Review Telekung Berlengan – Kenapa Saya Beralih dari Telekung Biasa ke Telekung Berlengan?

Assalamualaikum dan terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman peribadi saya selepas hampir tiga minggu menggunakan telekung berlengan cotton silk buatan Indonesia. Saya tulis review ini khas untuk anda yang mungkin sedang mencari telekung yang bukan sahaja cantik tetapi juga membantu menambah keyakinan ketika solat.


Telekung berlengan cotton silk selesa dan menutup aurat sempurna
Cantikkan? Nampak seperti pembuat telekung telah memikirkan ciri keselamatan dalam menjaga aurat wanita semasa solat

Kenapa Saya Beralih dari Telekung Biasa ke Telekung Berlengan?


Sebelum ini saya hanya menggunakan telekung biasa tanpa lengan panjang. Namun, setiap kali solat saya sering berdepan situasi yang membuatkan saya rasa was-was.

Antaranya, saya selalu mengangkat tangan ke muka untuk betulkan tudung atau rambut kerana takut ada rambut yang terkeluar. Selain itu, menjadi kebiasaan saya untuk menutup mulut apabila menguap ketika solat. Setiap kali angkat tangan, saya mula bimbang: adakah lengan saya terdedah walaupun sekejap? Adakah solat saya sah?

Rasa ragu ini akhirnya membuatkan saya mengambil keputusan untuk beralih kepada telekung berlengan. Alhamdulillah, saya rasa lebih yakin kerana lengan saya kini sentiasa tertutup walaupun tangan diangkat ke muka.

Apa Yang Buat Saya Suka Telekung Berlengan Cotton Silk Ini?

Kenapa Saya Suka Telekung Ini?

Saya memilih telekung berlengan cotton silk ini kerana beberapa sebab yang betul-betul buat saya puas hati:

Material yang lembut dan sejuk
Telekung ini dibuat daripada kain cotton silk yang digabung dengan premium viscose rayon. Kainnya sangat lembut, ringan dan sejuk dipakai. Memang rasa selesa walaupun solat lama atau waktu cuaca panas.

Telekung berlengan cotton silk selesa dan menutup aurat sempurna


Bahagian muka yang kemas seperti pakai tudung
Satu lagi keistimewaan telekung ini ialah bahagian muka yang kemas seperti kita memakai tudung. Tali ikatannya di bahagian bawah telinga, bukan di belakang telinga seperti kebanyakan telekung biasa buatan Malaysia. Bahagian dagu pula terdapat getah yang membantu telekung kekal terletak dan tidak mudah bergerak atau jatuh semasa solat.

Telekung berlengan cotton silk selesa dan menutup aurat sempurna
Alhamdulillah, tak sepanas kain-kain telekung lain yang saya miliki di rumah, walaupun harganya murah tetapi kualitinya terbaik


Ada arm ring pada lengan
Ini satu lagi yang saya suka sebab lengan telekung jadi elok terletak. Tak ada rasa longgar atau risau lengan terselak masa angkat tangan.

Telekung berlengan cotton silk selesa dan menutup aurat sempurna
Pada mulanya saya tak perasan ring jari ni, saya solat kali pertama tanpa ring, kemudian eh, apa ni, nampak sangat saya beli tanpa baca deskripsi produk kan? sah-sah ditulis ada ring jari untuk menahan lengan dari terjatuh semasa takbir atau tangan diangkat


Potongan yang longgar dan selesa
Saiznya free size, potongan baju pun longgar dan selesa untuk semua bentuk badan. Coraknya sederhana tapi tetap nampak kemas dan cantik pada pandangan saya.

Telekung berlengan cotton silk selesa dan menutup aurat sempurna
saya rasa agak kelakar melihat gambar ini, kadang-kadang bergurau juga dengan anak-anak, orang jakun macam ini lah, subhanallah, saya syukur kepada pembuat telekung ini. tahniah kerana cipta produk yang sangat bermanfaat


Corak sederhana, harga berbaloi
Coraknya sederhana tetapi nampak eksklusif dan kemas. Harganya juga sangat berpatutan jika dibandingkan dengan kualiti material dan kemasan yang diberikan.

Telekung berlengan cotton silk selesa dan menutup aurat sempurna
harganya cuma RM60+ sahaja sahabat, untuk keselesaan dan tiada lagi was-was


pilihan design yang saya pilih

Saya kongsikan video telekung yang buatkan saya tertarik dengan corak-corak telekung berlengan ini ya




Hukum Aurat Lengan dalam Solat

Saya sempat membuat sedikit semakan pada fatwa dan pandangan ulama untuk memastikan apa yang saya risaukan itu memang ada asasnya.

Menurut pandangan mazhab Syafii yang kita amalkan di Malaysia, aurat wanita dalam solat ialah seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Jika lengan terdedah walaupun seketika dan disengajakan, solat dianggap tidak sah.

Jika tidak sengaja dan cepat-cepat menutupnya semula, ada kelonggaran, tetapi sebaiknya kita elakkan situasi yang boleh membawa kepada syubhah dan was-was. Sebab itulah telekung berlengan sangat membantu kita menutup aurat dengan sempurna dan memberi ketenangan ketika solat.

