Cabaran Berniaga di Lazada dan Shopee

Saya menggunakan kedua-dua platform Lazada dan Shopee kini secara aktif. Saya berniat untuk teruskan perjuangan di sini selagi masih ada kudrat dan kekuatan dari segi mentally dan modal. Sudah tentu ada cabaran apabila anda berniaga di kedua-dua ecommerce terbesar di Malaysia iaitu Lazada dan Shopee.


Saya sebenarnya tak hebat pun di kedua-dua platform ecommerce ni. Tetapi saya bersyukur saya diberikan rezeki di sini. Tidak banyak tetapi tidaklah rugi. Rugi kalau tak gunakan platform ini jika anda berkemampuan. Mampu dari segi menyediakan modal dan mampu untuk bersabar menunggu modal kembali.


Lazada dan Shopee kini agak setaraf dari segi demand. Pelanggan tetap menggunakan Lazada sebagai tempat mereka membeli belah, dan Shopee dengan marketing Free Shipping dan mengalu-alukan pembeli sebagai penjual merupakan teknik marketing yang sangat berkesan. Pada awalnya.


Kini, sudah semakin sukar untuk teruskan di Shopee kerana banyak kelebihan yang ditarik dan peraturan yang semakin ketat.


Persamaan Lazada Dan Shopee



1. Pusat membeli belah online sehenti
2. Customer is king
3. Free Shipping priority
4. Banyak giler kempen
5. Fees (Ada fees/tax bila anda berniaga di Lazada dan Shopee)
6. Iklan berbayar (Shopee My Ads & Lazada Sponsored Products)



Perbezaan Lazada dan Shopee



1. Shopee mempunyai interface dan sistem yang mesra, bermakna mudah untuk anda fahami sistem ecommerce Shopee, manakala Lazada mempunyai interface dan sistem yang agak kompleks. Jujurnya pada awal saya join Lazada tahun 2017, memang susah jugak nak faham! Cuma sekarang better lagi lah


2. Shopee ada BOOST option FREE OF CHARGE! Anda bole buat marketing 5 produk di kedai anda secara percuma. Tiada di Lazada, tetapi anda boleh join SELLER PICKS dan produk anda akan disiarkan di halaman iklan Lazada, caranya anda harus buat jualan dan lepas target Lazada. Ada kuota yang akan diberikan mengikut pencapaian sales kedai anda.


3. Modal. Di Shopee anda boleh dapatkan duit anda sendiri dengan pilihan customer click "To Received" atau diberi masa 3 hari lagi untuk duit anda masuk secara automatik ke akaun anda. Lazada mempunyai timeframe waktu withdrawal iaitu duit anda akan masuk sebanyak 2 kali sebulan. Maksudnya, rolling modal di Lazada adalah lebih lama berbanding Shopee.


4. Seller customer servise. Harus saya akui, Shopee dikatakan lebih menjaga kepentingan seller berbanding Lazada. Banyak issue tentang Lazada ni di mana anda sebagai seller bukanlah best priority dari Lazada. Sales anda Ya. Anda tidak :) Hehe


5. Return policy. Akta paling tidak kita sukai. Siapa suka bila kita dah pos barang, dan pelanggan boleh sesuka hati refund barang kita? Dan sebabnya? "CHANGE OF MIND". Tiada orang pun suka dengan pemulangan yang berkenaan hati dan kurang minat ni. Dah la modal rolling lama, sudahnya produk kene refund atas sebab tak munasabah dan harapnya yang refund tu tak rosakkan barang jualan anda pula! inilah cabaran paling teruk di Lazada. Pelanggan anda boleh sesuka hati memulangkan barang mereka dengan alasan paling mudah iaitu "saya berubah fikiran"



Kita mungkin nampak indah je kejayaan orang lain di kedua-dua platform tetapi hanya penjual sahajalah yang faham situasi mereka. Lebih-lebih lagi melibatkan modal. 



Saya pernah hadapi banyak isu pasal duit ni, duit tak masuk hampir 1 bulan di Shopee gara-gara sistem yang tak berfungsi. Sepatutnya duit masuk secara automatik selepas 7-14 hari kan tetapi tak!. Jika saya tak check, belum tentu sebulan tu duitnya masuk.


Situasi duit juga dengan Lazada, 2 bulan lebih baru saya dapat duit jualan di sana. Dan situasi ini bukan berlaku kepada saya sahaja tetapi ramai seller lagi.



Nasihat saya, apa jua platform jualan anda. Tiada proven 100% anda terus dapat sale giler-giler. Dan disebabkan anda sentiasa harus dahulukan modal sendiri, anda harus target berapa jualan sebulan yang anda mampu cover di kedua-dua marketplace ni.



Adatlah ada pro & conts kan? Yang penting anda mencuba. Dropship ke, stokis ke, owner ke, anda semua boleh buat jualan di kedua-dua platform ecommerce ini selagi mana anda berkehendak. Sediakan planning modal anda, dan anda setkan kuantiti produk supaya tidak melebihi kemampuan modal anda. Ini ialah cara terbaik bagi menangani situasi terlebih order dari modal sedia ada.



