Sakit Itu Penghapus Dosa

Setiap kali saya sakit, suami selalu kata, itulah banyak dosa. Kadangkala rasa geram juga mendengarnya tetapi jika dipandang dari sudut lain. Alhamdulillah, Allah sakitkan kita di dunia untuk capai redha Allah dari kelak terseksa di padang Mahsyar.

Dan sakit itu mengajar kita sabar. Alangkah indahnya, jika kita mampu bersabar semasa sakit. Cuba kurangkan perkataan yang menyakitkan hati kepada orang lain hanya kerana kita sedang menanggung kesakitan. Kerana sesungguhnya, dosa itu datang dari diri kita sendiri bukan orang lain.

Selain itu, banyakkanlah berzikir memohon pertolongan dari Allah dan meminta keampunan.

Inilah kisah saya hari ini.

Saya diuji sedikit sahaja tetapi azabnya hanya yang pernah menanggung sahaja memahami. Sakit apa? Sembelit aje, azabnya sehingga terpaksa ke klinik mencari ubat. Dari pagi semalam, sehingga jam 3 pagi hari ini saya tidak dapat tidur. Kepala sangat sakit. Dan dengan sejarah ada buasir semasa bersalin anak ketiga, luka sangat mudah.

Dalam semua orang nyenyak tidur. Saya berpeluh dan berperang dengan perut yang sakit dan meragam.

Salah saya juga.

Saya sudah tahu masalah sembelit saya agak teruk tapi saya kurang minum air masak, tak makan buah dan seingat saya sepanjang minggu lepas saya juga jarang makan sayur-sayuran. Inilah akibatnya mendera diri sendiri dengan tidak menjaga kesihatan terhadap tubuh badan yang Allah pinjamkan.

Kesian anak saya mahukan perhatian tapi tak mampu saya nak berikan. Mujurlah si kecil mahu tidur di buaian. Jika tidak pasti terganggu dengan mama yang asyik ulang alik ke toilet.

Saya berharap agar dapat lalui waktu ni dengan baik. Esok anak-anak perlukan saya hadir ke sekolah untuk aktiviti Sukan mereka. Dan keadaan saya macam ni, saya berharap saya dapat segera pulih.

Setiap kali sakit yang benar-benar menguji iman, kesabaran... Saya selalu bacakan zikir Hasbunallah wa nikmal wakil dan istigfar. Dua ni sahajalah biasanya pengubat kepada kesabaran atas sakit yang Allah beri.

Semoga kalian juga dapat bersabar akan ujian dari Allah. Sesungguh apa jua yang Allah berikan pada kita, Allah sudah tahu kemampuan kita menghadapinya. Maka, kita patut bersyukur bahawa Allah tidak akan sesekali membebankan kita lebih dari keupayaan diri kita.

Doakan saya ya. Harus ubah cara hidup dan pemakanan. Sudah tentu kita tak mahu terjadi lagi episode ni.

Cukuplah. Nak terberanak saya rasa. He. Seriusly itu yang saya rasa tapi doktor tadi macam nak gelak je. Asalkan dapat sihat, insha Allah dapat pulih dan beri perhatian pada anak-anak semula.

Sebarkan dan Bantu Cari Adik Zahiruddin Putra bin Mohd Fauzi



Bismillah...

Ya Allah, Bantulah hambaMu. Temuikanlah anak ini Muhammad Zahiruddin Putra bin Mohd Fauzi dalam keadaan sihat dan selamat kembali ke pangkuan ibunya. 



Buka sahaja Muslimah Channel, saya terbaca latest news mengenai kehilangan seorang anak. Saya tidak dapat membayangkan jika ianya berlaku kepada saya. Sudah 5 hari, anak beliau masih belum ditemui. Allah, tidak dapat untuk digambarkan atau dibayangkan setiap saat akan kehidupan anak dalam masa 5 hari ni.


Rakan-rakan dan pembaca, buka mata dan lihat di sekeliling kalian.



Bantu, share, doakan akan kesejahteraan anak ini. 


Saya kongsikan petikan perkongsian dari Muslimah channel di sini,


Pagi ini adalah suasana paling sukar saya pernah hadapi sepanjang hidup saya. Saya kelu untuk bersuara pada awalnya kerana tidak tahu nak buat apa bila berjumpa Ibu Zahir, kanak-kanak lelaki yang hilang sejak 16 April lalu di Bandar Seri Putra Bangi.
.
Kelu sungguh sehingga saya banyak mendiamkan diri pada awalnya. Hanya wakil jiran saya yang berbual sama Ibu Zahir.
.
Bila saat kehujung baru saya ada kekuatan untuk memberi semangat tanpa air mata, namun saat-saat terakhir perjumpaan ini buat saya lemah. 
.
Terasa getaran resah lemah dan longlai ketika memegang tangan si ibu. Bengkak sudah mata si ibu. Saya menangis sekali bersamanya.

