Wednesday, February 08, 2017

Etika dalam Penulisan

Publish on : Wednesday, February 08, 2017 There is : 0 Comments Labels : , , ,

Etika dalam penulisan.

Di kelas ABDR kami sangat menekankan etika penulisan, yang asli dan original.

Letak sumber dari mana kita ambil bahan tersebut jika dari perkongsian orang lain.

Jangan main cedok sahaja.

Etika menulis. (Pn Masayu Ahmad)

1. Kita mahu menulis tetapi tidak ada idea. Mulalah dari diari harian dan kisah pengalaman diri sendiri dahulu.

2. Kita mahu berkongsi dan mahu memberi inspirasi. Banyak idea dan penulisan orang lain lalu kita teruja copy dan tekan butang share. Pastikan ada sumber asal penulis tersebut.

3. Kita baca dan ambil semula poin kisah inspirasi tersebut, kemudian buat olahan baru menggunakan ayat sendiri. Inilah dinamakan tulis semula dan berikan idea segar yang baru.

4. Keterujaan utama apabila di facebook melintas kisah atau ayat ayat menginspirasikan. Kita copy, paste dan kongsi semula di status tanpa meletak sumber asal. Ini tidak beretika langsung.

Sumber : Kelas asas blog dan penulisan.


No comments:

Post a Comment