Testimoni Pilihan Pengguna Stevia


TESTIMONI PILIHAN

Kisah Aku & GULA TITIS RCC 

Sebagai seorang doktor terasa ada tugas berat yang digalas untuk bagi kesedaran kepada pesakit-pesakit untuk amalkan gaya hidup yang sihat. Tambah lagi pada mereka yang ada penyakit-penyakit kronik macam diabetes. Apalagi bila pesakit tu ibu kita sendiri atau orang-orang yang sangat rapat dengan kita.

Sangatlah payah nak ubah cara makan yang dah serasi sebelum ni. Bila tengok ibu kita gembira menikmati air teh atau kopi manis, tak sampai hati nak menghalang. Terasa aku merampas kenikmatan yang ibuku kecapi selama ini. Namun di sudut hati ini terasa gundah gulana kerana aku tahu masa berlalu dan penyakit kronik itu takkan mengundur diri. Tapi mungkin akan lebih memudaratkan.
Debaran aku setiap kali membelek memory diascan bacaan gula dalam darah ibuku, hanya Tuhan yang tahu. Selalu jugak aku menasihati dan menegur ibuku tersayang agar hentikan minum air manis, kawal gula dll. Namun apa yang aku nampak ibuku bersugul dan kata-katanya sangat menyentuh hati – “Dahlah ibu dah tua, selera ibupun tak der. Nak kena berhenti ambik air manis pulak. Sudahnya ibu nak makan apa lagi?” Sangat terguris hati, sedih dan pilu.

Sayangkan ibu, mahu yang terbaik untuk ibu, akupun sibuk ke hulu ke hilir mencari ubat diabetes yang terbaik. Bertanya physicianke sana ke mari, sudahnya buntu juga. Gula ibuku masih tak terkawal sehinggalah tetiba aku diperkenalkan dengan Gula Titis RCC!

Tak cerita panjang, aku terus belikan untuk ibuku tersayang. Dalam hatiku berdoa moga diabetes ibuku akan stabil selepas ini, InsyaAllah. Dan betullah…doaku dimakbulkan. Ibuku menggemari produk ini. Dibawanya ke mana saja dia pergi…ke KL atau ke mana-mana saja. Aku selalu nampak botolnya dalam beg kecil ibuku dan aku nampak wajahnya tersenyum melihat bacaan gula pada diascan yang ternyata lebih baik dari sebelumnya, jelas nampak sinar bahagia. Kegembiraanku pula hanya Allah yang tau. Rasa puas jadi doktor bila dapat merawat insan-insan tersayang

Alhamdulillah. Terimakasih Ya Ilahi atas kurniaanMu.



– Credit buat Dr Ijan, Pakar Sakit Puan –




Semoga bertemu lagi di entri yang lain, 
Salam sayang dari saya, Emme Marina Mohamad, 
Jika berniat menghubungi saya, hubungi saya di talian 0189100852.

Catat Ulasan

0 Ulasan