Beza Pinjaman Bank Vs Pinjaman Arrahnu

Apa Beza Pinjaman Bank dan Pinjaman Emas dengan ArRahnu?

Jawapan: 

Pinjaman BANK

1. Anda mohon pinjaman dari BANK
2. BANK memproses permohonan
3. Apabila lulus, BANK mencipta sesuatu dipanggil "BANK CREDIT", iaitu satu bentuk WANG yang dicipta hanya dengan mewujudkan nombor yang dikehendaki di dalam akaun pelanggan.

Contoh anda pinjam RM100k, dan terima bersih 98% atau RM98k, maka BANK akan cipta "BANK CREDIT" sebanyak RM98k dan memasukkan nombor tersebut ke dalam akaun anda.

Tak percaya?

Pernahkah anda menerima "CASH" semasa menerima pinjaman? Anda hanya perlu hadir dan tandatangan kertas perjanjian, dan bila anda ke ATM anda dapati wang sudah berada di dalam akaun anda.

Adakah anda fikir wang berkenaan adalah wang sebenar?

4. *"BANK CREDIT"* apabila diluluskan akan menambahkan lagi jumlah WANG yang berada di pasaran, melalui kebolehan BANK mencetak wang (signiorage) - telah dibincangkan sebelum ini.

Anda sebenarnya bukan meminjam WANG hasil dari simpanan orang lain di BANK, tapi WANG yang direka dan diadakan atas permintaan PINJAMAN anda.

Dengan kata lain anda membayar HUTANG kepada BANK yang keluarkan WANG dari sumber yang BANK itu sendiri tidak punyai

Pinjaman ArRahnu


1. Anda ada EMAS baru boleh pinjam
2. Apabila meminjam EMAS anda akan dicagarkan, dan anda terima TUNAI
3. WANG yang anda terima itu bukan nombor yang dimasukkan ke akaun, ia TUNAI yang anda boleh uruskan terus. Ini juga bermakna, WANG berkenaan wujud dan bukan dicetak sesuka hati oleh mana-mana entiti.

WANG tersebut bukan "BANK KREDIT". Ia merupakan WANG yang telah ditetapkan maksimum transaksi bagi setiap ArRahnu yang wujud, dengan kata lain ia adalah "REAL MONEY"

4. Tiada BUNGA hanya UPAH SIMPAN, kerana ArRahnu adalah sistem simpanan, dan bukan sistem pinjaman, dan anda BEBAS mengeluarkan EMAS anda pada bila-bila masa anda mampu menggantikan WANG yang anda pinjam, walaupun hanya 1 hari selepas pajakan dilakukan.

ArRahnu yang tidak membenarkan pajakan dikeluarkan awal sewajarnya dielakkan, kerana sistem yang dibawa sudah berubah kepada pinjaman bercagaran

Pilihan di tangan anda 

Semoga entri ini membantu anda semua.

Mulalah menyimpan emas hari ini, di Orodesign kami ada emas 999 serendah 0.25gram sehingga 100gram. insyaAllah harganya berbaloi rendah. 

Nak tahu lebih lanjut tentang Orodesign?



----------------------

Salam sayang semua, insya Allah blog ini medium anda membaca dan membina diri menjadi hamba Allah yang lebih baik. Saya kongsikan kata-kata, kisah, motivasi dari pelbagai medium. Semoga kalian mendapat manfaat darinya.

Channel Telegram

1. Bina Syurga di Rumah - Sebuah channel untuk para wanita khususnya yang telah berkahwin

2. Al Quran & Hadis


Buku Islamik Untuk Anak-Anak

1. Buku Saya Sayang Allah (Tengah ada SALE MEI 2024) 

2. PDF Buku Aktiviti Pra Sekolah Versi Islamik

3. Ebook Saya Sayang Allah (Set 12 Ebook)


Nak Dapatkan Pen Al Quran Serbaguna? Semua Al Quran Pun Boleh Baca



Dapatkan Servis Istimewa Buat Seller, Harga Mampu Milik

1. Servis Buat Website

2. Servis Buat Blog

3. Servis Buat Page Facebook

4. Servis Google Listing (Maps)

Klik sini: https://www.emmemarina.com/p/servis-bina-kedai-online.html


Perlukan khidmat Perundingan Harta Pusaka?

Terus whatsapp saya di sini +60189100852



Catat Ulasan

0 Ulasan