Showing posts with label Muhasabah Diri. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah Diri. Show all posts

Tuesday, December 03, 2019

Pesanan Diri Usah Hukum Orang Yang Sakit

December 03, 2019 0 Comments
Pesanan saya hari ini:

Jangan sombong kepada orang yang sakit.
Orang yang sakit dikurangkan dosa mereka.

Jangan kata sebab tak cukup iman.
Jangan kata sebab tak kuat semangat.
Jangan kata sebab tak pantang lepas bersalin.
Jangan kata Tuhan nak jatuhkan bala.
Jangan kata sebab apa yang mereka makan.
Jangan kata sebab berdosa kepada suami.
Jangan kata sebab tak dengar nasihat orang tua.
Janganlah sombong mengata-ngata.

Sudah cukup mereka ada masalah kesihatan, jangan pula ditambahkan lagi dengan menyakitkan hati dan emosi mereka.

Pada hakikatnya, kesihatan emosi dan pemikiran positif itu sangat penting untuk membantu mereka yang sakit supaya lebih cepat sembuh.

Ada sebabnya anda diberikan kesihatan yang baik, supaya anda diberikan peluang membantu mereka yang tidak bernasib baik. Bila orang yang anda kenal jatuh sakit, ini sebenarnya satu ujian dan cabaran Tuhan kepada anda yang sihat, apa bantuan yang anda berikan kepada yang sakit.

Berikanlah mereka semangat untuk berusaha sembuh. Berikanlah mereka galakan mendengar nasihat doktor.

Kalau tak berkata apa-apa pun tak apa, dengar saja masalah mereka yang sakit, sudah pun memadai.

Be a listener. Give them a listening ear.

Doakan yang terbaik,
Dr Imelda Balchin,
Pakar Kesihatan Wanita.
@muslimahcircle🌸

Saturday, May 26, 2018

Hebatnya Bersolat

May 26, 2018 0 Comments
1. Org yg tak solat akn banyak masalah, tidak tenang, cpt marah susah nk terima kenyataan dn selalu nmpk salah orang lain.
    *USTAZ AZHAR IDRUS*

2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya.
     *Ustaz Kazim Elias*

3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga? "Jaga solat...Insyallah bahagia..."
      *Ustaz Don Daniyal*

4. Selalulah Solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda.
     *Datuk Ismail Kamus*

5.Kalau kita sakit jgn takut utk solat , at least kalau mati , mati dalam solat
    *Ustaz Haslin Baharin*

6. Selepas solat jangan tergesa-gesa bangun, baca Subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahuakbar 33, doa kemudian baru bangun”
     *Al-Habib Ali Zainal*

7. Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya.
     *TG Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki*

8. Jagalah solat anda. Kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya"
    *Sheikh Abdullah Jahaf*

9. Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang.
     *Ustaz Dasuki Rani*

10. Jgn cakap:"Pergi solat.Kalau tak,masuk api neraka!"Tapi cakap:"Jom solat,Nanti kita masuk SYURGA ALLAH sama2 ya.InsyaAllah
        *TG Harun Din*

11. Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah.
      *Ustaz Pahrol*

 Rasulullah bersabda,
 Barang siapa menyampaikan  satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia) dia akan tetap memperoleh pahala.

 *SELAMAT* *BERAMAL*

Home Ads