Showing posts with label Berniaga secara Online. Show all posts
Showing posts with label Berniaga secara Online. Show all posts

Wednesday, September 01, 2021

Pengalaman Berniaga di Marketplace Youbeli.Com

September 01, 2021 0 Comments

 Saya sudah join marketplace Youbeli agak lama, rasanya dari tahun lepas lagi. Saya belum pernah explore bagaimana sebenarnya berniaga di Youbeli. Adakalanya saya dapat order, kadang sebulan sekali, atau tiba-tiba ja muncul order selepas berbulan-bulan sepi. 







Alhamdulillah. bulan ni dapat satu order. Saya memang tak fokus kepada Youbeli kerana masih tidak tahu cara monopoly market di sini. Pihak dari Youbeli pula tidak pernah hubungi kita untuk bertanyakan sama ada kita boleh dapat sales ke apa seperti Lazada dan Shopee. Agak krik-krik la di bahagian seller ni.


Bila saya buka website youbeli.com nampak menarik. Saya tahu youbeli ada JV dengan Boost apps, Grab cuma itulah dari bahagian kita sendiri as seller. Blurr. Takpelah, insya Allah nanti saya godek2 lagi apa yang perlu dibuat untuk dapatkan sales dari sini.


Doakan ya!


Anda pernah shopping di Youbeli? Cubalah, macam-macam official store ada di sana, MYDIN, Kasut2u, Gintel, Haier. 


Ini store saya di youbeli.com, jemput singgah --> https://www.youbeli.com/emmesshoppe

Friday, March 12, 2021

Kitniaga Website Ecommerce Termurah di Malaysia Tahun 2021

March 12, 2021 9 Comments

 



Adakah kalian sedang mencari website ecommerce untuk mempromosikan kedai online anda? Tidak kiralah anda sudah ada offline shop atau tidak. Zaman teknologi internet dan semua orang sakan bershopping online sudah masanya anda pun ada sebuah website jualan anda sendiri! Apa tidaknya saya sudah lama ada tahu. :)


Sudah agak lama saya memiliki website jualan ni. Sebelum ni website ni khas menjual produk dari DMS360, kemudian saya sudah tidak begitu aktif sebagai stokis DMS, maka baru-baru ni juga saya ubah website kedai online saya kepada website menjual produk keagamaan. DMS360 sudahpun memiliki website jualan yang terbaik iaitu di www.dms360original.com. Alhamdulillah, trafik agak bagus walaupun hanya sebuah blog.


Tetapi untuk produk-produk keagamaan yang saya jual agak sekian lama, tiada website utama. Saya berhasrat untuk menyatukan produk-produk keagamaan yang saya jual ni walaupun berlainan suplier di satu stop center. Alhamdulillah, website ecommerce kitniaga dapat bantu saya realisasikan apa yang saya mahukan dengan harga yang sangat berpatutan.




Saya sudah mencuba pelbagai website ecommerce di Malaysia ni pada tahun 2016-2017. Ada 2 nama yang saya lupa, sudah agak lama kan. Memang banyak sebenarnya provider website ecommerce yang harganya pelbagai, ada murah, mahal dan setiap pakej mempunyai kos tersendiri. 


Apa yang saya cari dari sebuah website jualan shopping cart ni ialah:-



1. Harga bulanan yang berpatutan
2. Kuota produk yang banyak (unlimited)
3. Boleh membuat diskaun
4. Boleh diuruskan secara kumpulan / staff
5. Boleh buat harga agen/drophip (paling penting bagi saya)
6. Ada payment integration (toyyibay, billplz, senangpay sebagai contoh)
7. Boleh buat affiliate (jika ada ini BONUS)
8. Marketing (SMS, EMEL)
9. User friendly


Website ecommerce yang agak terkenal yang saya pernah cuba antaranya EASYSTORE.co, SHOPIFY, dan ada lagi 2 ecommerce lagi. Total 4 ecommerce, dan 1 shopping website yang saya bina sendiri melalui wordpress. Seriusly buat websitee sendiri menggunakan wordpress adalah sukar dan leceh bagi saya. Jika anda memang kaki IT, saya yakin buat website ecommerce sendiri adalah mudah. Saya salute! Dan costing jugalah. Banyak faktor yang harus dipertimbangkan sekiranya anda marhaen seperti saya. Tidak punya banyak uwang untuk dibelanjakan begitu sahaja. 


