Azam Tahun 2024: 7 Kata-Kata Motivasi Diri Untuk Berubah Jadi Lebih Baik

Masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Tahun 2024 buat semua pembaca. Apa azam tahun 2024 kali ini? Adakah sudah ada motivasi diri untuk berubah atau pun masih tercari-cari hala tuju lagi pada tahun ini?

azam tahun 2024


Di dalam Al Quran ada menyebut perkara tentang sifat orang yang berjaya iaitu dari surah Ali Imran, ayat 104 (3: 104)


وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى ٱلْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِٱلْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ ٱلْمُنكَرِۚ وَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْمُفْلِحُونَ 

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.


Azam tahun 2024 mungkin duniawi, mungkin juga akhirati. 


Kita tentukan kerana Allah sudah beri kita pilihan, maka jika kita sudah memilih, apakah motivasi diri untuk berubah menjadi insan yang lebih baik?


Setiap tahun sebenarnya saya tidak pernah betul-betul membuat azam. Impian saya memadai urusan dipermudahkan, rezeki yang halal dan mencukupi serta dibayar hutang yang ada. Apabila hidup kita aman, maka urusan kita dengan orang lain akan turut aman.


Hubungan sesama suami isteri

Hubungan sesama anak-anak

Hubungan dengan orang yang tidak dikenali


Demi zat Allah yang memberikan kita kehidupan ini, apakah yang paling besar selain berharap dapat memasuki syurga Allah?


Maka kita wajib memotivasikan diri kita untuk berubah ke jalan yang lebih baik, jalan menuju redha Allah swt. 


Ayat Al-Quran Surah Al Baqarah 2:115


وَلِلَّهِ ٱلْمَشْرِقُ وَٱلْمَغْرِبُۚ فَأَيْنَمَا تُوَلُّوا۟ فَثَمَّ وَجْهُ ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ وَٰسِعٌ عَلِيمٌ 

Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka di situlah arah yang diredhai Allah; sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi sentiasa Mengetahui.


Awal tahun 2024, bermula dengan pelbagai kelas bisnes online. 


Sudah lama tidak belajar semula asas bisnes online, adakalanya apabila sudah terlalu lama tidak belajar semula asas marketing, kita akan mula tepu, tidak yakin dan kurang semangat. Dengan adanya ilmu baru, tenaga baru kita dapat memulakan kembali perjuangan bisnes yang malap kan?


Kita stuck nak buat apa

Kita lupa apa bende marketing yang kita nak buat


"Eh, macam mana nak buat ayat iklan ni? Betul ke copywriting iklan ni? 


Kacau bilau kan?


Beberapa kelas bisnes online yang telah saya sertai, percuma dan berbayar iaitu;-

  1. Kelas Keusahawan Online Marketing anjuran MDEC
  2. Kelas Basic SEO
  3. Kelas Ghostwriter


Ada juga kelas atau program lain yang turut saya sertai;

  1. Zoom Coaching (Anjuran NGO Suri Rumah Rahmah)
  2. Ibu Madrasah Pertama (Anjuran SASU - Ustazah Laila)
  3. Program ISEP (Anjuran UIA Gombak)


Di dalam tempoh sebulan itulah juga saya dilantik sebagai salah seorang person in charge bagi akaun media sosial NGO Suri Rumah Rahmah di bawah Unit Multimedia & Publisiti.


Sesungguhnya, kesibukan di dalam Unit Multimedia SRR pada dua minggu pertama sesuai dikatakan "havoc"


Pada masa itulah saya susun content bersama rakan-rakan suri, menyiapkan template content social media bagi Facebook Page dan Instagram rasmi SRR. Sungguh mengujakan sebenarnya. Kebiasaan bekerja secara solo, namun kali ini saya bekerjasama di dalam satu unit seramai 9 orang. 


Alhamdulillah juga, syukur ke hadrat Ilahi pada 17 Januari 2024, telah berjaya menghabiskan program ISEP yang telah berlangsung selama lapan minggu sejak November 2023. Program ISEP ini lebih kepada meningkatkan kerohanian kita, tauhid kepada Allah swt. Antara pengisiannya adalah tentang nama Allah, Al Quddus, cara menangani nafsu dan banyak lagi dan akhirnya diakhiri dengan pembentangan dari peserta termasuklah diri saya, membentangkan tajuk "Alhamdu"


Ya betul. Bersyukur, apabila kita menikmati setiap nikmat yang telah Allah berikan sama ada kita minta atau tidak. Kita sebenarnya telah lupa untuk bersyukur. Sekecil dan paling penting syukur adalah apabila kita berjaya membuka mata setelah tidur!


Allahu akbar!


Terjaga sahaja dari bangun yang panjang, lalu kita mencapat telefon, skroll sana sini, kita lupa mengucap syukur. Lupa menyebut Laillahaillalah. Lupa menyebut La haw la wala quwwata illa billah


Terus kita bangun bukan untuk sujud padaNya, tetapi leka akan dunia di sekeliling.


