Kos Uruskan Harta Pusaka, Perlu Bayar Jika Nak Setelkan Faraid

MAJORITI RAKYAT MALAYSIA TIDAK TAHU KOS SEBENAR MENGURUS HARTA PUSAKA

kos urus harta pusaka

Tidak ramai yang tahu sebenarnya terdapat kos yang perlu dikeluarkan oleh waris yang ingin menguruskan harta pusaka si mati, sama ada si mati tersebut adalah ibu bapa, pasangan suami/isteri atau adik beradiknya.

Kebanyakannya menyangka urusan pusaka ini mudah kerana telah ada hukum faraid.

Ya bagi orang Islam, kita ada hukum faraid untuk mengagihkan harta pusaka orang mati. 

Tapi ketahuilah sebelum proses agihan harta, ada beberapa proses lain yang perlu dilalui dan dilakukan oleh waris.

Secara ringkasnya, sebelum proses pengagihan harta, waris yang mentadbir harta si mati perlu menggunakan harta si mati untuk tujuan ini dahulu:

✅ Membayar kos urusan jenazah si mati seperti kos pengkebumian.
✅ Membayar segala hutang piutang si mati seperti badal haji, hutang rumah dan lain-lain.
✅ Menolak bahagian harta sepencarian pasangan (jika ada)
✅ Melaksanakan wasiat yang telah ditinggalkan si mati.
✅Mengagihkan harta pusaka mengikut aturan faraid.

Proses pengagihan harta adalah fasa yang terakhir dalam bab mengurus pusaka!

Proses ini jika tak kena caranya akan mengambil masa yang sangat lama.


kos urus harta pusaka 1

Apakah Ia Harta Pusaka atau Bukan Harta Pusaka Si Mati?

Harta pusaka si mati boleh dikategorikan dalam dua kumpulan, harta alih dan harta tidak alih.
kos urus harta pusaka


Harta Alih:

  1. Wang tunai dalam akaun bank, Tabung Haji, unit saham, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Amanah Saham Bumiputera (ASB), mahupun yang disimpan di dalam rumah
  2. Kenderan
  3. Saham syarikat
  4. Barang kemas/Simpanan Emas
  5. Barang-barang peribadi seperti telefon bimbit, laptop dan lain-lain
  6. Perabot di dalam rumah

Harta Tak Alih:

  1. Rumah
  2. Tanah sawah, kebun, ladang dan seumpamanya
  3. Kedai, bangunan dan seumpamanya

Selain senarai harta di atas, harta-harta ini juga termasuk di dalam senarai harta pusaka si mati.

Hutang si mati yang dijelaskan selepas kematian
  1. Kutipan duit sewa dari harta si mati
  2. Dividen/faedah yang terbit dari harta si mati
  3. Premium daripada daripada pampasan insurans (bukan keseluruhan pampasan)
  4. Kesemua harta ini menjadi harta pusaka si mati, dan selepas selesai semua urusan pentadbiran, akan diwaris oleh waris-warisnya mengikut hukum faraid.

Walaubagaimanapun, ada juga harta yang tidak termasuk dalam senarai harta pusaka si mati walaupun pada zahirnya kelihatan begitu. Oleh sebab tidak termasuk sebagai harta pusaka, maka hukum faraid juga tidak terpakai ke atasnya.

Antara harta yang tidak termasuk dalam senarai harta pusaka si mati ialah:

  1. Harta yang telah dihibahkan/dihadiahkan kepada orang lain semasa hayatnya
  2. Harta yang telah diwakafkan
  3. Harta yang dipegang amanah oleh si mati
  4. Pemberian/sumbangan oleh orang yang menziarahi si mati
  5. Wang pencen, ganjaran terbitan dan SOCSO
  6. Pampasan insurans (pastikan patuh amanah jika tidak, haram menggunakannya)
  7. Hibah Takaful
  8. Khairat kematian

Dengan memahami status sesuatu harta yang ditinggalkan oleh si mati, maka waris akan lebih jelas bagaimana hendak menguruskan harta pusaka tersebut. Ini kerana banyak salah faham dan pertikaian yang berlaku tentang harta pusaka kerana kekeliruan tentang status harta pusaka dan kedaifan waris-waris terhadap ilmu Faraid.