“Saya teringat dia kalau saya balik kerja minta gula-gula. Dia anak manja saya. Paling manja. Saya tak boleh duduk rumah. Saya ternampak-nampak dia”
.
Ya, ayat itulah yang memecahkan benteng air mata saya. Ayat rindu seorang ibu yang tidak ingin sesiapa rasai. Rindu bagi sebuah kehilangan yang tidak pasti.
.
Saya peluk ibu Zahir. Saya gosok kepalanya. Saya terbayang wajah Harith anak saya. Allah. Sebaknya saya. “Allah ada. Allah ada” itu sahaja yang mampu saya ungkapkan.
.
Memang buntu Zahir dimana. “Saya tak tahu dia selamat ke. Saya tak tahu dia makan ke. Siapa jaga dia. Orang jumpa jaga dengan baik ke. Lama mana kena tunggu sebelum bertemu dia. Atau saya perlu anggap takkan jumpa untuk Redha?”
.
Allah kata-kata itu terus menghiris hati saya. Beratnya dugaan mu wahai ibu. Besarnya ujian mu. Takkan mampu diluahkan betapa susahnya hatimu memikirkan dimana anak mu.
.
Ibu Zahir ibu tunggal. Seorang diri membesarkan anak-anaknya. Bukan mudah dan disini katanya tiada keluarga. “Saya tak boleh fikir. Nak urus rumah pun rasa lemah memikirkan Zahir”
.
Allah. Tolong. Tolong saya sama-sama #kongsi luahan hati ibu Zahir ini supaya lebih ramai menyedari kehilangan ini dan sama-sama mendoakan agar adik Zahir kembali ke pangkuan ibunya. Anak manja si ibu yang sangat dirindui.
.
Ya Allah, kembalikan lah Adik Zahir kepada ibunya. Kembalikanlah. Amin.
.
Azlia Ajid
(Saya tak dapat bayangkan perit hati ibu Zahir. Allah.)
@muslimahcircle

Macam Mana Cara Guna Al Quran Tagging Ni?

cara tagging al quran

MACAM MANA CARA GUNA QURAN BERTAG?


Antara soalan famous.


Sebelum ni saya sudah mention, Quran ni ada dua jenis tag iaitu TAG AYAT dan TAG JUZUK. Boleh refer post sebelum ni untuk penerangan.


Cara untuk guna mudah saja.


Untuk TAG AYAT, boleh tengok bahagian tepi Al-Quran ada sticker warna warni yang ada tulisan. Jadi belek page dan cari ayat yang ditampal sticker warna warni tadi tu, bolehlah baca ayat yang berkait dengan sticker tersebut. Mudah kan?


Untuk TAG JUZUK pula, kami tampal sticker warna warni pada bahagian atas page. Contoh juzuk satu, kami tampal tag pada bahagian atas page pertama, yang ada surah Al-Fatihah, bermakna bermulanya juzuk pertama. Bila kita baca, dan jumpa tag juzuk seterusnya, bermakna kita sudah habis baca satu juzuk.


Sangat mudah cara guna Al-Quran Bertag ni.


Bagi yang belum order dan nak order, Batch 10 masih open order.


BATCH 10 punya freegift memang sangat best
.
Freegift Safeeya:

  • sampul raya
  • kad doa x 5
  • kalendar

.
Freegift Nafeesa:

  • sampul raya
  • kad zikir x 5
  • kalendar

.
.
Gift ni kami bagi setiap pembelian seunit Al-Quran tau.

Kalau beli dua unit Al-Quran, gift pun dua set jugalah.

.
Jom join Batch 10.


OPEN PRE ORDER: 11-20 APRIL 2019

Pengeposan BERMULA: 12 MEI 2019 InsyaAllah.


Jom dapatkan QURAN TAG untuk RAMADHAN ini
.

Siapa nak selit order?
Jom sambung sembang di WHATSAPP
.
.

Cara Tempahan :
.
1. Whatsapp +60189100852 @ KLIK LINK BIO laju-laju
.


.
#SahabateNuur
#LegacyOfKnowledge
#TEAMSahabateNuur
#eNuur
#AlQuranTajwidTerjemahan
#AlquranHumaira
#AlQuranEksklusifWanita
#AlquranPelangi
#AlQuran
#AlQuranRaihan
#AlQuranRabbani
#AlQuranTajwidBerwarna
#AlQuranTaggingByeNuur
#AlQuranTagging
#AlQuranTag
#tagsafeeya #tag383
#tagenuur

Marketing Kena Sentiasa Jalan, Barulah Ada Sale

Tidak kiralah orang baru ke orang lama. Milo pun sibuk buat iklan setiap hari kan? Dah masuk pasaran seluruh dunia pun masih sibuk sangat buat marketing.


Pergi je ke mana-mana kedai pasti ada jual milo!