Allahu akbar, betapa kita hamba yang penuh dosa


Saya kongsikan 7 kata-kata dari Al Quran sebagai motivasi diri untuk berubah menjadi hambaNya yang lebih baik, insya Allah


1. Bangun beribadat di malam hari adalah jalan yang diredhai Allah

Surah Al Furqaan 25:64

وَٱلَّذِينَ يَبِيتُونَ لِرَبِّهِمْ سُجَّدًا وَقِيَٰمًا 

Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri,


2. Jadilah orang yang jujur dengan mematuhi perintah Allah dan berkata yang baik-baik

Surah Muhammad 47:21

طَاعَةٌ وَقَوْلٌ مَّعْرُوفٌۚ فَإِذَا عَزَمَ ٱلْأَمْرُ فَلَوْ صَدَقُوا۟ ٱللَّهَ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُمْ 

(Mereka selalu berkata: "Pendirian kami) mematuhi perintah dan memperkatakan perkataan yang baik (yang diredhai Allah)". Dalam pada itu, apabila perkara (peperangan Jihad) itu ditetapkan wajibnya, (mereka tidak menyukainya); maka kalaulah mereka bersifat jujur kepada Allah (dengan mematuhi perintahNya), tentulah yang demikian itu amat baik bagi mereka.


3. Syurga bagi mereka yang beriman kepada Allah swt dan beramal soleh

Surah Al Baqarah 2:25

وَبَشِّرِ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّٰلِحَٰتِ أَنَّ لَهُمْ جَنَّٰتٍ تَجْرِى مِن تَحْتِهَا ٱلْأَنْهَٰرُۖ كُلَّمَا رُزِقُوا۟ مِنْهَا مِن ثَمَرَةٍ رِّزْقًاۙ قَالُوا۟ هَٰذَا ٱلَّذِى رُزِقْنَا مِن قَبْلُۖ وَأُتُوا۟ بِهِۦ مُتَشَٰبِهًاۖ وَلَهُمْ فِيهَآ أَزْوَٰجٌ مُّطَهَّرَةٌۖ وَهُمْ فِيهَا خَٰلِدُونَ 

Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya.


4. Orang yang berjaya ialah orang yang mendapat petunjuk dari Allah swt

Surah Al Baqarah 2:5

أُو۟لَٰٓئِكَ عَلَىٰ هُدًى مِّن رَّبِّهِمْۖ وَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْمُفْلِحُونَ 

Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.


5. Ujian di dunia sebagai pengangkat darjat hambaNya

Surah Al Baqarah 2:214

أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُوا۟ ٱلْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُم مَّثَلُ ٱلَّذِينَ خَلَوْا۟ مِن قَبْلِكُمۖ مَّسَّتْهُمُ ٱلْبَأْسَآءُ وَٱلضَّرَّآءُ وَزُلْزِلُوا۟ حَتَّىٰ يَقُولَ ٱلرَّسُولُ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ مَعَهُۥ مَتَىٰ نَصْرُ ٱللَّهِۗ أَلَآ إِنَّ نَصْرَ ٱللَّهِ قَرِيبٌ 

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).


6. Sifat orang berjaya yang disebut di dalam Al Quran adalah mereka yang menyeru kebaikan dan meninggalkan larangan Allah swt

Surah Al Imran 3:104

وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى ٱلْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِٱلْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ ٱلْمُنكَرِۚ وَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْمُفْلِحُونَ 

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.


7. Kehidupan di dunia bukanlah segala-galanya, kemewahan, kekuasaan hanyalah bagi orang yang rugi

Surah Ali Imran 3:185

كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ ٱلْمَوْتِۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ ٱلْقِيَٰمَةِۖ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ ٱلنَّارِ وَأُدْخِلَ ٱلْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَۗ وَمَا ٱلْحَيَوٰةُ ٱلدُّنْيَآ إِلَّا مَتَٰعُ ٱلْغُرُورِ 

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.



Saya yakin sebagai umat Islam kita mahu berjaya di dunia dan di akhirat, nak cemerlang hidup di atas muka bumi dan nak jadi penghuni Syurga pula apabila sampai waktunya. Oleh itu, motivasi diri untuk berubah bukan hanya untuk kejayaan di dunia semata tetapi di alam kematian yang abadi. 


Sesungguhnya, janji Allah itu benar. Kematian itulah kehidupan yang abadi dan itulah hidup kita yang sebenar-benarnya. Maka wajib untuk kita usahakan kejayaan itu semasa masih hidup untuk dibawa bekalan di akhirat nanti. 


Apakah sahabat semua sudah rasa semangat?


Rasa berkobar-kobar kan nak jadi orang yang berjaya dan diredhai Allah, betul tak?


Alhamdulillah, saya doakan sahabat semua berjaya dunia dan akhirat. Aamin ya rabbal alamin

Catat Ulasan

0 Ulasan