Review Sleep Earphone Bluetooth Baseus Pink: Selesa, Boleh Pakai Tudung & Harga Mesra Poket

Kadang bila hari terasa panjang, saya suka ‘lari sekejap’ dari bunyi bising dunia — bukan jauh pun, cukup dengan pasang lagu lembut atau playlist kegemaran sambil baring, buat kerja ataupun memasak!. Tapi masalah biasa pun datang: earphone biasa rasa mencucuk, wayar berselirat, dan kadang tak muat bila pakai tudung. Saya tak harap banyak sebenarnya. Cuma nak sesuatu yang selesa dan boleh pakai lama… sampai tertidur pun tak apa. Dari situlah saya mula cuba sleep earphone ni — dan ini pengalaman ringkas saya.


Kenapa saya pilih earphone ni?
Terus terang, saya beli sebab beberapa perkara yang buat saya rasa “ok, berbaloi nak cuba”. Pertama, jenama Baseus ni memang dah banyak review positif — di Shopee. Nampak macam boleh dipercayai. Kedua, rekaan dia memang nampak solid, kukuh, dan tak nampak ‘murah’. Tapi harga dia… jauh lebih murah dari banyak brand lain yang reka bentuk lebih kurang sama.

Dan satu lagi, saya memang lemah sikit dengan design cantik. Bila nampak warna pastel + kemas + ada casing comel, hati terus cair. Jadi bila dapat gabungan rating baik + harga mesra poket + design cantik = saya tak tunggu lama pun, terus grab. Itupun berminggu jugalah sebab nak kumpul duit haha


Dan tibalah untuk kita review earphone ini lepas beberapa minggu guna, ada beberapa perkara yang saya rasa berbaloi untuk dikongsi:

1. Reka bentuk memang selesa.
Bila pakai, memang tak terasa sangat kat telinga. Saya pernah tertidur masa dengar lagu, dan bangun tanpa rasa pedih atau tekanan pada telinga. Jadi dari segi keselesaan, saya berpuas hati.

2. Boleh pakai dengan tudung.
Ini antara point penting bagi saya. Earphone ni tak menyucuk atau terkeluar bila bertudung. Rasa macam duduk elok je di tempatnya. Saya boleh join kelas atau meeting sambil bertudung tanpa perlu adjust banyak kali.

3. Kualiti bunyi okay.
Tak adalah bunyi dia setanding earphone premium, tapi cukup jelas untuk dengar suara orang dalam meeting, kelas atau muzik ringan. Saya tak ada masalah besar dari segi bunyi. Dan earphone ni guys, kedap bunyi ya. Kalau tekap dengan dalam, boleh hilang suara- suara anak yang hiruk pikuk tu, tetapi tak mampulah saya nak tekap dalam kang anak menangis saya tak dengar pula. Tapi memang best fungsi ni.

4. Casing berfungsi sebagai pengecas.
Ini memudahkan. Lepas guna, saya simpan balik dalam casing. Dia akan cas automatik. Saya cas casing tu selang beberapa hari, dan setakat ni belum pernah kehabisan bateri masa tengah guna.

5. Warna pink dia… cantik.
Saya juga sangat suka benda-benda simple tapi ada elemen lembut. Warna dia bukan pink terang, tapi jenis pastel yang tenang. Tak terlalu menonjol, tapi cukup untuk buat saya senyum bila tengok.

Setakat ni, pengalaman saya guna sleep earphone ni agak memuaskan. Saya tak rasa ini gadget wajib ada, tapi kalau awak jenis yang banyak guna earphone dalam jangka masa lama — terutamanya sambil bertudung atau sebelum tidur — mungkin ini boleh jadi pilihan yang sesuai.

Saya bukan orang yang obses dengan gadget. Tapi bila satu benda kecil boleh bagi keselesaan harian — walaupun cuma masa baring sambil dengar audio kegemaran — saya rasa ia berbaloi untuk dihargai. Sleep earphone ni mungkin nampak biasa, tapi bagi saya, dia bagi ruang untuk tenang, fokus, dan rasa "me time" dengan cara tersendiri.

Mana nak dapatkan sleep earphone jenama Baseus ni?

Jom klik sini: 

https://s.shopee.com.my/5KzjZgS0n3

Jangan kata saya tak kongsikan tauu!

Catat Ulasan

0 Ulasan