jual produk di mana kami ada sedikit keuntungan setelah ditolak cas tersebut. Jika tak berbaloi atau rugi, tak dapatlah kami promot di Shopee.


Kedua, untuk sertai program RM15 atau RM19 shipping seller akan dicas lagi tambahan 3.++% menjadikan total cas 5% ke 6%. Pada mulanya saya ada join, tapi lama-lama sukar juga. Jadi saya keluar dari program tersebut dan cuma jadi seller shopee biasa.


Customer mungkin dapat penjimatan postage lebih murah berbanding order di luar atau jika masih ada RM40 voucher bolehlah claim free shipping di Shopee.


Anda sudah tahu kan? 


Jika anda seller, dan membaca entri ini. Saya ucapkan tahniah kerana terus berjuang di Shopee. Dan semoga terus sukses. 


Jika anda hanya buyer, semoga dengan membaca entri ini anda memahami sedikit sebanyak situasi seller di Shopee dan mengapa tidak ramai memilih menyertai program Shipping khas Shopee. Maaf juga ya. Memang ada seller2 besar.. Syarikat besar tetapi lebih ramai sebenarnya seller2 kecil seperti kami. Jadi maaflah ye jika tak ramai seller di shopee yang ada shipping khas Shopee. 

Catat Ulasan

0 Ulasan