Kos Urus Pusaka Di Malaysia

Fokus penulisan kali ini adalah lebih kepada perihal kos yang perlu dikeluarkan untuk menguruskan harta pusaka orang mati. 

kos urus harta pusaka

Kos ini boleh dibahagikan kepada dua, iaitu kos langsung dan kos tidak langsung.

Kos langsung adalah seperti fi carian rasmi di pejabat tanah, kos perundangan dan caj khidmat guaman. 

Manakala kos tidak langsung pula adalah seperti kos perjalanan dan kos masa.

Jom kita tengok satu contoh

Si mati meninggalkan dua buah rumah, satu di Kajang dan satu lagi di Seremban serta sebidang tanah pusaka di Alor Setar. 

Proses pertama yang waris perlu lakukan untuk mengurus harta pusaka si mati ini adalah dengan pergi ke pejabat tanah di mana rumah dan tanah pusaka tersebut terletak. Dalam kes ini, ada tiga pejabat tanah yang perlu waris pergi untuk mendapatkan carian rasmi bagi hartanah si mati. Carian rasmi adalah salah satu dokumen yang perlu dilampirkan sekali semasa proses tuntutan harta pusaka di buat. 

Jadi waris terpaksa keluarkan kos perjalanan dan mengambil cuti pula (sekiranya bekerja) untuk mendapatkan carian rasmi hartanah tersebut. Seterusnya waris juga perlu menyediakan wang untuk membayar fi bagi carian rasmi di pejabat tanah. Fi di pejabat tanah pula berbeza-beza.

Bayangkan jika si mati meninggalkan lebih banyak harta di daerah yang jauh, jenuh pula waris nak pergi setiap pejabat tanah. Ini kerana urusan untuk mendapatkan carian rasmi tidak boleh dibuat atas talian, waris perlu hadir sendiri ke pejabat tanah yang berkaitan.

Jika tidak mahu buat semua ini sendiri, waris boleh saja melantik pihak ketiga seperti syarikat amanah atau peguam untuk membuatkan urusan ini, tetapi sekali lagi ada kos yang perlu dibayar kepada mereka.

Mengikut Seksyen 43 Akta Probet, fi yang boleh dikenakan oleh mana-mana pihak yang menguruskan harta pusaka bagi pihak waris, maksimum sebanyak 5% dari keseluruhan nilah harta si mati. 

Pun begitu, tidak semua syarikat yang menguruskan harta pusaka mengenakan fi maksimum 5%, ada yang hanya kenakan sebanyak 1% dan 2% sahaja.

Kos mengurus harta pusaka jadi semakin tinggi apabila nilai keseluruhan harta pusaka si mati melebihi RM2 juta. Ini kerana kes urus pusaka ini akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Sivil. Lebih banyak kos-kos yang perlu dikeluarkan waris.

Begitu juga dengan masalah yang timbul apabila si mati meninggalkan harta berbentuk hartanah yang banyak, tetapi tidak meninggalkan harta berbentuk aset cair seperti wang tunai dari akaun Tabung Haji, KWSP dan pampasan takaful. 

Di mana waris nak cari duit untuk uruskan pusaka si mati?

Sepatutnya kos-kos ini ditangggung oleh semua waris yang berhak terima pusaka mengikut faraid.

Tetapi hakikat yang sering terjadi adalah, waris yang secara sukarela menguruskan pusaka inilah yang terpaksa keluarkan duit sendiri semuanya.

Oleh itu menjadi tanggungjawab kita sebagai pemilik harta untuk menyediakan dana secukupnya untuk waris uruskan harta pusaka selepas kematian kita.

