Tarik Customer Shopee Melalui Shop Decoration Marketing

Shop decoration yang disediakan oleh Shopee bagi semua seller adalah percuma. Ada 8 template yang boleh anda pilih dan paling penting ianya tidak sukar untuk anda gubah. Apa yang perlu anda buat ialah ikut sahaja template, dan masukkan gambar produk atau kekuatan marketing kedai anda.



Tanpa buang masa, mari kita lihat bagaimana anda boleh tukar kedai Shopee anda menggunakan Shop Decoration.



Paparan website apabila anda membuka Shop Decoration. Tekan Edit Decoration untuk memulakan transformasi kedai anda



Ini adalah paparan kedai Shopee saya sebelum ini. Jadi misi kita kali ini ialah untuk menukar layout dan template kedai di Shopee. Jika anda baru pertama kali menggunakan tak mengapa. Mari kita lihat satu per satu.



Terdapat 8 pilihan template untuk anda cuba. Anda boleh lihat satu per satu secara percuma dan tidak perlu save lagi. Lihat yang mana satu sesuai untuk anda gunakan di kedai Shopee anda ya. Pilihan template ada di sebelah kiri anda.



Anda boleh lihat di sebelah kiri atas ditulis COMPONENT. Component inilah yang akan membantu anda mendekorasi susunan/content kedai anda. Ada beberapa component yang perlu anda tahu iaitu:- Visuals (image/video), Product, Category, Promotions dan General (Description)




Ada beberapa component yang perlu anda tahu iaitu:- Visuals (image/video), Product, Category, Promotions dan General (Description)



Baiklah. Mari kita go through satu per satu component yang ada:-


Visuals ialah gambar atau video yang anda display di kedai anda bagi tujuan marketing. Info produk, best seller, latest promotion atau apa sahaja yang anda ingin tonjolkan kepada customer-customer anda.


Pilih mana satu visual component yang anda nak gunakan. Anda boleh guna dan letakkan semaksima yang telah ditetapkan. Contoh anda lihat Single Image 2/10 bermaksud dua image telah saya gunakan pada Shop Decoration, 10 bermakna ada 10 gambar yang boleh saya letak pada paparan Shop. Layoutnya anda boleh susun di mana sahaja yang anda suka




Product Component ialah display produk anda. Ada beberapa pilihan, iaitu Product highlight, Product by Category dan lain-lain lagi. Dalam contoh, saya memilih product category untuk memudahkan customer melihat pilihan product yang ada. Category bagi saya penting untuk kita mencari produk berdasarkan pengkelasan yang sama. Dan saya prefer memilih Manual Display Mode berbanding Smart. Jadi saya dapat display kategori yang saya dah setkan untuk customer.



Category :- Ada 2 pilihan sahaja, sama ada anda display kategori produk secara bertulis atau secara bergambar. Anda boleh pilih salah satu atau keduanya sekali



Apakah promosi yang sedang berlangsung pada kedai anda? Discount Promotion? Bundle deal atau Add On Deal? Ketiga-tiga pilihan promosi ini anda boleh display pada paparan Shop untuk memaklumkan customer apakah promosi hebat di kedai anda. Ha best kan?



Shop Description ialah informasi mengenai kedai anda yang anda sudah setup di SHOP PROFILE. Anda perlu setkan dahulu barulah anda dapat display di Shop anda menggunakan Shop Decoration. Click component General untuk display informasi ini.



Last but not least, letakkan bisnes kad anda selain shop profile. Saya guna gunakan image kerana adakalanya tak semua customer akan menekan more untuk membaca shop description. Anda boleh letakkan sebarang info berkaitan kedai anda di image tersebut.




SIAP! Mudah bukan? Bila dah siap mendeko kedai anda, tekan save dan PUBLISH. Anda juga boleh deko yang sama pada paparan jenis dekstop. Apa yang perlu anda buat ialah Apply Decoration to PC Shop Homepage. 


Klik pada Apply Decoration to PC Shop Homepage. 



Preview pada Shop Homepage versi dekstop



Siap publish!



Alhamdulillah. Siap sudah tutorial Shopee Shop Decoration! Bagaimana? Dah nak mula mendeko? Jika anda tiada idea boleh je jalan-jalan tengok kedai-kedai PS/PS+ atau Shopee Mall. Deko kedai mereka memang terbaik. 


Nak tengok deko kedai saya? baik.. jom click sini je, nak terus shopping pun boleh. 

Catat Ulasan

0 Ulasan