Berdasarkan pengalaman saya di Shopee dan rakan-rakan Shopee, saya terbitkan ebooks Tips & Trick Lonjakkan Sale di Shopee dan saya perkenalkan Shopee Bot untuk memudahkan marketing anda di Shopee.


Bot buat kerja marketing anda tanpa anda perlu tengok dan buat manual.

Harga RM129 lifetime
bonus Ebooks Tips & Tricks Lonjakkan Sale Shopee
bonus Ebooks asas berniaga di Shopee


Ebooks Tips & Tricks Lonjakkan Sale Shopee
RM39 sahaja




Jam Tangan Mengingati Allah dan Didik Diri Disiplin Awali Solat

Bismillah, Dalam kesibukan kita menongkah arus dunia, adakalanya kita alpa akan panggilan yang Maha Esa. Mungkin bukan semua tetapi tiada di antara kita yang sempurna. Saya juga begitu.


Kesibukan kerja, bersosial dan keluarga mahupun dengan hanya diri sendiri adakalanya kita tidak terdengar panggilan dek jauh dan leka. 


Kerana itulah, terciptanya sebuah jam untuk mengingatkan kita kembali kepada Pencipta. Mungkin masih tidak sesempurna ibadah Rasul kita tetapi kita ada usaha untuk memperbaiki waktu ibadah kita bertemu Allah.


Sebagai tanda syukur atas segala nikmat kehidupan, dari saat bangunnya kita dari tidur yang lena untuk mengerjakan solat Subuh. 


Tahukah anda manfaat bangun awal pagi selain mengerjakan solat subuh?


YA, Solat sunat fajar atau solat sunat subuh





Di manakah kita setiap hari ketika 5 waktu ini diazankan di Masjid2 dan Surau2?


Kita tidak berada berdekatan setiap masa tetapi dengan adanya Jam Tangan Solat Digital dan Jam Azan Digital Mini insha Allah, jauh atau dekatnya kita dengan masjid atau surau, bukanlah lagi alasan. Ini adalah usaha kita untuk memperbaiki masa solat kita. 




Setapak kita melangkah ke arah kebaikkan
Berlari Allah kepada kita (umpama yang sering disebut)


Alangkah baiknya, jika alat ini dapat membantu kita mengingati Allah setiap masa. Tengok jam, ingat waktu solat, ingat Allah.



Dan berjalanlah kita serata Dunia, insha Allah jam tangan ini dapt bantu kita tetap tahu akan waktu solat, arah kiblat dan pelbgai lagi fungsi yang ada bersama jam ini. Insha Allah.


jam tangan solat digital
dari kiri (Buruj Arabic, Buruj Exclusive, Buruj Ramadhan)
dari bawah kiri (Buruj Silver, Buruj Rose Gold)

Layan video ni kejap kay




Fungsi Utama Buruj Watches Digital


  • AUTOMATIK KIBLAT SEPANTAS 2.79 SAAT!
  • WAKTU SOLAT
  • TULIS NAMA MAKSIMA 7 HURUF
  • PENANDA AL QURAN
  • KALENDAR HIJRAH DAN MASIHI
  • DWI-BAHASA -Bahasa Arab atau Bahasa Inggeris.
  • ALARM
  • STOPWATCH
  • MOON AGE
  • AUTOMATIK KOMPASS
  • DAYLIGHT SAVING TIME ( DST ) Untuk negara 4 musim sahaja!
  • TAQWEEM MALAYSIA
  • WATER RESISTANCE ( 30 M)

jam azan digital


Jom tengok video Jam Azan Buruj Quran



Fungsi Utama Jam Azan Digital Buruj Quran



1. Audio Al Quran 30 Juzuk
2. Waktu solat di 2000 bandar seluruh dunia
3. Ada 8 jenis Azan dan Doa antaranya Makkah, Madinah, Masjidil Aqsa, Turkish, Indonesia, Morocco dan Malaysia
4. Paparan 5 waktu solat di skrin utama dengan azan secara automatik
5. Fungsi arah kiblat dan jarak
6. Paparan kalendar hijri atau masihi pada masa yang sama
7. Paparan Suhu Bilik
8. Alarm harian
9. Alarm automatik
10. DST (Untuk negara 4 musim)
12. Snooze Pengera Waktu
13. Kawalan Volume


Untuk sebarang tempahan dan soalan, boleh terus hubungi admin di 018-9100 852.


Semoga setiap usaha kita mendekatkan diri kepada Allah diberkati dan terus diberikan hidayah sepanjang kita hidup. Aamin

Tahukah Anda? Produk Rangkaian DMS360 Pernah Dua Kali Memenangi Anugerah Antarabangsa?

