5 Cara Mudah Capai Target Jualan bulanan (JOM FOKUS BUAT)

 5 Cara Mudah Capai Target Jualan bulanan.


Bila sebut mengenai target jualan, ramai newbiez masih kurang faham kepentingannya.  Selain itu,  mereka belum jelas cara untuk mencapainya. Baiklah disini kak norah kongsikan cara mudah untuk capai target jualan.


#1 Tulis target jualan setiap awal bulan

Mentor kak norah sering berpesan untuk sentiasa tulis target jualan. Sediakan buku khas untuk menulis. Target jualan ini hendaklah sentiasa meningkat setiap bulan. Contohnya anda target untuk mendapat jualan RM10K untuk bulan Mac. Maka bulan April anda tingkatkan lagi target kepada RM15K.

.

Amalan menulis target ini sangat penting, selain dari anda jelas dengan perkembangan bisnes,  dengan menulis target jualan jugak adalah satu doa. Kita berdoa kepada Allah dengan menulis keinginan kepadaNYA. Insya Allah semoga dipermudahkan cara untuk mencapainya.


#2 Pecahkan target kepada amaun mingguan dan harian.

Selepas memilih satu amaun target jualan, maka amatlah penting untuk anda pecahkan nilai tersebut kepada bentuk jualan mingguan dan harian.  Contohnya jualan satu produk adalah RM39. Bilangan produk perlu dijual adalah RM10K/RM39 = 256 botol untuk sebulan. 64 botol setiap minggu dan 9 botol sehari.

.

Kenapa kita perlu pecahkannya kepada amaun yang lebih kecil?  Ini kerana supaya kita rasa lebih mudah untuk menjualnya. Berbanding jika anda nampak amaun ratusan yang menyebabkan anda rasa sukar untuk menjual.


#3 Kenali target kestemer/pelanggan

Topik ini sangat penting. Ramai orang tidak jelas dengan siapa mereka patut menjual. Jawapan yang sering kita dengar adalah jual lah kepada semua orang. Wah, kalau begitu usaha kena lebih lagi. Sebenarnya jawapan ini adalah salah.

.

Satu perkara yang perlu anda sedari,  setiap orang itu berbeza. Kemahuan,  masalah, fizikal, pendapatan,  lokasi pun semuanya amat berbeza. Jadi anda harus jelas siapakah target kestemer yang akan membeli produk anda.

.

Contohnya kak norah menjual minyak herba asmak. Target kestemer adalah ibubapa yang mempunyai anak di bawah umur 2 tahun yang mengalami masalah asma,  batuk dan selsema. Lokasi di bandar dengan pendapatan seisi keluarga RM3000 sebulan. Lagi detail info prospek lagi bagus. Supaya lebih mudah untuk menjual. Dalam ilmu jualan dan pemasaran,  ini dipanggil Customer Avatar (CA).


#4 gunakan strategi pemasaran

Apabila disebut mengenai pemasaran, terdapat banyak kaedah untuk melakukannya. Strategi pemasaran ini boleh dibuat secara offline dan online. Anda perlu menguasai kedua-dua strategi ini untuk menguasai jualan.

.

Pemasaran offline adalah seperti membuka booth,  mengedarkan flyers ke beberapa kawasan yang mempunyai kadar kependudukan yang tinggi,  billboard, beri sponsor dan sebagainya.

.

Pemasaran online adalah seperti FB personal,  FB ads,  Instagram,  Google Adwords,  Email marketing dan bermacam-macam lagi. Carilah mentor untuk menguasai ilmu-ilmu tersebut.


#5 Catat pencapaian setiap hari

Selepas perlaksanaan proses pemasaran dan jualan, setiap hari jangan lupa untuk mencatat jualan yang diperolehi. Contohnya setiap hari anda perlu jual 10 botol. Pada hari isnin anda hanya dapat menjual 5 botol,  maka pada keesokan harinya anda harus gandakan lagi usaha untuk menjual (10+5 = 15 botol).

.

Buat secara konsisten,  anda akan nampak hasilnya dan memberi kekuatan untuk anda terus berusaha untuk mencapai target jualan untuk bulan berkenaan. Usaha dan tawakal,  insya allah berjaya.

Akhir sekali, semoga 5 tips ini memberi gambaran penuh cara untuk anda capai target jualan bulanan.


Kredit : Norah Tuah



Alhamdulillah, saya berharap perkongsian ini dapat membantu semua rakan-rakan seller di luar sana, pada team muslimstore. Teruskan tambah ilmu tidak kiralah ilmu marketing, ilmu bisnes, ilmu tenang. Kita perlukan ilmu-ilmu ini untuk kita teruskan perjuangan. Duduk dalam circle yang membina dan positif ini juga satu perkara yang sangat-sangat penting. 


Tiada kejayaan yang datang tanpa usaha, kerja kuat dan matlamat. Hidup tanpa matlamat, ibarat hidup kosong yang sia-sia. Tidak tahu apa hala tuju, kenapa bangun pagi setiap hari. Rugi kan?


Semoga kita dapat hidup setiap hari dengan memberi manfaat kepada semua insan di sekeliling kita. bangun tidur dan niat nak uruskan anak serta suami juga satu matlamat, apatah lagi jika nak berjaya dalam hidup dan kerjaya, maka matlamatnya dah usahanya lebih besar!


Keep dream big dan keep faith in Allah

Catat Ulasan

0 Ulasan