Mencari Penawar Hati




Hari ini saya ada appointment dengan pakar psikiatri di Hospital kerajaan HTAA. Masuk sahaja ke ruang hospital dada saya mula berdegup laju. Entah sejak bila pandai badan ni mempunyai reaksi panik mengatasi minda sedar. Selama ini saya mampu mengatasi pelbagai kesakitan, ketakutan dan mampu menenangkan diri sendiri. 


Gagal lakukan sedemikian sejak beberapa tahun sudah. Di sinilah saya, cuba memahami apa yang berlaku. 


Saya berharap saya okay. Sunyi tanpa anak anak di sisi. Hari ni suami kata, biarlah papa jaga. Nanti papa punch card dan jaga anak anak. Lega juga.


Setiap kali ke hospital, nak mencari parking ni satu urusan yang sangat renyah. Kemudian perlu dukung dan bawa Rayyan yang berat tu. Hehe. Kus semangat dibuatnya. Boleh sesak nafas saya mendukungnya.


Saya keluar dari rumah, selepas menghantar anak ke sekolah pagi jam 7.32 pagi. Sampai ke hospital 8.12 pagi alhamdulillah. Dekat tapi jauh bila waktu sebegini. Sudah agak lama saya tidak keluar pada awal pagi. Masya Allah, lupa feeling tersebut. Jem. Trafik yang panjang. Sesak.


Mudah mudahan hari ni berjalan lancar. Perlu jumpa pakar. Results darah juga hari ni. Bertenang la hati. Allah ada. Setiap penyakit ada ubatnya. Insya Allah ❤️


Catat Ulasan

0 Ulasan