Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya nak kongsikan sesuatu yang mungkin nampak ringkas, tapi sebenarnya sangat bermakna—terutama buat kita yang sayangkan mushaf sendiri.
Saya ada satu Al-Quran lama. Kulitnya dah mula lusuh, zip dah tak berfungsi dengan baik, dan beberapa helai hampir tertanggal. Tapi saya tak sampai hati nak ganti dengan yang baru. Terlalu banyak kenangan, dan saya tahu saya bukan seorang saja yang rasa macam ni.
Sebagai penjual, saya suka kenalkan produk yang saya sendiri nampak fungsinya. Saya belum pakai sendiri Cover Al-Quran eNUUR ni, tapi bila saya teliti material dan reka bentuknya, saya yakin ia boleh jadi penyelamat segera untuk mushaf lama.
Kenapa Cover Al-Quran Penting?
Al-Quran bukan buku biasa. Ia adalah Kalamullah. Kalau buku biasa pun kita jaga elok-elok, apatah lagi mushaf yang penuh keberkatan. Bila kita balut dan lindungi mushaf dengan cara yang baik, ia bukan sahaja menjaga fizikalnya, tapi menzahirkan rasa hormat kita pada isinya.
Material Waterproof dan Tahan Lasak
Cover Al-Quran eNUUR diperbuat daripada kain kanvas yang kalis air dan tahan lama. Material ini fleksibel, lembut tapi kuat, dan tidak mudah rosak. Sangat sesuai untuk digunakan setiap hari atau dibawa ke mana-mana—terutama bagi yang aktif menghadiri majlis ilmu atau tadabbur. Juga rakan saya kata, nak cover Al-Quran tetapi tak nampak seperti sedang bawa Al-Quran. Insya Allah, cover Enuur ni memang sesuai bagi mereka yang tak nak nampak sangat kita sedang bawa Al-Quran setiap masa, walhal itulah kalamullah yang sedang dibawa ke mana juga. Alhamdulillah
![]() |
Simple sahaja kan? Cover ni nampak seperti cover buku nota, namun tetap mengekalkan ciri Al-Quran dengan logo Al-Quran yang ditampal khas. Jika kalian nak letakkan nama juga boleh. |
Material jenis ini juga lebih selamat daripada kulit biasa kerana lebih senang dibersihkan dan tidak mengelupas.
Warna dan Reka Bentuk Eksklusif
eNUUR menawarkan lima pilihan warna menarik:
- Denim Blue
- Denim Black
- Ruby Maroon (Blackout)
- Rose Cream (Blackout Brocade)
- Rose Pink (Blackout Brocade)
Warna-warna ini lembut, elegan dan tidak terlalu menonjol—sesuai untuk dijadikan hadiah atau kegunaan sendiri. Corak dan warna berubah mengikut batch, jadi stok sangat terhad.
Saya nak terangkan lebih lanjut tentang jenis material ni agar kalian tahu ya.
Kenali 3 Jenis Material Cover Al-Quran Enuur
Bila kita memilih Al-Quran sebagai teman harian, bukan sekadar isinya yang penting – tapi cara kita menjaga dan menghargainya juga mencerminkan rasa cinta kita terhadap kalam Allah. Salah satu cara adalah dengan memilih cover Al-Quran yang bukan saja cantik, tapi tahan lasak dan sesuai dengan gaya hidup kita.
Di bawah ini saya kongsikan tiga jenis material utama yang kami gunakan dalam koleksi cover Al-Quran Enuur kali ini– setiap satunya ada keunikan tersendiri. Jom kenali mereka!
Material Denim – Kasual, Tahan Lasak & Bergaya
Material denim ni mungkin biasa kita kenal sebagai kain seluar jeans, tapi sebenarnya ia sangat sesuai dijadikan cover Al-Quran untuk kegunaan harian.
Kelebihan Denim:
- Sangat tahan lama dan tak mudah koyak
- Sesuai untuk remaja, pelajar, dan dewasa yang aktif
- Nampak moden, simple dan tidak terlalu formal
- Mudah dicuci dan dijaga
Kalau awak jenis suka bawa Al-Quran ke kelas pengajian, masjid atau travel – denim memang sangat ideal. Walaupun nampak kasual, tapi tetap kemas dan berjiwa muda.