Tapi hairannya saya dah sebegitu femes mereka tetap buat marketing. Malah pakai iklan TV lagi. Tak mampu i ols


Ialah siapalah kita ni kan. Ramai dikalangan kita terlalu berkira bab costing lagi-lagi bab tools ni. Mahal la. Takut nak gunalah. Jika ditanya, nak income tak?
.
.
Nakkkkkkkk


Boleh keluarkan modal?


Krik krik krik


Inilah yang membezakan orang berjaya, sederhana dan terus terdiam tak buat sale.


Berniaga sesuatu barangan atau servis bermaksud anda harus keluar dari kelompok malu ke kelompok luar biasa. Promot setiap servis / produk anda supaya sampai jauh bukan sekadar di fb personal je.


Rakan FB pula takkan nak biarkan sekadar 100-200 orangkan? Jadi kena tambah sampai limit 5,000 orang!



facebook marketing autopost fb group

Kemudian, sertai sebanyak mana medium group dan sharing servis/ produk yang kita ada. Lakukan secara konsisten. Mampu tak?


Kalau tak mampu sebab busy.. Susah juga. Dah busy bagaimana nak berniaga ni


Mehlah saya ni nak share tools bagi peniaga facebook! Hangpa gunakanlah secara berhemah.


autopost facebook


berniaga di facebook


Nak tahu lebih lanjut, boleh click website ni kay

Baik dan Buruk Surirumah Bekerja Sendiri Dari Rumah Dari Perspektif Ibu Anak Empat

Menjadi surirumah sambil menjadikan ruang di rumah ini sebagai ofis tidak pernah mudah. Anak-anak tidak faham bagaimana mama bekerja tetapi masih di rumah menguruskan mereka, kerja-kerja rumah dan sebagai driver sepenuh masa. Apabila semuanya dilakukan seorang diri oleh mama, anak-anak adakalanya perlu dididik untuk menilai antara perbuatan KERJA atau LEISURE atau selain dari urusan KERJA.


Oleh itu, saya selalu menerangkan kepada anak-anak bagaimana saya bekerja dan siapa saya. 


Kebiasaannya, ayat paling simple ialah 


"mama berniaga dari rumah tahu"

"kalau mama duduk depan laptop, maknanya mama dah mula bekerja"

"mama ni bisnes, tapi mama tak sama macam orang lain jual sana sini ada barang, barang-barang mama semua kat internet tau"


Bila saya selalu maklumkan, lama ke lamaan anak faham di mana mama bekerja dan kenapa mama boleh bekerja di rumah sedangkan papa tidak.


Dan bila saya tutup laptop dan letak tepi handphone saya, anak-anak juga faham mama tidak bekerja. Jadi bolehlah masing-masing datang mengganggu mama.



Ada kelebihan dan kekurangan bila seorang ibu bekerja di rumah


Masa


Kelebihan: Masa adalah milik anda sepenuhnya. Anda boleh uruskan masa dan buka ofis anda mengikut waktu kesesuaian anda


Kekurangan: Bila waktu adalah milik anda, anda mungkin akan banyak melencong dan tidak disiplin dalam "waktu bekerja anda", kemungkinan besar anda tidak dapat langsung menguruskan masa dengan baik bila semuanya terpaksa dilakukan seorang diri. 


Solusi: Walaupun kita ni bekerja sendiri di rumah, susun jadual dari anda mula bangun tido.


contohnya: 

5 pagi - tahajud/menguruskan breakfast7 pagi - hantar anak ke sekolah
8 pagi - solat sunat dhuha
8.30 pagi - buka kedai/ofis (untuk ruangan ni, anda boleh perincikan yang mana satu priority kerja/bisnes anda... contoh: - buka shopee bot, beriklan guna software viral, update blog, packing dan pos... etc) anda harus tentukan apa tugasan, jika tidak anda tetap lakukan kerja secara semberono sahaja)

..
dan setkanlah jadual anda sehingga anda tidur malam



Fokus


Apabila seluruh kerja sama ada kerja rumah/kerja bisnes/anak adalah menjadi tugasan anda, anda akan mendapati hidup anda huru hara. Lebih-lebih lagi, ada anak ramai dan banyak jadual nak disusun. Seperti saya, anak bongsu saya berusia 2 tahun masih bersama saya di rumah. jadi banyak tumpuan akan beralih untuk menguruskan dia dari awal pagi hinggalah dia tidur. 3 anak saya yang lain sudah bersekolah, jadual pulang mereka juga tidak sama, ada jam 12 ada jam 1 tgh hari. kemudian hantar mereka ke kafa pula jam 2.30 petang. 


Kelebihan: Anda perlu rancang dengan baik, supaya fokus anda ditumpukan pada waktu yang anda ada itu sebaiknya. Seperti saya, 3 jam itu waktu paling emas buat saya. Jadi saya harus gunakan sebaiknya setiap hari.


Kekurangan: FOKUS, tugasan rumah dan anak-anak ini semua ialah diversion anda! Mana satu la nak handle, mana nak dipegang, mana nak diusik semuanya jika difikirkan akan buat anda terduduk. Jujurlah kalau saya tak alami semua ni. Siap mental breakdown lagi.


