3 Jenis Kaki Sembang Yang Dibenci Rasulullah SAW

 3 Jenis Kaki Sembang Yang Rasulullah SAW Paling Benci

.

1. "Thartharun", iaitu golongan yang sembang kencang atau cakap berjela-jela yang tidak berfaedah. Mereka ini biasanya suka mencelah percakapan orang lain dan gemar menguasai perbualan tanpa memberi ruang kepada orang lain bercakap.

.

2. "Mutasyaddiqun", iaitu golongan yang suka bercakap dengan gaya yang merendahkan atau meremehkan orang lain.

.

3. "Mutafayhiqun", iaitu golongan yang bila bercakap, suka cerita tentang dirinya sahaja untuk tonjolkan dirinya lebih dari orang lain.

.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda:

.

أَبغَضَكُمْ إِليَّ وَأبْعَدَكُمْ مِني مَجْلساً يَومَ القِيامةِ: الثَّرْثَارونَ، والـمُتَشَدِّقُونَ، وَالـمُتَفَيْهِقُون

.

“Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh kedudukannya daripadaku pada hari Kiamat ialah orang yang paling lebat sembangnya, orang yang suka memperolok orang lain dan orang yang sombong bicaranya.” [riwayat al-Tirmidzi].

.

Kredit : Dr. Kamilin Jamilin


Semoga kita dijauhkan dari menjadi 3 jenis manusia yang dibenci oleh Rasulullah saw.


Lebih baik diam daripada bercakap, adakalanya menahan pertuturan itu adalah jauh lebih baik daripada merasakan bahawa bercakap lantang atau jujur itu terbaik.


Apakah definisi terbaik dalam pertuturan harian kita?


Jika tidak mampu menuturkan kata-kata yang baik terhadap insan lain, lebih baik diamkan diri sahaja. Bercakap jika perlu. Berfikir sebelum berkata-kata.



Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, daripada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam Baginda bersabda, “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia berkata baik ataupun diam.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)



Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawasanya dia mendengar Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Sesungguhnya seorang hamba berbicara dengan suatu perkataan yang tidak dia fikir, sehingga dengannya dia terjerumus ke dalam Neraka yang jaraknya lebih jauh daripada timur dan barat.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Wallahualam.


Selamat beramal sahabat. 

Catat Ulasan

0 Ulasan