Apa Itu Facebook Ads With Shopee (CPAS) Dan Kelebihannya Buat Shopee Seller





Saya sudah mengetahui cara pengiklanan CPAS ini iaitu cara pengiklanan berbayar untuk menaikkan produk kita di Shopee melalui Facebook Ads sudah agak lama tetapi biasalah ianya akan berlaku secara berperingkat. Cara ini adalah lebih baik kerana ia merupakan usaha sama antara dua platform dan sudah tentu terbaik kerana kita bukan standalone in making ads. Sebelum wujud CPAS saya pernah juga membuat iklan berbayar di Facebook kemudian meletakkan link kedai shopee, atau link kategori atau anda boleh juga meletakkan link produk terus. Terpulang bagaimana anda mahu promot produk anda di Shopee. 


Tiada capaian yang lebih baik daripada melalukan pengikanan berbayar. Kos marketing percuma bukanlah tidak bagus, tetapi ia memerlukan usaha yang sangat banyak. Anda perlu berusaha untuk sharing produk jualan anda setiap hari tanpa berhenti. Namun jika anda luangkan masa beriklan, dan membayar kos pengiklanan anda boleh berehat daripada melakukan aktiviti sharing ini dan hanya fokus kepada menguruskan produk, packing, perbetulkan marketing, content dan macam-macam lain aktiviti lain selain menghabiskan terlalu banyak masa dengan membuat sharing untuk menaikkan view produk secara percuma. 


Sebagaimana kata mentor-mentor saya, akhirnya yang dapat menaikkan view produk secara mendadak ialah melalui pengiklanan berbayar. Anda perlu berani meletakkan minyak (duit - modal) anda untuk mendapatkan hasil yang lebih banyak. Kini selain Shopee Ads, anda sudah boleh mendaftar untuk memulakan adventure marketing anda bersama Facebook Ads. Baiklah. Mari kita bersama-sama lihat apa yang diperlukan untuk memulakan pengiklanan berbayar Facebook Ads with Shopee (CPAS).


Cara Join Facebook Ads with Shopee (CPAS)


1. Wajib ada Facebook account (personal)
2. Wajib ada Facebook page (ye, facebook page merupakan kedai facebook atau lebih mudah nak difahamkan ialah FB kedua anda yang boleh digunakan khas untuk berniaga)
3. Facebook Ads ID, untuk buat iklan berbayar anda perlu create dahulu akaun ID khas untuk buat FB Ads.
4. Mesti ada akaun Shopee


Okay jelas ye. So bagi yang dah mula teruja, jika anda belum ada Facebook boleh mula sign up sebagai ahli baru Facebook dan bagi yang sudah ada Facebook tetapi belum ada Facebook Page, boleh juga mulakan bina satu Facebook page khas untuk kedai shopee anda. 


TIPS: Jika anda nak bina Facebook page yang khas untuk Shopee dan serious berniaga di Shopee anda boleh bina nama yang sama seperti mana anda set nama kedai Shopee anda dan kemudiankan link kan shopee akaun anda pada FB Page anda, so mudah customer boleh terus masuk ke kedai anda untuk pembelian. Nak lagi best, pakai link shopee affiliate!


Nak tahu kelebihan ada Fb Page? 

Nak tahu step by step cara bina Fb Page?


Kenapa Anda Perlu Join Facebook Page with Shopee (CPAS)?





Dah dapatkan Ebook percuma Panduan Berniaga di Shopee? 


Oh ya, saya ada software khas untuk shopee seller manfaatkan untuk boost sale dan tambah followers. Boleh tengok video di sini:- https://www.youtube.com/watch?v=JztDVKcO3mE



Alhamdulillah, semoga perkongsian hari ini membantu sahabat semua. Share jika entri ini bermanfaat

Catat Ulasan

0 Ulasan