Solusi: Anda perlu tahu rutin harian anda dengan jelas. Sebab itulah, perlunya jadual walaupun alahai kau surirumah aje kot (bagi orang luar) sedangkan orang lain tidak tahu pun anda ni bekerja sendiri kat rumah dengan periuk melayang, suara garau bak rockstar. haha. 



Kos dan Penjimatan


Bab paling best bila kita sudah berkahwin ni, kewangan keluarga. Nak bentuk keluarga dengan anak-anak pada zaman sekarang sangat lah mencabar. Anda perlukan kedua-dua support iaitu si isteri (anda) dan si suami, bila keperluan semakin tinggi. Anak ramai. Dan ya, kewangan suami tidak dapat support 100% untuk seisi keluarga. Jadi dari sini, perlunya isteri bekerja tidak kiralah bekerja sendiri atau bekerja bergaji. 


Tidak semua orang dapat gaji RM5,000 ke RM10,000 setiap bulan dengan makan gaji. Kita tolak tepi sebarang kes anak orang kaya, atau anda seorang istimewa dan hebat dengan kerja anda. Memang saya akui beberapa jenis pekerjaan anda mampu mendapat sebulan RM5,000 ke atas. Bergantunglah apa jenis kerja anda semua. 


Adik saya sendiri seorang engineer di syarikat Petronas, starting gaji beliau sahaja sudah RM5,000. Jadi adakah saya beliau? tidaklah...... Saya engineer biasa-biasa aje. starting gaji RM2,6k. HAHA. Nak lebih gaji gi la buat side income atau O.T. Tak mampulah saya, saya satu-satunya engineer yang pulang awal. Jadi tak datanglah duit tepi tetapi masa tu saya bujang. RM2,6k tu memang cukuplah untuk saya seorang dan mak abah serta duit PTPTN.

Sekarang, saya ada 4 orang anak. 3 sudah bersekolah, 1 masih kecil. PTPTN masih belum habis bayar sebab dari tahun 2012 saya tidak bekerja dan menyambung pelajaran di peringkat MASTER sampai tahun 2017. 5 tahun beb. Jadi dari sini, dari anak 1 sampai lah anak 4. Saya mulalah berniaga, sedikit-sedikit saya banyak belajar marketing, cara dan teknik online marketing. Alhamdulillah, income saya sekarang melebihi dari income saya sebagai engineer satu masa dulu.


Kelebihan: Penjimatan kos dari segi membayar duit pengasuh anak-anak, transit bagi anak yang sudah bersekolah, duit minyak, duit makan dan lain... lain kita kadang akan overspend. Contohnya, kerja takkan nak pakai baju sama je (tetapi saya memang suka macam ni, special kes la saya ni, saya tak peduli ulang baju tu nak membazir beli baju baru tuk kerja buat masa ni bukan style saya). 


Kekurangan: gaji kerja anda bukan milik anda 100% ianya akan menjadi sangat kurang apabila mula diagihkan. kos minyak dan makan luar yang tinggi. Anda mungkin perlu masak dahulu di rumah dan membawa bekal jika diperlukan, atau kenal pasti kedai yang dapat tawarkan harga makanan lebih jimat. Anda mungkin akan belanja lebih banyak bergantung kepada pekerjaan anda dan kemahuan yang melebihi keperluan. 


Mari kita buat kira-kira:


CONTOH GAJI SEBULAN RM 2,000

Kita akan membuat perbandingan kepada beberapa jenis bil

Situasi: Anak ramai dan bersekolah



Surirumah Bekerja Sendiri VS Suri Bekerja di Luar


Duit transit (Sekolah pagi dan Kafa)
Duit Minyak
Duit Makan
Duit Pengasuh (jika ada anak kecil belum bersekolah)
Shopping (perbezaan besar antara kedua jenis suri)



Tengok pada kira-kira ni, letih juga kalau gaji sebulan kerja bersusah payah RM 2,000 - RM 1,740


adoi, kene lah cari kerja di mana syarikat tersebut berikan saya sebulan RM 4,000 ke atas sebabnya ini belum masuk kiraan belanja/hutang/bil/mak abah lagi... dan lain-lain



Boss


Be your own boss. Dulu zaman 2009 la, ramai promote bab ni, jadi bos sendiri! masa ni MLM tengah naik. Ada jugak saya terjebak, lebih-lebih lagi saya memang stress kerja bawah orang ni. Datang lewat sebab monthly appointment bermasalah, anak sakit pun .... last sekali hari tu saya bekerja di sebuah syarikat di Nilai. Suami saya sakit, Allahu. berkira sungguh mereka semua nak bagi saya cuti. Inilah perkara paling saya tidak gemar. dan kita faham jika kita sendiri tak boleh nak commit diri kita sebagai pekerja kita juga kena sediakan plan lain dalam hidup kita. Jika tidak, anda hiduplah bekerja dengan keadaan tak suka, stress dan asyik fikir ada kerja lain tak ek?


gitu


But trust me, jadi bos bukanlah senang. Anda nak bekerja sendiri tanpa ada pekerja di bawah anda plus andalah yang menguruskan rumah, makan minum anak-anak dan suami, handle perangai masing-masing. in the end, korang jadi boss pemarah ajelah! Ini tidak bagus sama sekali.