Pengalaman Selepas Tiga Minggu Menggunakan Telekung Berlengan


Selepas hampir tiga minggu menggunakannya, saya sangat berpuas hati. Material cotton silk masih cantik selepas beberapa kali dicuci.
  • Telekung kekal kemas semasa solat dan bahagian muka tidak beralih.
  • Lengan sentiasa tertutup walaupun saya angkat tangan ke muka.
  • Solat terasa lebih tenang kerana tiada lagi rasa ragu tentang aurat.
Saya berharap agar telekung ini tahan lama, oh ya lupa nak snap gambar, telekung ini turut didatangkan bersama beg telekung ya! Cantik, so bolehlah bawak travel

Spesifikasi Telekung Berlengan Cotton Silk Ini

Material
  • Premium viscose rayon (gabungan cotton silk)
  • Jahitan tepi yang kemas
  • Lembut, ringan dan sejuk dipakai

Design

  • Tali ikat di kepala (bawah telinga)
  • Getah pada dagu
  • Arm ring pada lengan
  • Saiz: free size

Ukuran
  1. Baju atas
  2. Panjang: 130 cm
  3. Ukuran dada: 180 cm
  4. Panjang lengan: 50 cm
  5. Ukuran ketiak: 44 cm
  • Kain
  • Panjang: 120 cm  

Link Pembelian


Sekiranya anda juga ingin mencuba telekung berlengan cotton silk ini, boleh lihat produk di Shopee pada pautan berikut: https://s.shopee.com.my/Vv7gQROzO
 

Kesimpulan


Telekung berlengan cotton silk bukan sekadar cantik dan selesa tetapi juga membantu kita menutup aurat dengan lebih sempurna ketika solat. Bagi anda yang selalu risau tentang aurat lengan atau mahu mencari telekung yang lebih kemas pada bahagian muka, saya sangat syorkan untuk cuba telekung jenis ini.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jika anda ada pengalaman menggunakan telekung berlengan, jangan segan untuk berkongsi di ruangan komen.


Telekung berlengan cotton silk selesa dan menutup aurat sempurna
Adakalanya kegembiraan dan keselesaan tidak memerlukan jumlah wang ringgit yang besar. Namun ianya cukup membuatkan si pemakai bahagia. Alhamdulillah, tak menyesal beli telekung berlengan ni.

Saya nak kongsikan ayat dari Al-Quran tentang sifat berhati-hati sebagai sifat orang bertakwa, semoga kita semua tergolong sebagai orang bertakwa di sisi Allah swt. 

Renungan Al-Quran: Pakaian, Taqwa dan Ibadah

Dalam memilih pakaian solat, termasuk telekung yang menutup aurat dengan sempurna, kita sebenarnya sedang berusaha menunaikan tanggungjawab kepada Allah dan melambangkan taqwa dalam hati.

Firman Allah SWT:

1. Menutup aurat dan pakaian taqwa

يَٰبَنِىٓ ءَادَمَ قَدْ أَنزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَٰرِى سَوْءَٰتِكُمْ وَرِيشًاۖ وَلِبَاسُ ٱلتَّقْوَىٰ ذَٰلِكَ خَيْرٌۚ ذَٰلِكَ مِنْ ءَايَٰتِ ٱللَّهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ

"Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)."
(Surah Al-A'raf: 26)

2. Menghormati syiar Allah sebagai tanda taqwa hati

ذَٰلِكَ وَمَن يُعَظِّمْ شَعَٰٓئِرَ ٱللَّهِ فَإِنَّهَا مِن تَقْوَى ٱلْقُلُوبِ

"Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa yang menghormati Syiar-syiar agama Allah maka (dia lah orang yang bertakwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat taqwa hati orang mukmin."
(Surah Al-Hajj: 32)

3. Dunia hanya permainan, taqwa bekalan sebenar

إِنَّمَا ٱلْحَيَوٰةُ ٱلدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌۚ وَإِن تُؤْمِنُوا۟ وَتَتَّقُوا۟ يُؤْتِكُمْ أُجُورَكُمْ وَلَا يَسْـَٔلْكُمْ أَمْوَٰلَكُمْ

"Ingatlah bahawa kehidupan dunia (yang tidak berdasarkan iman dan taqwa) hanyalah ibarat permainan dan hiburan; dan jika kamu beriman serta bertaqwa, Allah akan memberikan kamu pahala amal kamu, dan Ia tidak meminta kepada kamu harta benda kamu (melainkan untuk memberikan kamu barang yang lebih baik daripadanya)."
(Surah Muhammad: 36)

Refleksi

Memilih telekung berlengan atau telekung yang lebih menutup aurat dengan sempurna bukan sekadar soal rupa atau fesyen, tetapi tanda kita ingin menghormati syiar Allah dan berhati-hati dalam ibadah kerana mengharapkan redha dan ganjaran daripada-Nya.

Semoga kita termasuk dalam golongan yang menjadikan taqwa sebagai pakaian sebenar di dunia ini.

Aamin2x ya rabbal alamin

Catat Ulasan

0 Ulasan