Costing domain
Costing server
Costing payment gateway
Monthly attribution


Easystore.co bagi saya sangat mudah diuruskan. User friendly. Ada banyak theme yang menarik. Kekurangan kitniaga bagi saya ialah dari segi theme. Hanya ada 1 theme sahaja. Anda boleh ubah background, skin, tetapi tiada theme yang menarik atau banyak untuk dipilih. Default. but nice. 


Easystore jika saya nak pilih yang siap boleh add agen/dropshipper kan, anak-anak buah saya harus ambil plan paling rendah iaitu STANDARD PAKEJ. Easystore mempunyai pakej dan kelebihan yang banyak cuma saya tidak punya banyak modal untuk berpindah ke easystore.


Harga bulanan pakej Standard Easystore.co


Bayar bulanan = RM 199 ( RM199 x 12 = RM 2388)
Bayar tahunan = RM 159 ( RM139 x 12 = RM 1668 )


Jika anda pilih bayar tahunan terus, anda jimat RM 720. 


Harga Sewa Bulanan

Harga Sewa Bulanan Jika Anda Pilih Pembayaran Setahun Terus



Bagi newbie seperti saya pada masa tu, kitniaga dengan harga tahunan RM365.00 yakni sebulan saya hanya perlu membayar sebanyak RM30.42 dengan apa yang saya mahukan sangatlah murah. 


Kitniaga boleh dijadikan lonjakan awal bagi peniaga baru bermula. Tidak ada masalah jika anda nak bertukar ke website ecommerce yang lebih banyak kelebihan. Anda hanya perlu ubah domain sahaja dan produk anda. Jika anda sudah buat jualan dengan domain tersebut.


Mari saya sharekan kelebihan website ecommerce dari Kitniaga. Ohya, kitniaga ni dari developer Bumiputera kita ya. Islam ownernya.




Nak lihat website saya guna kitniaga?


website emmemarina >> https://muslimstore.com.my/


Jika kalian nak dapatkan kitniaga boleh hubungi saya, saya akan guide anda siapkan website kedai jualan anda. Sama-samalah kita bantu kan?


Yang penting, jangan rasa susah untuk bermula. Anda harus rasa boleh, yakin boleh. Boleh buat. Insha Allah semua urusan anda dipermudahkan.


Saya sendiri bukan pandai mana. Banyak yang saya belajar buat sendiri. Cuba sendiri. Baca panduan tu berkali-kali kalau anda semua nak tahu, berapa kali tanya IT tech guy tolong itu ini bila saya dah reach limit nak faham tu kan. Tapi mesti cuba jaya.


oh ya. jika dan singgah kedai online saya tu. Kot nak order alquran ke, nak berwakaf ke. Marilah!


Ada program Wakaf Al Quran Tagging yang baru kami lancarkan tahu. Alhamdulillah


1 slot serendah RM10 untuk anda berwakaf :)





Tuesday, November 24, 2020

Cara Sahabat Menjadi Kaya dalam Bisnes

November 24, 2020 0 Comments

Assalamualaikum, 


Saya tertarik dan bersyukur sahabat sebisnes ada share mengenai satu video dari Youtube ni iaitu mengenai cara sahabat Rasulullah saw menjadi kaya dalam perniagaan. 


Kita sebenarnya sering dan selalu diingatkan mengenai sifat berpagi-pagian dalam menjemput rezeki dan khususnya dalam perniagaan, tidak kiralah anda sebagai seorang seller biasa, luar biasa atau berpangkat CEO pun sekarang. Kunci kejayaan adalah mengikut apa yang Rasulullah pernah sebut.


Berkata Nabi di dalam hadis yang diriwayatkan oleh at-Tabarani di dalam al-Awsath:

باكروا الغدو -أي الصباح- في طلب الرزق، فإن الغدو بركة ونجاح'

"Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkat dan kejayaan.


Saya sharekan video dari sahabat saya yang membuatkan saya terus melakukan aktiviti membuka kedai selepas subuh. 






Apa Perkara Pertama Yang Boleh Kita Lakukan?


Mungkin ramai terlupa bagaimana ya cara nak marketkan produk jualan. Bagaimana nak mulakan?


Saya kongsikan cara yang saya sendiri buat ya.


Channel 


Channel atau medium pengiklanan. Cara paling mudah memulakan aktiviti bisnes harian kita adalah melalui media sosial.


Share ke feed dan story kalian.


Kat mana pula emme?


Anda boleh share feed dan story di Whatsapp, Facebook, Facebook Page, Instagram atau pun di Shopee.


Untuk story telling, mulakan dengan pengenalan di waktu pagi seperti doa, memberi salam dan pengenalan mengenai kedai anda. 


Saya sangat suka share informasi berbentuk gambar menggunakan apps Canva, ada pelbagai template sudah tersedia yang anda boleh gunakan. Free version ada tahu jangan risau.


Saya kongsikan gambar yang saya gunakan sebagai pengenalan kedai jualan saya.


Saya buat 2 version, 1 version mempromosikan apa yang dijual serta kedai online saya manakala khas di Shopee saya tidak letakkan website kerana tidak sesuai. Di shopee kita nak orang datang ke kedai shopee kan? Jadi tak sesuaila nak letak website pula. 




Template Story UMUM



Template Stroy SHOPEE




Story Shopee



Letakkan di setiap instagram story yang anda ada.


Whatsapp story



Facebook dan Facebook Page story


Untuk letakkan story di Facebook page, anda perlu buat di apps Facebook bukan di apps Facebook Page (Apps Facebook Business Suite)



Saya harap perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda semua. 



Ingat ya untuk story, gunakan kaedah story, gambar dan permulaan yang orang nak membaca dan slide lebih banyak. Jadikan story anda ibarat satu perjalanan dan rakan-rakan yang lihat tidak berhenti pada satu storyline sahaja. 


Selamat mencuba :)



Saturday, December 07, 2019

Terus Usaha dan Kejayaan Milik Anda

December 07, 2019 0 Comments
Usaha dan rajin harus saya katakan ialah salah satu faktor kejayaan saya dari zaman sekolah sehingga kini. Bila mana saya mulakan suatu usaha ke arah sesuatu kejayaan dan buat tanpa jemu, jarang sekali saya gagal. Tetapi yang paling utama ialah kita tahu dari siapa kejayaan kita.


Kita tidak berjaya kerana 300% kita rajin berusaha dan tidak jemu berusaha.


Kita berjaya kerana Allah yang izinkan disebabkan oleh niat kita adalah kearah kebaikkan.






Dan walau saya tidak dibesarkan dalam keluarga yang alim, tetapi saya dididik walau apa jua kemahuan saya inginkan, minta dengan Allah. Saya mula solat hajat semasa saya tingkatan 3, waktu itu saya sedar saya bukanlah seorang pelajar yang bijak. Saya tidak terus faham apa yang cikgu ajar di dalam kelas. Malah saya perlukan banyak latihan untuk jadi pandai. 


Waktu itu saya buat solat hajat setiap hari dengan doa yang sama. Doa dengan kuat seolah-olah gigi kita sedang diketap. Tidur pada jam 3 pagi. Alhamdulillah, siapa sangka saya berjaya dapat 7 A 1 B akhirnya. Punyalah suka masya Allah.


Alhamdulillah


Dan ya, bila kita usaha buat jahat, memang Allah tidak akan memihak kepada kita. Berbuat jahat mungkin rasa best dari segi kepuasan nafsu dan kepentingan diri tetapi tiada support dari Pencipta. Tiada kegiatan jahat yang bawa diri kita lebih dekat kepada Pencipta. Ianya hanya menjauhkan sahaja.


Sejak saya berniaga bermula pada tahun 2008-2009. Saya berusaha terlalu gigih sehingga meletakkan Allah di tepi. Sedangkan pada masa dulu, usaha itu ialah cara untuk berjaya dan Allahlah tempat kita bergantung dan berharap sepenuhnya. Tetapi saya lupa.


Makin dewasa, makin lupa.


Teruknya saya ketika itu. Bayangkanlah usaha giler-giler pastu sebulan dapat berapa ringgit je. Syukurlah time tu bukan keluarkan modal ke apa.. Saya memang bermula dengan dropship dan buat bisnes secara online. Saya tahu saya ada masalah modal. Saya tahu saya tidak yakin untuk mempunyai masa handle produk dan pos. Masa ni saya masih bekerja lagi. Saya bekerja di kilang pembuatan plastik di Nilai, Negeri Sembilan sebagai Jurutera Kualiti atau QC Officer.


Saya tinggal bersama anak pertama saya sahaja. PJJ dengan encik suami. Gaji jurutera saya waktu ini tidaklah besar, RM2,300. Jika nak banyak, kenalah buat overtime. Terus terang, saya tidak suka buat OT. Tepat atau lebih sedikit jam 5.30 petang, saya akan pulang ke rumah.


Entah kenapa saya minat berniaga. Jadi saya bermula dengan menjual pakaian-pakaian muslimah. Entah mana dorongannya, saya tak muslimah pun. Tak pakai pun blouse labuh ke tudung labuh ke, tapi kuasa Allah dan lorongan dari Nya membawa saya ke pakaian sopan dan menutup aurat. Saya suka dan saya join sebagai dropship produk tersebut. Dan dari sinilah moment saya sebagai seorang peniaga online secara dropship iaitu untung atas angin.


Bukan senang nak senang. Bukan susah untuk rasa susah.


Ia datang dari mindset kita sendiri. Kitalah orangnya yang menjatuhkan diri sendiri. Kita jugalah yang menaikkan diri kita.


Oleh itu, untuk jadi orang yang berjaya. Jaga baik-baik mindset diri kita terutamanya bila kita bermonolog dalam diri. Kerana dari monolog itulah datangnya semua biawak yang akan cuba menjatuhkan kita dari berjaya.



Jika niat anda bermula dengan baik. Insha Allah teruskan walau apa jua halangan. Allah akan bantu. hanya pastikan niat anda tiada yang buruk atau jahat.



Jadi kemana kita selepas ini?



Saya? Saya mahu duduk rumah, buat bisnes dan keluar mengajar orang ramai berbisnes. Doakan ya. Doakan saya dapat sampaikan sebanyak ilmu yang mungkin buat kalian semua.



Follow dan subscribe Youtube saya (Emme Marina), di sini banyak info, review dan tutorial. Insha Allah yang terbaik semuanya dari Allah. Saya hanya penyampai sahaja. Semoga apa yang saya sampaikan buat sahabat mendapat manfaat buat kita semua dunia dan akhirat.

Tuesday, March 12, 2019

Bagaimana Nak Aktifkan Seller Picks Lazada Untuk Boost Kedai Anda

March 12, 2019 0 Comments
Akhirnya saya berjaya mendapat Seller Picks Lazada. Saya sudah dapat beberapa minggu lepas, tetapi rating jatuh, maka saya terkeluar dari pilihan Seller Picks. Pada mulanya saya sendiri tidak tahu bagaimana nak dapatkan Seller Picks ni. Jika anda nak tahu, Seller Picks Lazada ini hanya akan dibuka apabila kedai anda layak mengikut kuota yang telah disetkan oleh pihak Lazada.


Bagaimana Seller Picks ini boleh diaktifkan? 



Ya, melalui performance kedai anda. Di bawah saya tunjukkan gambar performance kedai saya di Lazada. Seperti biasa, nama branding saya Emmemarina, kedua-dua kedai Lazada dan Shopee saya mempunyai nama yang sama iaitu Emmemarina. Anda boleh lihat dan singgah di kedai Lazada saya di sini kay --> www.lazada.com.my/emmemarina

performance seller picks lazada


Ada 2 kriteria yang harus anda capai untuk dapat Seller Picks di Lazada;-

1. Shipped on Time > 90%
2. Response Rate > 80%

Your eligibility for Seller Picks is dependent on these four factors: Seller Rating greater than 70%, Instant Messaging response rate higher than 85%, more than 3 active Store SKUs and a decorated store.

Dua kriteria ini penting untuk mengaktifkan Seller Picks di kedai anda. Walaupun Lazada tulis situ, 70% tetapi kedai saya dibuka pada 90%, minggu lepas 85% tetap ditutup. huhu.


Apa kelebihan Seller Picks Lazada?


Bagi saya sendiri, tiada yang lebih baik daripada free marketing dari pihak ecommerce itu sendiri. Produk yang anda pilih untuk Seller Picks pula akan mendapat 7 hari marketing secara percuma di laman depan website/ apps Lazada. Permulaan, anda akan mendapat 3 kuota atau 3 produk untuk dipilih, dan kuota ini mungkin akan bertambah mengikut performance anda di Lazada.


Paling banyak, saya mendapat sehingga 6 kuota pada minggu tersebut. Ia sebenarnya bergantung juga kepada performance sale anda. 


Untuk minggu ini, saya mendapat 3 kuota, jika saya berjaya capai sales yang ditetapkan. Kuota akan dibuka lagi.


Quota Reward for 2019-03-11 to 2019-03-17

Achieve GMV of RM 1,512.50, you will get reward quota 1
Achieve GMV of RM 1,787.50, you will get reward quota 2
Achieve GMV of RM 2,200.00, you will get reward quota 3
Achieve GMV of RM 2,750.00, you will get reward quota 4


Tidaklah bermakna zero sales, terus boleh dapat Seller Picks kan? Lazada sendiri memantau dan menyelia performance kedai anda. Ianya bagus untuk diri anda juga. Siapa yang tidak mahukan kemajuan kedai mereka? Tidak kiralah di mana anda buat marketing. Setiap usahawan mahukan keuntungan di tapak mereka berniaga. Usaha tetap diperlukan dan bukannya mengharap pelanggan datang begitu sahaja.


Kita tetap perlu jadikan kedai kita lebih menarik daripada kedai-kedai lain.


seller picks lazada



Ada pro & cont berniaga di Lazada. Anda perlukan modal yang banyak kerana pengeluaran duit jualan anda memakan sama 2 minggu. Sebulan hanya ada 2 kali pengeluaran sahaja. Jadi rancang dengan baik atau sediakan modal yang tinggi.


Lazada hanya dibenarkan menjual produk berupa fizikal sahaja. Anda tidak boleh menjual produk digital atau tiada shipment buat masa ini. Jika anda mahu menjual produk tanpa shipment, boleh cuba menjual di Shopee sebagai platform ecommerce anda.


Belum ada akaun Lazada? Jom daftar sebagai seller Lazada hari ini -->  

https://pages.lazada.com.my/wow/i/my/sell-on-lazada/registeronline/?spm=a2o4k.pdp.header.d2.6aa2234dM1ut83

Thursday, February 21, 2019

Cara Paling Berkesan Buat Blasting Iklan Whatsapp Anda Tanpa Perlu Save Nombor Pelanggan!

February 21, 2019 0 Comments
Selesai siapkan databased pelanggan untuk blasting esok guna Aplikasi Autowasap versi Android. Buat masa ni, ada android version sahaja. Iphone belum ada lagi.




Bila cakap tentang whatsapp marketing ni, topik trending la. 


Ada cikgu suruh buat group sendiri. 

Masuk sebanyak mungkin group whatsapp dan beriklan dan guna siap teknik auto reply untuk double action. 

Buat status whatsapp setiap hari. (ni bagus untuk anda semua lakukan, siapa belum buat, silalah buat sedemikian kay)


dan paling best sekali mengenai whatsapp ini ialah....


Blasting, bulk sending post ataupun namanya broadcasting. Tetapi malangnya, jika anda menggunakan apps whatsapp official sama ada Whatsapp atau Business Whatsapp kekurangan terbesar ialah pelanggan perlu save nombor telefon anda terlebih dahulu. TIDAK SAVE, post anda tidak akan sampai kepada mereka. Jadi, cara kedua ialah manual whatsapp kepada pelanggan anda satu per satu.


Whatsapp Broadcasting membolehkan anda blasting iklan atau post anda maksima kepada 256 orang sekaligus! Mudah. Cuma tak konfirm je adalah 256 orang ni dapat lihat iklan anda atau tidak. 


atau cara lain, anda manual iklan kepada pelanggan anda seorang demi seorang. Kaedah ini lambat, menelan banyak masa anda tetapi berkesan. Ini kerana anda sendiri menyampaikan iklan anda secara perseorangan dan malangnya bagi pilihan broadcast tidak dapat menyampaikan iklan anda secara 100% berjaya.


Ramai mana pula anda larat nak whatsapp seorang demi seorang?


Jika anda ada 10,000 pelanggan, berapa lama nak habiskan masa untuk buat aktiviti tersebut? 


Jadi inilah saya nak share satu aplikasi yang saya sendiri pakai iaitu AUTOWASAP. Tidak kiralah berapa kecil pun pelanggan anda nak broadcast. Yang penting 100% sampai iklan anda melainkan pelanggan tu tak pakai nombor whatsapp.


SIAP!


Dan anda boleh pakai format txt file atau excell file atau contact hp anda sendiri. Mudah, berkesan dan jimat masa kan?


Terbaru! Dalam aplikasi Autowasap ni juga developer dan masukkan fungsi auto reply. Jadi anda tidak perlu pakai banyak aplikasi dalam handphone anda untuk lakukan aktiviti bot anda.


Best auto reply ni tau. Anda boleh berkomunikasi dengan pelanggan anda ketika anda tidak ada depan handphone. Robot je jawabkan, tapi setting dululah kan. Jika boleh, jangan buat ayat skema sangat macam robot tu.. HEHE


whatsapp blaster whatsapp broadcast



Demo Apps Autowasap (Wasap Blaster)
Android Version





Tuesday, May 22, 2018

Berjaya Masuk Kempen Raya Shopee 24 May - 26 May 2018

May 22, 2018 0 Comments
Assalamualaikum,

Alhamdulillah, tak sangka berjaya masuk kempen raya shopee. Jika anda nak dapatkan dua produk DMS yang meletop ini pada harga tak masuk akal. Bolehlah order di kedai shopee saya bermula 24 May nanti.



Kedai shopee saya ini linknya - www.shopee.com.my/emmemarina dan dua produk yang berjaya dimasukkan ialah 4D Foundation dan Stemcell 2+1 Apple Swiss with 24K Gold.

https://shopee.com.my/product/18001801/242411928/
 Dalam set stemcell ni 2+1 bermaksud ada kedua-dua jenis stemcell iaitu Stemcell pure Apple Swiss dan Stemcell 24k Gold

Stemcell 24k Gold

Stemcell Apple Swiss

https://shopee.com.my/product/18001801/241084827/

4D juga mampu memudarkan jeragat dan dikenali sebagai foundation anti jeragat yang boleh merawat dan mencerahkan wajah anda semua selain berfungsi sebagai pengganti bedak dan sunblock

Bolehlah anda mencuba kedua produk ini. Ha istimewa tahu. Belum cuba belum tahu!

P/s: Anda juga boleh nominate produk anda setiap kali shopee buat kempen. Mana tahu lulus kan? Walaupun rezeki esok lusa masih tidak tahu, namun kita cuba. Sama ada berjaya buat sale atau berjaya naikkan trafik kedai kita. Itu juga satu usaha marketing.

Selamat berniaga di Shopee!

Wednesday, May 16, 2018

Beezmall Bagus Atau Tidak?

May 16, 2018 0 Comments
Belum cuba belum tahu. Mulanya saya semangat juga nak berniaga di sini. Tetapi setelah dimaklumkan bahawa pembayaran ke akaun mengambil masa sehingga 14 hari, ianya agak sukar bagi saya.

Berniaga di shopee sudah mengambil waktu 3 ke 7 hari untuk pengeluaran duit dari awal pengeposan hingga ke penerimaan pelanggan. Bila proses penerimaan pelanggan adalah pantas, maka cepatlah penerimaan wang ke ewallet shopee dan cepat jugalah kita dapat keluarkan "withdraw" duit. Namun, apabila pelanggan lewat mendapat parcel malah ditambah dengan "extend gurantee" proses anda mendapatkan bayaran dari shopee menjadi lebih lama. 

Tentulah nak rolling modal pula mengambil masa.

Namun begitu, sebagai usaha jika anda mempunyai banyak modal. Beezmall bagus untuk dicuba. Bukankah begitu?

Apa jua keputusan kalian, pastikan anda telah senaraikan kebaikkan dan keburukkan sesuatu pilihan anda.

Home Ads