![]() |
close up denim berwarna biru (denim blue) |
![]() |
close up denim berwarna hitam (denim black) |
Material Blackout – Ringkas Tapi Berfungsi Hebat
Material blackout biasanya digunakan untuk langsir yang menghalang cahaya, dan sifat ini menjadikan ia kuat, sedikit berat, dan tahan lama.
Kelebihan Blackout:
- Tak telus cahaya – melindungi Al-Quran daripada panas atau cahaya matahari terus
- Nampak matte, kemas dan ringkas – sesuai untuk yang sukakan gaya minimalis
- Material lebih berat berbanding denim – beri rasa kukuh dan berkualiti
Pilihan ini sesuai untuk mereka yang mahukan perlindungan lebih, tapi masih sukakan gaya sederhana yang tak terlalu menonjol.
![]() |
close up blackout material berwarna biru dan ada sulaman yang cantik dan ekslusif |
Material Blackout Brocade – Eksklusif, Mewah & Bertekstur
Ini pilihan paling istimewa dalam koleksi kami. Gabungan material blackout yang kuat dan fabrik brocade yang bercorak timbul menjadikan ia material yang sangat cantik dan eksklusif.
Kelebihan Blackout Brocade:
- Nampak mewah & elegan – sesuai untuk dijadikan hadiah perkahwinan, hantaran atau koleksi peribadi
- Ada tekstur dan corak timbul yang menaikkan seri
- Tahan cahaya dan lebih tebal daripada denim
Kalau awak nak sesuatu yang lain dari biasa – yang bila orang pandang terus rasa “Wow, cantiknya!” – ini dia pilihan terbaik. Namun pilihan ini sesuai untuk perempuan kerana kami memilih konsep floral.
![]() |
close up material blackout brocade berwarna pink (rose pink) |
![]() |
close up material blackout brocade berwarna cream (rose cream) |
Spesifikasi Saiz Cover Al-Quran Enuur
Panjang: 23.5 cm
Lebar: 17.9 cm
Sesuai untuk: Al-Quran saiz A5 (softcover dan hardcover)
![]() |
Jika risau tak muat, ukur dulu ya, tetapi sebenarnya semua ukuran Al-Quran saiz A5 adalah sama. |
Pilihan Set & Harga
Anda boleh pilih sama ada mahu cover sahaja, atau set lengkap bersama Al-Quran A5 Multazam:
1. Cover Sahaja
- RM49.90 (Tanpa ukiran)
- RM59.90 (Dengan ukiran nama)
2. Cover + Al-Quran A5 (Tanpa Tagging)
- RM89.90 (Tanpa ukiran)
- RM99.90 (Dengan ukiran nama)
3. Cover + Al-Quran A5 (Tagging Syifa’ & Doa)
- RM168.90 (Tanpa ukiran)
- RM178.90 (Dengan ukiran nama)
Bonus Eksklusif Untuk 100 Pembeli Pertama
Setiap pembeli terawal akan menerima:
- Buku Mutabaah Amal
- Penanda Al-Quran Acrylic Gold
Hadiah ini terhad dan hanya untuk yang benar-benar cepat membuat tempahan.
Akhir Kata dari Saya
Saya tulis perkongsian ini untuk kongsikan kepada semua wujudnya cover Al-Quran yang begitu cantik dan saya sendiri suka lihat cover ni. Saya belum guna lagi cover ini untuk diri sendiri, tapi saya sangat yakin dengan fungsinya. Dan sebab itu saya kongsi dengan anda hari ini.
Kalau anda ada mushaf lama yang masih anda gunakan, dan mahu terus menjaga ia dengan penuh hormat, saya sangat galakkan pertimbangkan cover ini. Bukan sekadar pelindung fizikal, tapi juga sebagai simbol cinta dan penghargaan kita kepada wahyu yang paling agung.
Tempahan boleh dibuat terus melalui pautan ini: www.wasap.my/60189100852/coveralquran
Moga setiap helaian Al-Quran yang kita jaga, menjadi saksi cinta kita kepada Allah.
0 Ulasan