Game Yang Dapat Mengasah Minda & Hilangkan Stress

Dulu semasa zaman kat uni, tak sah kalau tak main game yang dah disediakan di pc. Saya belajar di KUKTEM pada waktu itu, wajib ada laptop masing-masing, cewah apa lagi melaram la student-student dengan pelbagai jenis laptop. Zaman tu zaman baru je bermula laptop ni, bayangkanlah betapa mahalnya laptop masing-masing mencecah seunit hampir RM7,000 dan spec juga bukanlah sehebat sekarang. Tahun lepas setelah sekian lama, saya dapat juga beli seunit laptop baru dengan harga RM1,800 dan beza spec dari segi storage, processor malah skrin juga jenis HD. Namun, tak dapatlah saya nak menempah laptop jenama Apple. Jauh betul harganya untuk saya miliki.


Permainan online atau downloaded di dalam laptop ialah cara mudah kita mengisi masa lapang sesudah penat memerah kepala belajar setiap hari. Saya bukanlah seorang yang pandai bermain game. Di universitilah, selain belajar saya turut berkenalan pelbagai jenis game namun kalau memang tak pandai. Tak pandai jugalah haha. Adalah sedikit-sedikit jenis game yang saya boleh mahirkan setelah beberapa kali berjuang. Antara permainan yang paling mudah dan saya suka, ialah game yang sudah diinstall di dalam laptop iaitu koleksi solitaire.


Rupanya laptop sekarang, sudah tidak diinstallkan ye!


Puas saya cari, rupanya kepunyaan microsoft dan renyah juga jika anda tidak memiliki akaun microsoft. Mujurlah ada online game solitaire dan sama seperti game dulu-dulu, best juga bila spend time bermain. Berfikir setiap hari tentang bisnes, marketing, kerja memang memenatkan. 


Tak percaya game simple macam ni sudah tiada pre-install dalam laptop? Meh saya share tauuu. Dah la tak dapat install pula tu huhu


Tiada lagi game tetapi berubah kepada Microsoft Solitaire Collection

Click nanti dibawa kepada paparan ini. 

Tengok ni, anda harus install kay. So saya paling suka main game Microsoft Mahjong

Click Get

Walla!! Tak dapat download pula. Saya tiada akaun Microsoft berbayar. Maka redhalah saya tak dapat bermain game kegemaran saya ni. Syukurlah ada game solitare Mahjong ni di website online.


Mari saya sharekan game yang paling saya suka main dari zaman muda-muda sampaila sekarang. Mudah aje, tak sakit kepala saya nak fikir strategy game ni hehe



Best ke best?

Nak main sekali? Mesti rindu kan nak main game ni, jomlah klik je kat sini, semua free! 


https://www.solitaire.org/solitaire-games/

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Fiza pun suka main kat laman tu. Takde iklan yang menggangu. Tu yang seronoknya.

    BalasPadam