Tidak sangka produk jenama Malaysia berjaya menggondol dua kali anugerah antarabangsa. Ya, saya tidak tipu kalian. Tetapi inilah realitinya. Dermaxsuperskin 360 yang saya sendiri amalkan dan sentiasa promot kepada anda ini telah pun mendapat anugerah di peringkat antarabangsa sebanyak dua kali!


dms360 trusted brand

dms360 trusted brand

dms360 trusted brand



Walaupun terdapat pelbagai rintangan yang terpaksa kami hadapi sejak 2 tahun kebelakangan ini. Tetapi syukur alhamdulillah, DMS360 tetap mendapat permintaan dan testimoni tanpa berhenti menunjukkan keberkesanan produk DMS360.


Ramai pengguna lama konfius dengan pelbagai packaging DMS360, khususnya dua produk skincare iaitu set asas DMS360 dan Glowing Speed. Dukacita saya terpaksa maklumkan terdapat produk tiruan bagi kedua-dua set asas ni. Mahu tidak mahu, kami wajib memaklumkan pada kalian yang ini bukanlah satu marketing untuk menaikkan sale produk DMS tetapi saya sendiri sudah buat perbandingan produk DMS360 original dan tiruan yang berada di pasaran.


Ternyata terdapat perbezaan ketara malah krim dan bau juga tidak sama!


Yang bagusnya, anda sudah boleh buat perbezaan ini sekarang melalui packaging terbaru dari DMS360. Kelainan packaging ini sangat ketara, insha Allah anda tidak akan keliru lagi.


glowing speed original 2019

dms360 original 2019



Saya sudahpun membuat entri khas mengenai produk tiruan DMS, anda boleh baca terus di sini ya.


http://dms360original.com/2018/10/set-skincare-dms360-rescue-original-vs-tiruan.html

http://dms360original.com/2018/10/dms-360-dermax-superskin-360-original-tiada-hologram.html

http://dms360original.com/2018/10/sabun-honeydew-dms360-serum-stemcell-tiruan-di-shopee-lazada.html


Saya berharap entri ini dapat membantu anda apabila anda mahu membuat sebarang belian produk rangkaian DMS360 diluar sana :)



Mahu dapatkan info DMS melalui saya?



Tentu sahaja boleh. Anda boleh terus hubungi saya melalui whatsapp di talian 018-9100 852.


agen sah dms360

Stok Update AlQuran Tagging

Stock update 14 Mac 2019 bagi produk Al Quran Tagging. Produk kami satu-satunya di Malaysia menggunakan Alquran Tajwid Terjemahan sebagai rujukan dan pembelajaran pengajian Alquran anda insha Allah.



alquran tagging enuur
Rujukan saiz, ukuran dan stok alquran siap tagging


UPDATED READY STOCK
14/03/2019, 12.12pm

Humairah A5 magnet RM120 (168tags)
Ready stock

Hijau-21
Hitam-sold out
Merah-sold out
Purple-sold out
Turqoise-40

Humairah A6 Magnet RM95 (168tags)
Ready stock

Hijau-0
Hitam- 0
Merah- 13
Pink- 50
Purple- 3

AQH SPECIAL Edition RM180 (168tags)

Black- 7
White- sold out

RABBANI B6 RM115 (168tags)

RB05 - 8
RB06 - 3
RB07 - 9
RB08 - 7
RB15 - 3
RB16 - 2
RB18 - 11

Esklusif Wanita RM135 (168tags)
Ready stok

Gold- 4
Pink-0
Purple-20
Turqoise-39

RAIHAN A6 RM95 (168tags)

R01 : 2
R12 : 11
R17 : 10
R34 : 29
R35 : 1
R36 : 5
R37 : 6
R38 : 1
R39 : 1
R40: 3

Set tagging (Kit Set Quran Tag)
Ready stock

MIKA Set 1.0 (RM 37): 111
MATIN Set 2.0 (RM 39): 64

๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ
PRE ORDER
STOCK SAFEEYA (Full tag 383 TAGS)

Humairah A6 Magnet RM135

Hijau- 0
Hitam- 0
Merah- 18
Pink- 59
Purple- 2

AQH Special Edition RM220

Hitam-8
Putih-sold out

Ekslusif wanita RM175
Gold-15
Pink-0
Purple-58
Turqoise-50

A5 RM 160
Hijau-31
Turqoise-5


Untuk tempahan, boleh terus whatsapp ke 018-9100 852

Update Terkini Shopee Apps dan Shop Decoration



Facebook Instagram dan Whatsapp Down

Hari ni saya belum buka mana-mana apps Facebook, Instagram tetapi dari pagi mempunyai masalah untuk update whatsapp status. Failed sending picture dan saya asyik menekan butang send dan masih gagal hingga kini.



Ingatkan internet yang tak cukup kuat tetapi kedua-dua line dan wifi ada. Youtube boleh streaming dengan laju. Tiba-tiba di group Software Viral ada yang bertanya mengenai fungsi autopost. Hmm, ada masalah.

Admin reply, ada sedikit masalah dengan Facebook dan Instagram pagi tadi. Sudah ok ke belum?



