[Tutorial] 5 Sebab Anda Perlu Cuba Buat Shopee Live Streaming Untuk Naikkan Sale Produk Jualan Anda

 Tutorial Shopee Live Streaming



tutorial shopee live streaming


Assalamualaikum, Shopee telah menyediakan cara paling mudah untuk anda mendapatkan engagement atau trafik terus ke kedai anda dan sekaligus pelanggan dapat membuat tempahan pada masa sama menggunakan SHOPEE LIVE STREAMING.


Apa itu Shopee Live Streaming?



Shopee live sama seperti mana fungsi di Facebook, IG atau Youtube. Anda boleh bersiaran secara langsung mempamerkan produk jualan anda atau apa sahaja sharing pun anda boleh lakukan sambil meletakkan produk-produk di kedai anda untuk pelanggan menempah.


Berbeza dengan Facebook Live dan lain-lain media sosial. Siaran langsung mereka hanya kita dapat lihat, komen dan like namun kita nakkan produk tersebut kita kena order kemudian. Kelewatan menghubungi prospek pelanggan menyebabkan kurang sales pada waktu tersebut. 


Namun di Shopee live, anda boleh buat sebarang aktivit siaran langsung (streaming) dan letak sahaja produk anda untuk customer membuat pembelian TERUS. 


Menarik kan?


Nak Buat Shopee Live Streaming atau Siaran Langsung ni Bagaimana?



Secara Mudahnya:


1. Buka aplikasi Shopee di handphone anda
2. Pergi ke Me
3. Pergi ke Buying
4. Anda akan lihat, live streaming. Tekan di sini
5. Isikan gambar produk atau cover streaming anda. Isikan tajuk dan keterangan (description) kemudian anda boleh attachkan mana-mana produk di kedai shopee anda. 
6. Submit.
7 MULA SHARING


Semua shopee seller berebut-rebut nak join Shopee Shocking Sale kan? susah nak join pula tu, siap banyak kriteria nak kene follow. Tetapi dengan adanya Shopee Live Streaming ni, lagi baguss


Kelebihan Shopee Live VS Shocking Sale

Shopee Live


1. Anda boleh terus sharing apa sahaja kelebihan produk (USP)

2. Mempamerkan produk lebih jelas

3. Meningkatkan trafik dan engagement pelanggan dengan kedai anda

4. Close deal instantly

5. Tambah follower kedai



Nak Tengok Cara Saya Buat Sharing Shopee Live?


Baikk.. Lihat tutorial youtube di bawah ni kay. Selamat mencuba





0 Comments