Niat nak duduk rumah jaga anak sendiri, cut cost dan bantu suami dapat income tu bagus dah tapi tak dapat kawal emosi, tiada pengurusan diri dan masa yang betul akhirnya anda kecundang sorang-sorang. Daripada mampu dapat RM 2,000 bersih sebulan, mahunya jadi RM500 ke bawah aje. 


Kelebihan: Anda tak perlu dengar sebarang komen, arahan dan bisikan rakan-rakan kerja pasal anak anda ni asyik sakit lah, suami sakitlah. kena cutilah, gaji kene potonglah... Anda bebas seorang diri menentukan masa dan hala tuju anda. Andalah bos kepada diri anda


Kekurangan: anda mungkin bukan seorang bos yang bagus. akhirnya kerja harian anda ialah stress.. stress dan mental break. Lalu menyusahkan semua orang dari diri awak, anak-anak dan suami!


Solusi: Sebelum anda nak jadi bos sendiri, bertaraf surirumah pula tu. Tambahkan ilmu mengenai cara anda uruskan diri dan keluarga. Ada banyak bahan bacaan dan kelas yang dapat membimbing anda. Sebaiknya tambah ilmu di dada sebelum anda nak berhenti kerja melainkan anda terhenti tiba-tiba mungkinlah tak sempat belajar. Tetapi jangan risau, belajar itu seumur hidup. Luangkan masa untuk perbaiki diri anda sebagai bos kepada diri anda sendiri. Hidup yang bahagia dan kerjaya yang bagus ialah dimana kita gembira dengan suasana dan apa yang kita pilih!


Emosi


Kestabilan dalam mengawal emosi seorang isteri dan ibu kepada 4 orang anak adalah sangat crucial. Bayi merupakan insan kecil yang tidak tentu feelnya. Tidak mendengar nasihat dengan baik dan tidur mengikut acuan yang mereka suka. bagi anak saya, Qhaira suka tido pada waktu tengah hari, dan ketika inilah saya perlu mengambil anak-anak dari sekolah. Walaupun 3 anak saya sudah bersekolah, tetapi masing-masing masih belum matang. Bergaduh, menangis dan hiruk pikuk itu biasa., lagi biasa bila terdengar suara jeritan saya setiap hari di rumah ni.


Letih tau


Marah itu memenatkan. Daripada saya naik angin, lebih baik saya biarkan sahaja. Saya hanya akan bising jika saya rasakan mereka langsung tidak boleh mendengar suara lembut saya ni. Ha, sudah ulang 3-5 kali, tidak dengar juga datanglah mama dan rotan setia. Barulah kesemuanya diam, patuh dan terus bersih ruangan yang mereka selerakkan!


Cukuplah. Ini belum masuk, emosi isteri dengan perangai suami lagi. Kita sedia maklum walaupun tugas rumah, makan bukan tanggungjawab seorang isteri tetapi adalah tugas suami.


Merekalah seharusnya bertanya kepada isteri, apakah isteri sihat dan ok hari ini? Makan bagaimana? Ok ke? Kerana kita isteri adalah tanggungjawab suami. Sebgaimana anak-anak merupakan tanggungjawab isteri. Kita risaukan anak makan dan pakai serta perkembangan mereka, dan begitulah seharusnya tindakan suami kepada para isteri. 



Jadi tak semuanya indah. Jika itu bukanlah perkara yang membahagiakan atau perlu dibahagiakan maka anda haruslah perlu banyak belajar menangani stress rumah tangga. Saya faham dari pagi kita bangun hingga ke lewat malam kita tidak berhenti bekerja. 


Tangan-tangan ini, kaki ini tidak berhenti berjalan dan memegang. Kedapur, kebilik... ke luar. Ada sahaja kerja perlu dilakukan. Rengekan anak tidak berhenti-henti meminta dipeluk. Ada yang mula cembeng dan merajuk kerana mama tidak dengar apa yang hendak diperkata. Inilah keadaan setiap hari saya harungi. 4 orang anak, 4 mulut, 4 cerita, 4 emosi dan telatah berbeza.


Anda harus belajar cara menangani emosi, stress dan mula meletakkan diri anda ke titik selesa. Berhenti bila stress. belajar lapangkan dada dan kenal kembali Pencipta. Allah jadikan kita seorang wanita ada asbabnya.


Maka, tidaklah Allah menjadikan sesuatu itu dengan sia sia.