Leader saya share, satu kenyataan mengenai masalah Facebook sudah down di seluruh dunia. Tak boleh post video, gagal login dan macam-macam lagi. Anda boleh baca di artikel terkini:-

https://www.cnbc.com/2019/03/13/facebook-suffers-outage-related-to-core-whatsapp-and-instagram.html




Saya harap cepatlah pulih keadaan ni. Bermasalah jika kita tak dapat gunakan apps dan tools untuk berniaga.


Berita baiknya, mungkin Allah nak kita semua rehat seketika. Jangan stress kay.

Produk Buang Whitehead Blackhead Paling Berkesan

Selicin mana pun wajah kita dari luar, tetapi hakikatnya whitehead ni sentiasa ada. Jagalah dengan baik sekalipun, jika tidak dibuang secara konsisten anda tidak mungkin akan dapat hidung yang licin walaupun ayat anda mungkin, "saya ni takde jerawatlah!"


Saya pun!


Skincare, scrubbing adalah cara untuk kita mencuci wajah dengan bersih tetapi ianya hanya dari permukaan sahaja. Anda tetap memerlukan alat untuk membuang whitehead kerana saiznya yang amat kecil dan tertanam di dalam kulit. Memakai scrubbing pada wajah hanya melicinkan bahagian atas tetapi tidak cukup untuk mengeluarkan whitehead ini dari tapak asalnya.


Logiknya, jika sudah cukup tiadalah orang berlumba-lumba mengeluarkan produk membuang whitehead dan blackhead kan?


Inilah kisah saya pagi ini. Dah lama sangat saya tidak manjakan wajah dengan rawatan sewajarnya. Pagi ni hidung saya rasa sangat tidak selesa. Saya minta anak saya lihat dekat. Katanya, "eeiii, ada tajam-tajam".


Aduh, kalau macam ni, bila saya pakai foundation buruk lah jadinya kan?


Pepagi ni juga terus saya basuh muka biarkan wajah lembap. Dan terus sapu whitehead dan blackhead remover. Pakainya sangat mudah. Dah sapu tu, tampalkan kertasnya anda rehatlah dahulu 10 ke 15 minit. Dah sampai masa, tarik!


Zass gitu. Ha! Tengoklah hasilnya korang. Dah macam ternak whitehead kat hidung ni. Geli anak saya hehe





Saya ada je beli Dianz whitehead remover malangnya tidak terlalu berkesan. Nanti saya buatkan entri review untuk Dianz ye. Hasilnya memang tidak dapat sebagaimana anda pakai Vietnam Whitehead remover ni. Ini memang produk terbaik untuk buang whitehead dan blackhead anda!

Bagaimana Nak Aktifkan Seller Picks Lazada Untuk Boost Kedai Anda

Akhirnya saya berjaya mendapat Seller Picks Lazada. Saya sudah dapat beberapa minggu lepas, tetapi rating jatuh, maka saya terkeluar dari pilihan Seller Picks. Pada mulanya saya sendiri tidak tahu bagaimana nak dapatkan Seller Picks ni. Jika anda nak tahu, Seller Picks Lazada ini hanya akan dibuka apabila kedai anda layak mengikut kuota yang telah disetkan oleh pihak Lazada.


Bagaimana Seller Picks ini boleh diaktifkan? 



Ya, melalui performance kedai anda. Di bawah saya tunjukkan gambar performance kedai saya di Lazada. Seperti biasa, nama branding saya Emmemarina, kedua-dua kedai Lazada dan Shopee saya mempunyai nama yang sama iaitu Emmemarina. Anda boleh lihat dan singgah di kedai Lazada saya di sini kay --> www.lazada.com.my/emmemarina

performance seller picks lazada


Ada 2 kriteria yang harus anda capai untuk dapat Seller Picks di Lazada;-

1. Shipped on Time > 90%
2. Response Rate > 80%

Your eligibility for Seller Picks is dependent on these four factors: Seller Rating greater than 70%, Instant Messaging response rate higher than 85%, more than 3 active Store SKUs and a decorated store.

Dua kriteria ini penting untuk mengaktifkan Seller Picks di kedai anda. Walaupun Lazada tulis situ, 70% tetapi kedai saya dibuka pada 90%, minggu lepas 85% tetap ditutup. huhu.


Apa kelebihan Seller Picks Lazada?


Bagi saya sendiri, tiada yang lebih baik daripada free marketing dari pihak ecommerce itu sendiri. Produk yang anda pilih untuk Seller Picks pula akan mendapat 7 hari marketing secara percuma di laman depan website/ apps Lazada. Permulaan, anda akan mendapat 3 kuota atau 3 produk untuk dipilih, dan kuota ini mungkin akan bertambah mengikut performance anda di Lazada.


Paling banyak, saya mendapat sehingga 6 kuota pada minggu tersebut. Ia sebenarnya bergantung juga kepada performance sale anda. 