“Aku dan susah payah cari harta, biar anak-anak pula fikir macam mana nak uruskan lepas aku mati. 

Takkan aku juga kena fikirkan.”

Elakkanlah dari berfikir cara yang salah seperti ini kerana akhirnya kita yang rugi apabila harta yang kita miliki tidak dapat memberi manfaat kepada waris dan diri kita sendiri (dalam bentuk saham akhirat)

“Sesiapa yang mati meninggalkan wasiat maka dia mati atas jalan Islam, mati dalam keadaan mengikut sunnah, mati dalam ketakwaan, mati dalam syahadah, dan matinya diampuni.” – HR Ibnu Majah


Rasulullah s.a.w. bersabda, “Barang siapa yang mati dengan berwasiat, maka dia mati fisabilillah (di jalan Allah).”

 

Bagaimana Dapatkan Dana Pantas Untuk Digunakan Oleh Waris Bila Kita Mati Nanti?

Ada beberapa cara iaitu dengan menggunakan dana pantas iaitu tunai yang boleh anda sediakan sekarang:

1) Hibah Takaful
Hibah takaful atau hibah tunai merupakan duit yang disediakan oleh si mati kepada waris, namun anda boleh membuat penamaan kepada pengamanah bagi menguruskan urusan anda kelak. Anda boleh maklumkan kepada agen untuk menyediakan borang penama yang akan uruskan hal anda di kemudian hari. 

2) Khairat Kematian
Tidak salah untuk anda mula menyenaraikan institut, badan-badan yang akan memberikan kita semua khairat kematian. Duit khairat kematian ini bukan duit Faraid, oleh itu anda boleh buat pesanan atau wasiat kepada wasi untuk mentadbir duit ini bagi menguruskan hutang dan urusan harta pusaka.

4 Perancangan Utama Yang Perlu Dibuat Sebelum Meninggal Dunia

Sesungguhnya semasa hidup perlu merancang, selepas juga belum bermakna terlepas dari hal duniawi.

kos urus harta pusaka 4

Wasiatkanlah harta sebelum meninggal bagi memudahkan waris dan lantiklah Wasi (orang yang dilantik untuk menunaikan wasiat) juga perlu menegur dan memastikan pembahagiannya tidak bercanggah dengan hukum syarak.

Bahkan tidak pula mengubah wasiat yang dibuat bagi memastikan perjalanan pembahagian harta berjalan lancar sebagaimana firman Allah surah Al-Baqarah ayat 181 dan 182. 

“Kemudian sesiapa yang mengubah mana-mana wasiat sesudah ia mendengarnya, maka sesungguhnya dosanya hanya ditanggung oleh orang-orang yang mengubahnya; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Pentingnya kita membuat perkara-perkara berikut:

1. MELANTIK WASI (Pentadbir) 

Wasi akan mentadbir dan menguruskan pusaka harta dan hutang selepas kita meninggal dunia.

2. MEMBUAT DOKUMEN BERTULIS 

Sediakan dokumen yg bertulis, bertarikh dan bersaksi agar hasrat kita jelas dan diperakui jika berlaku pertikaian. 

3. MENYEDIAKAN DANA PANTAS (Contoh: Takaful Penama) 

Dana yang akan digunakan untuk membayar hutang, mengurus harta pusaka dan sara hidup waris.

4. MENYEDIAKAN KHIDMAT PAKAR 
 
Memberi Kaunseling/Khutbah Pusaka kepada waris yang ditinggalkan supaya pentadbiran harta pusaka diagihkan secara harmoni dan mengikuti syarak.


Baca juga : Ubat Buasir


JOM KITA MERANCANG SEBELUM DIJEMPUT ILAHI PADA BILA-BILA MASA

Hubungi saya Perunding Harta Perwarisan Islam dari Hans Legacy, kita rancang apa yang perlu dilakukan, semuanya boleh dibuat dari jarak dekat atau jauh. 

Hubungi saya di 010 - 337 9012



Rujukan:


Baca Juga:



Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama