Berpiknik di Sungai Lembing dan Pantai Cempaka Kuantan

Aktiviti berpiknik keluarga semestinya sangat mengujakan lagi-lagi bersama teman. Jika bujang mungkin menarik tapi kurang cerialah tanpa kanak-kanak ye tak? Walaupun golongan yang makan-makan ni biasanya mak-mak, haha.. Ialah mak-mak duduk bersembang, oleh itu makin berseleralah makan makanan yang disediakan ye tak? 

Warga Kuantan, semestinya sudah selalu berpiknik di tepi pantai.


Piknik sunyi. Semua dah turun mandi. Luas dan lapang. Tapi inilah port piknik di Pantai Cempaka, Kuantan


Kisahnya pada hari sabtu lepas, setelah selesai bersarapan pagi suami tiba-tiba mengajak untuk berpiknik. Haa, apa lagi kami teruslah setuju. Lagipun surirumah ni jarang keluar makan angin. Kalau keluarnya dalam taman sahajalah, itulah pemandangannya itulah suasananya. Bosan juga kan? Bila encik suami ajak sahaja dan katanya nanti makan bersama-sama, oklah. Kita sediakan lauk mesra piknik. haha. Yakni lauk bukan berkuah, simple sahaja. 

Semangat la maklumkan pada anak-anak, diaorang ni kalau bab piknik konpem akan fikir mandi-manda. Ke mana kita? Kita akan ke tempat mandian Sg. Lembing. Cantik jika dilihat dalam website. Air sungainya jernih dan cetek. Seronok dapat ke sungai ni sambil piknik. Terbayang-bayang dah sebelum pergi tu.

Jauhlah juga jarak nak ke Sungai Lembing dari rumah. Ada nak 40 minit perjalanan. 4 buah kereta kita berpiknik. Seronok. Memang jarang jumpa isteri-isteri ni, kalau jumpa ada lah setahun 2-3 kali kot. huhu. Sampai je sana.. jeng jeng. Hujan!!! Selebat-lebatnya hujan. Memang takde rezeki berpiknik kat sini. Geng bapak-bapaknya keluar berbincang dalam hujan lebat sambil bermain air. sempat ye korang..... 

Hujan lebat di Sungai Lembing. Nampak tak lapang je kawasan area sungai ni. Hujung dekat hutan tu air sungainya. Jauh juga

Jadi suami kata, okaylah kita cari tempat makan, masing-masing belum makan tengah hari. Jadi kita berpatah balik dan cari destinasi seterusnya. Kembali masuk bandar-keluar bandar. Kemudian tu barulah suami kata, jom kita ke Pantai Sepat. Jarak ke Pantai Sepat dari Sg Lembing ambil masa 40-50 minit lebih, alhamdulillah cuaca cerah di area pantai. Namun, kami tidak berhenti di Pantai Sepat. Kita ke Pantai Cempaka pula. Pantai Sepat ni best tapi agak kotor lah sedikit. Nak cari pantai yang agak bersih dan air tidak terlalu keruh.

Alhamdulilah, selamat tiba. Kita siapkan piknik, makan kemudian layan lah anak-anak mandi. Keruh juga sebenarnya air di Pantai Cempaka tetapi sebab jam dah pukul 4 petang tahu. Ha, berpusing sana sini. Masing-masing dah kelaparan. Jadilah. Saya juga pertama kali di Pantai Cempaka ni. Ada juga beberapa keluarga di sini dan yang sedang bermandi manda. Dapat jumpa kawan-kawan, menyembang juga seronok sekali-sekala. Yang penting, anak-anak pun gembira sangat. 


Lepas je makan semua orang lari ke pantai untuk bermandi-manda. 

Sungai lembing. Insha Allah ada rezeki lagi kita berpiknik di sini. Memang best tempat ni. 

Insha Allah, lain hari ada rezeki kita kembali ke Sungai Lembing. Jika kalian ke Kuantan, jalan-jalanla ke sini. Memang best Kuantan ni keliling pantai. Bukan pantai sahaja, ada air terjun dan sungai yang sesuai dibawa seisi keluarga. 

Anda sedang mencari tempat-tempat menarik di Kuantan?

Cadangan Tempat Menarik dan Aktiviti Di Kuantan


1. Lepak & Riadah Riverfront Kuantan
2. Tempat Menarik Di Kuantan, Melancong di Daerah Sendiri Lagi Best kan?


Baca juga: Bangi Wonderland, Jalan-Jalan ke Sini Jom

Catat Ulasan

0 Ulasan