Untuk minggu ini, saya mendapat 3 kuota, jika saya berjaya capai sales yang ditetapkan. Kuota akan dibuka lagi.


Quota Reward for 2019-03-11 to 2019-03-17

Achieve GMV of RM 1,512.50, you will get reward quota 1
Achieve GMV of RM 1,787.50, you will get reward quota 2
Achieve GMV of RM 2,200.00, you will get reward quota 3
Achieve GMV of RM 2,750.00, you will get reward quota 4


Tidaklah bermakna zero sales, terus boleh dapat Seller Picks kan? Lazada sendiri memantau dan menyelia performance kedai anda. Ianya bagus untuk diri anda juga. Siapa yang tidak mahukan kemajuan kedai mereka? Tidak kiralah di mana anda buat marketing. Setiap usahawan mahukan keuntungan di tapak mereka berniaga. Usaha tetap diperlukan dan bukannya mengharap pelanggan datang begitu sahaja.


Kita tetap perlu jadikan kedai kita lebih menarik daripada kedai-kedai lain.


seller picks lazada



Ada pro & cont berniaga di Lazada. Anda perlukan modal yang banyak kerana pengeluaran duit jualan anda memakan sama 2 minggu. Sebulan hanya ada 2 kali pengeluaran sahaja. Jadi rancang dengan baik atau sediakan modal yang tinggi.


Lazada hanya dibenarkan menjual produk berupa fizikal sahaja. Anda tidak boleh menjual produk digital atau tiada shipment buat masa ini. Jika anda mahu menjual produk tanpa shipment, boleh cuba menjual di Shopee sebagai platform ecommerce anda.


Belum ada akaun Lazada? Jom daftar sebagai seller Lazada hari ini -->  

https://pages.lazada.com.my/wow/i/my/sell-on-lazada/registeronline/?spm=a2o4k.pdp.header.d2.6aa2234dM1ut83

Review Ramen Samyang Jjajangmun

Makanan segera kegemaran remaja masa kini, Ramen samyang yang super spicy. Saya dah cuba makan versi pedas kemain tu, semua jenis yang saya cuba. Gagal. Terlalu pedas hingga hilang deria rasa.


Dalam sibukla kononnya mengusha instagram, saya terlihat versi lain ramen korea, sudah semestinya nak dicuba juga. Menurut seller tersebut, rasanya sedap dan tidak pedas! Ha, kalau begitu dapatlah saya merasa megi segera korea dengan aman dan was-was. Cukuplah spicy challenge mereka, usus dan deria rasaku memang tidak serasi.


ramen samyang korea


Saya mula terjumpa di pasaraya berdekatan rumah, teruja bila tengok tak perlulah saya order di instagram. Harga sepaket RM2.99 sahaja. Murah berbanding ramen samyang korea spicy tu. Sebenarnya saya dah pun cuba semasa pertama kali jumpa ramen ni di pasaraya, tetapi masa itu perisa jjajngmun dah habis agakknya. Jadi hari ini, saya beli keempat-empat perisa. Kita cuba raman jjajang dulu yer.


Raman jjajangmun yang pedas tu saya kurang gemar. Harapnya sedaplah yang ni.


cara masak ramen jjajangmun


ramen jjajang bean paste mee korea


ramen jjajang bean paste mee korea


Nampak menyelerakan tak?


Haa, nak masak tu kena lama sikit tahu. Tak sama masak mee segera maggi ni, kalau maggie malaysia ni masak lama boleh kembang tekak kita kan? Tetapi ramen korea, anda harus rebus dalam 3-4 minit untuk dapatkan kekenyalan dan kelembutan mee. Bila makan, tak kembang pun. Sedap je makan tahu.


Selepas rebus tu, anda buangkan air rebusan tetapi tinggalkan sedikit air untuk kita masak sekejap dengan perisa sos jjajang. Stir fry kata mat salleh, anda ratakanlah seperti biasa, usah lama-lama kemudian boleh diangkat.


Alhamdulillah tidak pedas, sedap dan berselera. Anak saya pun suka. Mereka lah habiskan. Saya tukang masak sahaja.


Jika anda belum cuba marilah cuba! Tidak salah cuba makanan baru asalkan tidak buat anda sakit perut sudahlah! 

Pre Order Batch 6 383 Tag Al Quran Tagging Kini Dibuka

BATCH 6 PRE ORDER AL QURAN TAGGING TAG SAFEEYA KINI SUDAH BERMULA :)


al quran tagging tag safeeya 383 tagging


Alhamdulillah
Kini sudah BATCH 6


Apa yang TAG ENUUR ini boleh bantu:

✔️Setiap hari seronok malah bersemangat nak baca quran. lambat baca, rasa rindu.

✔️Mudah nak cari bacaan doa-doa pilihan beserta terjemahan.

✔️Setiap kali rasa sedih dan tidak bersemangat, terus boleh cari ayat PUJUK dalam alquran, insyAllah akan rasa lebih tenang.