Sesungguhnya, Allah menguji kita semua kerana Allah tahu kita mampu dan tidak dibebankan melebihi kemampuan hambaNya.


Kelebihan: Anda ada masa untuk belajar mengawal emosi dan tindakan anda, anda seorang boss yang boleh mengatur masa anda. Upgrade diri anda menjadi seorang surirumah berjaya dengan menambah ilmu di dada. Saya sendiri belajar kelas online dari Tuan Guru Kawaras Yahya dalam akademi beliau iaitu FAV Academy, belajar potensi diri dan mengenal Allah. Dari sini, alhamdulillah, saya boleh skip stress-stress yang ada tanpa mengganggu urusan seharian.


Kenal diri, Kenal Allah. Sesungguhnya Allah lah pemegang setiap kejadian dan hati setiap hambaNya.


Kekurangan: Emosi yang huru hara dan tiada support dari suami anda mungkin boleh alami breakdown yang keterlaluan. Jangan biarkan emosi menguasai anda.


Setiap wanita yang berjaya, terutamanya yang menguruskan kerja sendiri, sokongan dari suami dan anak-anak adalah sangat penting. Berada dalam circle suri yang bekerjaya seperti anda juga adalah bagus. Bagus untuk menaikkan motivasi diri. 


Percayalah, anda sangat memerlukan motivasi dan support ini sepanjang masa.


Kita tidak mampu keseorangan sebenarnya walaupun kita rasa kita boleh. 


Kuasai emosi anda, sentiasa motivasi diri, berdisiplin dan percaya bahawa Allah telahpun menetapkan rezeki buat kita semua. Nak jadi lebih baik, maka anda harus ubah diri anda mulai hari ini. 



Dan perlu anda tekankan pada diri anda, anda juga seorang insan istimewa, anda sama seperti suami anda. Anda bukanlah robot atau hamba abdi. Setiap hari berusaha menjana pendapatan bagi membantu keluarga dan menguruskan rumah tangga dan anak-anak, anda berhak ada masa anda sendiri dan berhak untuk bercuti sendiri.


Jika anda rasa terlalu penat. Tutup semua bisnes anda.


Ambil masa bertenang dan rehat.


Jika anak-anak tidak memahami, ceritakan secara baik. Mereka pasti akan faham dan beri ruang kepada kalian. Anak-anak kita bukan kita tidak mahu faham kita tetapi mereka masih belum matang. Itu sahaja.


Sentiasa bersangka baik dan berlapang dada, insha Allah hati anda akan jadi lebih tenang dan urusan anda semua dipermudahkan. Aamin




Saya kongsikan antara sumber bacaan saya semasa awal bermula sebagai surirumah. Manalah tahu anda perlukan kan?








Oh ya, saya sudah lancarkan sebuah Ebook Panduan Bisnes di Shopee. Saya kongsikan secara percuma kepada kalian semua. Sudilah download.




Salam semua, 

Kita nak bagi Ebook Panduan Bisnes di Shopee PERCUMA! 

Bagaimana nak dapatkan? Isikan form di link ya 



Nak share kepada kawan2 lain dipersilakan
Sharing is caring


Extract Dan Save All Contact Number from Whatsapp Chat, Contact and Group!

Whatsapp Extractor Chrome untuk anda yang ingin gunakan setiap contact list di Whatsapp anda sebagai prospek anda! Tidak kiralah targetted prospek ataupun randomly prospek. Terpulang kepada anda cara menggunakan setiap informasi ini dengan berhemah.


whatsapp contact list extractor


Adakah anda peniaga online yang sering berurusan dengan pelanggan melalui wasap?


Jika YA, adakah anda hadapi masalah untuk simpan semua nombor telefon prospek yang pernah wasap anda?? Atau selama ni anda salin satu per satu???
.
.
Dengan adanya Whatsapp Extractor Chrome (http://nak.la/whatsapppextractor), kini kerja anda lebih mudah dan anda tak perlu lagi buang masa untuk salin nombor telefon prospek yang pernah wasap anda satu per satu!


Hanya dengan 1-click sahaja, sistem akan save semua nombor prospek yang pernah wasap anda! Ini akan memudahkan anda untuk manage database pelanggan atau untuk lakukan follow up. Work smarter, not harder!
.
.
Terdapat 3 Fungsi Utama
=========
- Save Numbers from Chat list
- Save Numbers from Contact list
- Save Numbers from Group list

Harga early bird hanya RM40 sahaja dan sah sehingga 30 April 2019!



Dapatkan sekarang di
▶️ http://nak.la/whatsapppextractor



Atau jika anda perlukan sebarang jawapan dan bantuan, whatsapp saya di http://nak.la/8N1GN

Restok Skincare 3 in 1 DMS360 Rescue

Alhamdulillah, berita baik. Skincare DMS360 Rescue atau Dermaxsuperskin 360 bakal restok oleh HQ DMS dalam masa 2 ke 3 minggu lagi. Walaupun kali ni agak lama untuk HQ restok tetapi syukur sangat-sangat produk ini bukanlah diberhentikan sepertimana diwar-warkan!


Allah risau betul kita kalaulah set asas Dermaxsuperskin 360 ni betul-betul HQ nak stop!



Inilah produk pertama yang saya amalkan dan sangat suka sebab berkesan! Set asas DMS360 Rescue sangatlah best dan sudah ramai pengguna setia, tidaklah tetiba HQ nak stopkan kan?


Cemas tahu.


Jadi, HQ dan leader saya maklumkan hari ini, ada khabar baik lagi 2 minggu paling awal kita akan dapat stok skincare DMS360 Rescue. Alhamdulillah.



Ramai tunggu ni. Kesian customer tunggu lama.


Harga berpatutan, set skincare basic yang berkesan dan mendapat anugerah antarabangsa pula tu. Siapa tidak mahu cuba bukan?



set asas DMS360 original
Hati-hati dengan produk tiruan DMS diluar sana ya


Anda nak dapatkan set asas DMS360 anda? Terus hubungi atau whatsapp saya sahajalah.


Insha Allah kita bantu sebaik mungkin. Percuma konsultasi gitu.



Whatsapp (emme): 018-9100 852
Siapa saya?


Stokis Sah DMS360 (Leader: 0102)

Sale Mac Dari Shopee dan Lazada

Alhamdulillah, syukur dari Allah. Ini ialah income saya berniaga di Shopee dan Lazada bulan Mac 2019.


Saya tidak mahu tunjuk tetapi saya mahu jadikan ini sebagai inspirasi kecil kalian. Walaupun saya sedih status Preferred Seller ditarik bulan lepas gara-gara penalti yang dikenakan. Kejayaan saya tidak hebat mana, dan masya Allah rakan-rakan saya hebat-hebat belaka. Ada yang dapat puluh ribu sebulan berniaga di Shopee dan Lazada.



Jika kita mahu, kita pasti boleh. Jom rakan-rakan, kita aim untuk dapatkan sale puluh ribu sebulan di Shopee, Lazada dan di mana sahaja kita berniaga!



Ya. Shopee ni ketat tahu tak! Dalam sejarah berniaga di Shopee saya kene 2% penalti which is tak patut dan menyebabkan Preferred Seller ditarik serta merta. Tetapi, rezeki dari Allah. Alhamdulillah, customer tetap datang dan menempah dari kedai Shopee saya, Emmemarina. Terima kasih semua



Saya sebenarnya azam nak share dengan kalian sale saya di Shopee dan Lazada mulai Januari 2019 malangnya saya tidak begitulah mahir bab account statement menggunakan dekstop view. Godek-godek baru tahu guna, inilah akibatnya jika jarang menggodekkan. Ha, jadi anda haruslah rajin melakukan aktiviti try and error di tempat anda berniaga.



Disember 2018, saya mula berniaga di Lazada. Alhamdulillah dari ratus ke ribu sale sebulan. Walaupun pada awalnya menghadapi masalah duit tak masuk, order tak berubah dari Ship to Delivered. Ha, apabila berlaku masalah sebegini duit anda akan lambat masuk dan menyebabkan modal anda untuk rolling tersangkut!


Lazada pula income masuk dua kali sebulan tahu. Ha, tak sama seperti Shopee. Sekurang-kurangnya di Shopee anda boleh chat dan minta pelanggan tekan butang TERIMA dan DUIT akan masuk ke ewallet anda dan anda WITHDRAW sendiri setiap hari ke akaun bank anda.



Tidak di Lazada. Pembayaran secara automatik mengikut sistem dan dibayar dua kali sebulan. Jadi anda haruslah bersabar dan sentiasa pastikan cashflow anda ada untuk teruskan perniagaan di Lazada gitu :)



Syukur alhamdulillah, tak berjuta tetapi dapat capai 5-6 angka sebulan sale di kedua-dua ecommerce ini cukup buat saya dan keluarga. Taklah kaya giler, dapatlah bayar yuran sekolah, duit minyak, ptptn, hutang skit sana sini dan bil-bil. Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Dapat juga buat saving dan invest jangan lupa.


Dapat sedikit untung sekalipun, buat investment, bayar zakat dan sedekah usah dilupakan. Ibu bapa juga turut kita hadiahkan tidak banyak tetapi ada. Tentu mereka gembira tengok anak mereka walaupun tidak bekerja hakiki tetapi boleh memberi dan membantu keluarga.



SALE bulan Mac di Shopee dan Lazada berjumlah


 +     13,559.77 Shopee
 +      3,881.24 Lazada
 ---------------
 +     17,441.01


Lazada

Kira statement Mac aje ye. 

Shopee


EH, ini income kasarlah. Namanya pun SALE.


Jangan tanyalah berapa bersihnya. Hehe. Yang penting, apa yang saya mahu highlight ialah jika anda berkemahuan anda pasti boleh lakukan. 


Halangan anda ialah diri anda sendiri!



Insha Allah Ebook Shopee versi saya sendiri (saya penulisnya) sudah pun terbit dan Shopee Bot Cybersona sudah lama kita gunakan bagi menaikkan sale di shopee. 




Coming soon, saya akan siapkan video untuk anda belajar A to Z berniaga di Shopee dan Lazada. Usah takut-takut, buat sahaja, yakin dengan diri anda. Anda pasti boleh!

Bekerja Sepenuh Masa dari Rumah

Trending terkini sejak beberapa tahun sudah, semakin ramai wanita memilih untuk memulakan perniagaan mereka dari rumah sendiri. Tidak kiralah hasilnya daripada tangan mereka atau menjual barangan orang lain. Setiap orang memiliki aspek terhebat demi membantu keluarga mengukuhkan kewangan mereka.


Syabas saya ucapkan! Anda wanita yang sungguh hebat.


Dahulu, sebelum saya mula mempunyai fikiran yang sama seperti kalian surirumah yang berjaya ini, kita sering dimomokkan dengan kartun wanita bekerjaya vs surirumah. Surirumah lazimnya tidak mempunyai sebarang harta atau sumber pendapatan selain dari pemberian suami yang bekerja. Tugas surirumah semata-mata menguruskan rumah dan anak-anak.


Oh ya. Membesarkan badan sekali! Tidak patut bukan?


Namun, saya harus akui dulu saya juga berfikir bahawa surirumah ini tidak kemana. Tetapi saya silap. Setiap insan mempunyai kebolehan yang Allah berikan iaitu akal fikiran (idea) dan 4 kerat (tindakan) yang jika kita gunakan sebaiknya dengan niat yang betul insha Allah. Sesiapa sahaja khususnya surirumah dalam kes ini pasti boleh menjana pendapatan dari rumah mereka sendiri.


Kita surirumah boleh lakukan apa sahaja untuk turut menyumbangkan sumber pendapatan kepada keluarga tercinta :)


Surirumah yang pandai memasak, boleh buka katering kecil sendiri di kawasan rumah dan taman berdekatan. Yang pandai menjahit, dan pelbagai lagi. Cukup-cukup mudah. Semuanya anda lakukan hanya dari rumah anda sambil anda menguruskan rumah dan anak-anak.


Tidak pening fikirkan kos upah bulanan seperti yuran taska, transit, duit bus dan tambahan-tambahan lain apabila kita bekerja dari luar rumah. Lagi pening jika mempunyai anak yang ramai, masih kecil dan usia yang rapat. Semua perbelanjaan terpaksa dibelanjakan sekaligus! (macam saya je tu.)


Okay. Indah khabar dari rupa.


Hakikatnya setiap kejayaan pasti ada kepayahan. Senangnya berusaha dari rumah namun andalah segala-galanya.


Andalah si pengurus rumah tangga.
Andalah baby sitter.
Andalah yang akan menguruskan urusan transit anak seharian.
Andalah si tukang masak.
Andalah si isteri paling istimewa buat suami anda!
dan

ANDALAH CEO/MARKETER/COURIER/AKUANTAN KEPADA PERNIAGAAN ANDA.


Semuanya adalah ANDA.


Oleh itu, seindah impian yang mahu kita kecapi. Pastikan bukan sahaja niat anda hebat, tindakan anda juga harus hebat disulami dengan mental dan kesungguhan yang tinggi.


Bukan hari ini buka kedai
Esok tutup dengan pelbagai alasan


Jika anda sekadar membantu, cukuplah RM500- RM1000 (wah ini pun kira banyak tahu) tetapi dapat bantu lagi banyak lagi bagus kan?



Setiap gaji anda, haruslah bertepatan dengan usaha anda.



Jangan lemau je bagi banyak alasan, anaklah, suamilah, tetamu, jiran haaa semua disebut. Sedangkan kegagalan itu datangnya dari diri kita sendiri.



Kita suri pasti boleh berjaya. Betulkan niat, minta izin suami dan ibu bapa. Raikan anak-anak dengan baik dan insha Allah Allah akan beri kita kejayaan dalam usaha kita mencari rezeki yang halal.


Sepanjang tempoh saya berniaga, saya jumpa ramai surirumah yang berjaya. Sungguh-sungguh hebat! Saya berharap agar saya juga dapat ikut jejak langkah mereka.



Bak kata mentor saya, yang baik kita follow, yang tak baik kita tinggalkan. Semoga entri hari ini berikan kalian semua 1001 semangat untuk terus berbakti kepada keluarga. Walau kita tidak bekerja dan berstatus sepertimana wanita-wanita diluar sana. Cikgulah, juruteralah, nurselah.. apa-apa pun jua. Anda jua ada nama tahu, WAHM!


Ya, anda termasuk dalam golongan Working at Home Mom (WAHM). Keep fighting, doa dan istiqomah.