✔️Boleh target 30 hari khatam quran. One Day One Juz #ODOJ. Lebih-lebih lagi puasa nak dekat dah ni


Pre order bermula 4 Mac - 12 Mac 2019
Pengeposan pula bermula 1 April 2019


INFO MENGENAI TAG SAFEEYA:


al quran tagging tag safeeya 383 tag

al quran tagging tag safeeya 383 tag



  • Lebih banyak TAG
  • Ia adalah gabungan TAG 1.0 + TAG 2.0 
  • Juga terdapat tag JUZ 30
  • Lebih kemas
  • Ayat lebih simple & mudah faham
  • Keseluruhan 383 tags tuuu


Contoh ayat-ayat pilihan:


  • Doa Seorang Pemimpin
  • Syurga ‘Adn (49-54)
  • Al-Quran Kitab Hidayah
  • Tidur, Mati Yang Sekejap
  • Jangan Sombong
  • Allah Pengampun Dosa
  • Jom Buat Baik
  • Sabarlah Saat Berjuang
  • Perjalanan Kehidupan
  • Ajal Itu Tepat
  • 7 Pintu Neraka Jahannam 
  • Infiniti Nikmat
  • Susu Binatang 
  • Dunia Fana, Akhirat Jua Yang Kekal 
  • Jom Buat Baik! 
  • Tanggung Dosa Sendiri (13-15) 
  • Besederhanalah 
  • Jangan Dekati Zina 
  • Jangan Sombong 
  • Janji Iblis (62-65)
  • Tahajjudlah 
  • Sabar & Maafkan Orang


Malah...banyak lagi......

HARGA dan PILIHAN TAG SAFEEYA ANDA:

A6 humaira: RM135 (Postage: RM 8 Sem/ RM 11 SS)

al quran tagging tag safeeya 383 tag


A5 humaira: RM160 (Postage: RM 9 Sem/ RM 16 SS)

al quran tagging tag safeeya 383 tag

al quran tagging tag safeeya 383 tag


Eks wanita: RM175 (Postage: RM 9 Sem/ RM 16 SS)

al quran tagging tag safeeya 383 tag


Untuk tempahan:


Whatsapp 018-9100 852


atau click sahaja link di bawah




#SahabateNuur
#LegacyOfKnowledge
#TEAMSahabateNuur
#eNuur
#AlQuranTajwidTerjemahan
#AlquranHumaira
#AlQuranEksklusifWanita
#AlquranPelangi
#AlQuran
#AlQuranRaihan
#AlQuranRabbani
#AlQuranTajwidBerwarna
#AlQuranTaggingByeNuur
#AlQuranTagging
#AlQuranTag
#tagsafeeya #tag383
#tagenuurSudah
.

Failed Bab Tukar Hosting Domain Blogspot ke Domain Sendiri

Saya harus akui dari awal saya mula berblog, kelemahan utama saya ialah berkenaan domain dan hosting. Walaupun hanya bertukar dari blogspot ke dot com. Tukar server je pun tetapi entah kenapa tidak masuk dek otak ni.


Agaknya minda ni memilih untuk tidak faham atau hakikatnya saya sendiri pening nak setting. Mungkinlah kan. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Dah elok-elok emmemarina.com di sini saya sibuk tukar ke wordpress. Yang peliknya tahu pula saya install dan setup wordpress tu sampai habis. Tapi boleh pula gagal nak memahami setting pertukaran mudah blogspot ke third party domain!


Frust juga.


Tak mengapalah, saya juga sebenarnya tiada masa untuk meneliti. Jadi akhirnya solusi saya, saya order sahaja servis dari hosting domain tersebut. Bagi domain emmemarina.com saya beli dari NETKL.com, mereka ni saya memang suka berurusan dan sejak tu saya sudah ada 4 domain yang saya beli dari mereka.

beli domain murah netkl


tukar blogspot ke domain sendiri


Yang membuatkan saya suka dengan NETKL.com ialah servis mereka sangat bagus. Memang saya selalu open ticket untuk pelbagai soalan! Dan semua soalan dijawab dengan baik dan mudah untuk saya fahami atau ikuti (jika berkaitan teknikal) dan biasanya saya akan setup sendiri, cuma kali ini saya rasa saya beli sahaja servis untuk tukar domain.


Servis tukar domain dari blogspot.com ke emmemarina.com hanya RM10 sahaja. Okaylah daripada kena cas mahal dari orang expert. Saya rasa saya boleh buat sendiri bila technical support Netkl ada tunjukkan tutorial bertulis melalui open ticket tu, cuma saya sudah sarat otak ni. Jadi saya order sahajalah, tak mahu peningkan kepala.



Kalau korang nak ada domain sendiri, saya cadangkan bolehlah membeli di NETKL.com. Pembayaran senang, dan hosting Malaysia kan. Macam Godaddy pun selalu offer domain murah-murah tetapi Godaddy ni dari oversea. Bagi saya agak kurang friendly interface mereka. Tetapi, terpulang pada kalian :)



Okaylah, jom tukar domain blog!

Blog Marketing Sentiasa Relevan

Sama ada anda masih ragu-ragu untuk jadikan blog sebagai salah satu bisnes marketing anda. Saya sudah pastinya masih setia malahan bukan sahaja saya, ribuan blogger baik popular ataupun tidak menjana pendapatan melalui medium blog mereka.


Semestinya lifestyle blogger paling popular dan versatile berbanding underground blogger seperti saya. Hehe. 


Sebagai pelajar dari Akademi Bekerja dari Rumah dan FAV Academy, pelajaran terbaik yang saya pelajari ialah sentiasa berkongsi apa jua ilmu yang memberi manfaat kepada orang sekeliling. Menulis blog bukan sekadar mencari untung semata-mata, tetapi ada sesuatu yang boleh kita kongsikan bersama. 


Bila kita banyak memberi, insha Allah, kita juga terima manfaat darinya.


Sudah tentu, blog merupakan salah satu channel peribadi penulis itu sendiri. Cara penulisan penulis dan penyampaian mereka menceritakan cara hidup dan pandangan mereka. Blog ibarat diari namun penuh dengan ilmu jika kita gunakan dengan sebaiknya. 


Tujuan asal saya mempunyai blog ialah untuk marketing dan profit. Tetapi pada masa sama saya cuba memberi inspirasi dan kisah hidup yang mungkin berguna buat pembaca yang memerlukannya. Jujurnya, saya memang tak pandai nak bercerita kisah hidup saya dan keluarga. Tidak seperti blogger-blogger yang lain.


Namun, saya berharap blog ini dapat memberi aspirasi buat sesiapa sahaja yang mencarinya. 


Persoalan... Adakah blog marketing sudah outdated?



Tidak!



Teruskan perkongsian anda. Hanya cepat atau lambat, jika anda konsisten menulis insha Allah akan ada berbuah hasilnya. 


Nak mulakan chapter anda bersama kami?


Dapatkan ilmu, belajar dari guru blog. Dan ya, rajinkan diri anda membaca kerana ianya sangat penting :) Penulis sentiasa memerlukan idea yang membina dan fresh untuk para pembaca.


buat duit dari blog

buat duit dari blog

buat duit dari blog

buat duit dari blog


Duit Saving Anak-Anak Perlu Atau Tidak?

Bila memikirkan saya mempunyai empat orang anak, mungkin kita akan mula berfikir tentu banyak nak kena simpan duit untuk mereka. Adakah ia tanggungjawab kita sebagai ibu bapa atau kita tunggu sahaja duit raya barulah kita siapkan tabungan anak-anak?


Ibu saya mempunyai enam orang anak, beliau bekerja tentunya sebagai seorang guru. Setiap bulan beliau memotong secara direct dari gaji beliau untuk simpanan anak-anak. Tidak banyak, hanya RM 10 sebulan, jumlah bagi enam akaun ialah RM 60 sebulan.


Kita rasa kecil jika dibandingkan pada masa kini.


Jujurlah, berapa ramai dikalangan kita ibu bapa sekarang ada buat simpanan hatta RM 5 pun untuk anak-anak? Ada yang terlupa atau tidak terfikirkan langsung. Ada mungkin berhasrat nak potong RM 50 atau ratusan ringgit sebulan tetapi akhirnya ke sudah hanya menunggu duit raya setiap tahun. Mungkin ada yang terpakai juga duit raya anak-anak dan sukar pula untuk diganti.


Saya juga begitu.


Sebelum saya ada duit, tiada kerja. Tiada pendapatan. Rasanya kami pernah terguna duit anak ni, duit raya mereka. Dan pada masa tu, kita juga tiada buat tabungan setiap bulan untuk mereka.


Alangkah bagusnya jika kita sudah mula menabung untuk anak-anak walaupun RM 10, sekurangnya bila mereka sudah 5 tahun sudah ada RM 600 ditambah dengan duit-duit yang mereka dapat setiap tahun ketika raya mungkin sudah jadi ribuan kan?


Dan duit inilah duit yang akan digunakan oleh mereka bila masa terdesak, atau pembelajaran mereka.


Bagi saya walaupun bukan satu kewajiban untuk kita sebagai ibu bapa menabung untuk anak-anak, tetapi jika bukan kita siapa lagi? Jika kita mampu untuk mengasingkan sejumlah wang dari hasil pendapatan kita untuk anak-anak insha Allah, Allah akan berikan lebih banyak kemudahan setiap urusan kita sebagai ibu bapa.


Memandangkan saya tidak mempunyai pekerjaan tetap namun syukur saya cuba sedaya upaya untuk istiqomah mengasingkan duit untuk anak-anak setiap bulan. Jika ada lebih, saya lebihkan jika tidak saya akan masukkan minimum bulanan yang saya tetapkan sendiri.


Anda boleh mula membuka akaun anak-anak sebaik sahaja mereka dilahirkan. Buat masa ni, saya hanya membuka akaun Tabung Haji sahaja untuk mereka.


Satu lagi yang anda harus tahu, jika berlaku kematian anak-anak, duit ini akan dapat kepada bapanya dan bukan ibu walaupun anda seorang ibu yang menabung untuk anak-anak. Tujuan saya beritahu bukan untuk anda berselisih dengan suami, tetapi sekurang-kurangnya anda tidaklah terkejut jika esok anda bersusah payah untuk anak tetapi suami pula yang dapat. Jadi, bincanglah dengan suami kalian dan cakaplah dengan baik-baik.


Saya tahu biasanya ibu yang lebih banyak menabung berbanding si ayah.


Jangan pula dijadikan alasan ini untuk kita berhenti menabung untuk anak atau terus berhenti memikirkan tabungan anak di masa hadapan.


Selamat menabung wahai ibu bapa sekalian!

Software Viral 2.0 Kini Dengan Lite Version Produk Terbaik bagi Facebook Online Seller

Kalian yang mengikuti saya di blog ini tentu tahu, saya pengguna Software Viral 2.0 bagi Facebook Marketing. Saya paling kerap gunakan fungsi auto post iklan ke group, dan kedua auto like bagi menaikkan engagement FB profile.


facebook marketing auto post iklan ke fb group secara percuma

facebook marketing



Saya sendiri tidak ingat berapa lama dah saya pakai Software Viral 2.0 ni. Tetapi jarang sangat software ni mengecewakan saya. Iklan-iklan berjalan lancar, engagement bersama kawan-kawan FB sentiasa ada walaupun tak sehebat ramai public figure kan.... Ialah tetapi konsisten itu kena ada.


Marketing ialah konsisten memasarkan produk dan diri kita. Tanpa konsistensi orang lain takkan tahu apa kita buat. Jangan sekadar nak beriklan sahaja di Facebook Group tetapi kita ni di Facebook Profile harus hidup dan aktif.


Saya perasan, ada sesetengah orang suka beriklan di Facebook Group tapi bila kita nak check profile mereka. Krik krik. Tiada update di Facebook profile, malah tak boleh pun tengok profile mereka atas sebab security. Jadi jika anda nak berniaga, anda harus setkan diri anda kepada PUBLIC.


Barulah kepercayaan itu ada. 


APA KELEBIHAN SOFTWARE VIRAL 2.0 VERSI LITE?


Sudah tentu bayarannya lebih murah berbanding full version, jadi anda boleh mencuba dahulu software ini dan fikirkan sama ada anda nak jadikan software ini personal maids FB marketing anda!


Seriusly. 


Kita bukan orang femes kan? 


Jadi kita perlukan software yang boleh bantu diri kita dan bisnes kita. Tiada orang lain yang akan bantu urusniaga anda, tetapi diri anda sendiri. 



software viral 2.0 lite version lebih murah



ANTARA FUNGSI

AUTOPOST GROUP

– Jimatkan masa anda dengan fungsi auto post ke pelbagai group tanpa block apabila jarak masa setiap posting di set (multi image)

(lihat video dibawah)


AUTO SCHEDULE TASK

- Anda boleh scheadule semua aktiviti anda dengan sekali klik


AUTO POST TO WALL FRIEND

- Anda boleh menghantar sebarang post ke wall rakan anda (Anda akan di ajar teknik yang betul untuk hantar post ke wall rakan tanpa mengganggu privasi rakan anda)


AUTO BUMB KOMEN

- Dengan fungsi auto BUMB anda boleh up posting iklan jualan anda di group-group secara berjadual dan pastinya menjimatkan masa dan iklan anda sentiasa kelihatan di dalam group.


AUTO LIKE LATEST POST

- Sistem like latest post sangat berguna untuk bina enggagement walaupun anda sedang sibuk bekerja, sistem akan like status terbaru rakan anda.


AUTO KOMEN LATEST POST

- Sistem komen latest post sangat berguna untuk bina enggagement walaupun anda sedang sibuk bekerja, sistem akan komen status terbaru rakan anda.


KESEMUA FUNGSI INI

BERADA DALAM SATU

SOFTWARE


HARGA ASAL UNTUK MENDAPATKAN SOFTWARE INI ADALAH
RM328.00
RM169.00



NAMUN JANGAN RISAU !!


ANDA BOLEH MENDAPATKAN SOFTWARE INI DENGAN HARGA PROMOSI

HANYA

RM119/6 MONTH

- 1 AKAUN FACEBOOK
- 6 FUNTION AVAILABLE
- GROUP TUTORIAL BERVIDEO


PERCUMA YURAN
SERVER UNTUK 6 BULAN PERTAMA 
BERNILAI RM39.00



Tempahan sudah pun dibuka


Untuk dapatkan software viral 2.0 Lite


Whatsapp

018-9100 852
018-9100 852


Usah tunggu lama-lama untuk berjaya,
mulakan hari ni.


belajar dan gunakan dengan bijak :)